Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, September 14, 2014

UPSR - Batal hasrat bercuti

Puchong, 14 Sept : "Sepatutnya, cuti sekolah seminggu bermula hari ini (semalam), ayah dan ibu bercadang untuk membawa kami lapan beradik bercuti sambil memancing di Perak sebelum pulang ke kampung nenek di Klang, tetapi segala-galanya musnah "Semua gara-gara kertas soalan peperiksaan dua mata pelajaran bocor membuatkan saya terpaksa memanfaatkan cuti sekolah untuk mengulang kaji pelajaran bagi menduduki semula kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 September ini."

Begitu kata calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 1 Bandar Kinrara, Nurzulaikha Azlan yang kecewa apabila hasratnya bercuti bersama keluarga terbantut pada musim cuti persekolahan kali ini. 

Anak ketiga daripada lapan beradik itu berkata, kekecewaannya berganda apabila kertas soalan Bahasa Inggeris yang sudah siap dijawab pada hari peperiksaan Khamis lalu juga disahkan batal dan perlu diduduki semula 30 September ini bersama-sama subjek Sains yang awal dikesan bocor. 

"Saya langsung tidak tahu mengenai kertas soalan yang bocor dan gembira kerana soalan UPSR kali ini lebih senang berbanding soalan percubaan kedua yang diambil sebelum ini.


"Tapi bila berlaku kejadian seperti ini, saya rasa tidak bersemangat untuk mengulang kaji kerana sepatutnya pada masa ini saya bercuti setelah penat membuat latihan," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumah keluarganya di Bandar Kinrara, semalam. - myMetro

UPSR BOCOR - Siti Naziatul Iffah tetap ke Makkah

Georgetown, 13 Sept : "Saya tidak jangka perkara ini akan berlaku. Malah, tarikh menunaikan haji sudah ditetapkan pada semalam.

"jika mengikut jadual asal peperiksaan, sudah tentu saya boleh menunaikan rukun Islam kelima itu dengan tenang." 

Demikian kata murid Sekolah Kebangsaan (SK) Siong, Baling, Kedah, Siti Naziatul Iffah Yaakub, 12, yang tetap meneruskan hasrat menjadi tetamu Allah walaupun murid tahun enam seluruh negara kini kegelisahan kerana terpaksa mengulangi semula peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berikutan kebocoran soalan. 

Jemaah haji termuda itu berkata, walaupun teruja untuk menunaikan haji bersama ibu dan bapanya dia tetap resah tidak dapat menduduki peperiksaan ulangan bagi kertas Bahasa Inggeris dan Science, 30 September ini.


"Sebelum ini, saya sudah buat persiapan rapi. Tapi, tidak menjangka masalah ini akan timbul dan semua murid perlu mengulang semula dua itu.


"Sebagai persediaan ke Tanah Suci saya terpaksa membahagikan masa antara mengulang kaji pelajaran dan mengikuti kursus haji bersama ibu dan ayah," katanya. 

Dia yang juga anak tunggal dalam keluarga berkata, sebelum ini pernah menjejakkan kaki ke tanah suci ketika mengerjakan ibadah umrah bersama ibu dan ayahnya. 

Sementara itu, ibunya, Rabiah Harun, 57, berkata, dia dan suami tidak mempunyai pilihan selain membawa bersama Siti Naziatul Iffah ke tanah suci walaupun tahu anaknya perlu menduduki semula peperiksaan UPSR. 

Sebelum ini dia juga sudah berbincang mengenai perkara itu bersama guru besar sekolah anaknya, untuk mencari penyelesaian berhubung masalah dihadapi mereka. 

"Diharapkan akan ada penyelesaian terbaik bagi masalah ini selepas kami pulang dari tanah suci kerana saya dan suami risau dengan nasib Siti Naziatul Iffah. Sebelum ini, dia mendapat keputusan agak cemerlang pada peperiksaan percubaan. 

"Siti Naziatul Iffah memperoleh 4A1B. Tapi, apa juga keputusan selepas ini harap ia membawa kebaikan kepada anak saya dan yakin kepada ketentuan Allah," katanya. - myMetro