Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, April 24, 2008

PAS Sudah Kalah - Faisal Tehrani

Jangan Malu-malu saya tumpang promosi Blog Faisal "http://tehranifaisal.blogspot.com/"

Antara beberapa petikan artikel Faisal Tehrani seorang akvitis muda PAS:
"Mula-mula terima babi, akhirnya PAS akan memperakukan Lina Joy. Saya akan beritahu anda bagaimana ini bakal berlaku. Sila bersabar."

"Saya tidak kata salah hal ladang babi itu. Tidak salah, tambah-tambah kalau betul caranya. Pengikut Theresa Kok makan babi tiga ekor dalam kenduri kemenangan mereka pun saya tak marah. Makanlah. Makan sampai tercekik dan senak pun saya tak larang. Siapa pula marah. Siapalah saya. Harakah dan Timbalan Presiden PAS pun sokong ladang babi. Sampai sanggup pekak telinga rungutan dan rasa marah jijik PAS kawasan Sepang. Bukan begitu Dr Halimah? Tak akan tak ada muslimat Sepang bisik-bisik? Bohonglah kalau tak ada."

"Kemudian setelah babi, beri betis hendak paha tentunya. Akan ada permintaan lain. Itu ini. Atas nama hak asasi maka akan masuk gereja untuk memberitahu, ya ini hak asasi. Kita pun mahukan kesamarataan. Mahu guna perkataan Allah di gereja? Sila...lagipun ini sekadar bahasa. Kebetulan kata Tuhan dalam bahasa Arab itu Allah. "

Kita utamakan kepentingan mereka dahulu. Kepentingan orang Islam? Ala, kemudianlah. Macam-macam alasan diberi. Maka PAS pun terperangkap. Kasihan Halimah Ali, masuk PAS lalu jadi exco, lalu jadi pembela babi. Tentu dia tak dapat tidur malam.

PAS terperangkap dalam jerat hak asasi, kesemarataan, atau hadiah pemberian. Rai dan rai dan rai segala keraian. Jangan bimbang, atas nama menjaga kesemarataan, atas nama harapan baru, dan berkebajikan maka mungkin Lina Joy yang lain pun kita dapat raikan. Lina Joy yang hari tu dah end of the story. Tambah-tambah alasan hak asasi itu akan jadi lebih berkesan dan munasabah kalau 'si pengguna jargon politik' datang dan temberang, PAS pun malu alah. PAS pun segan. Maklum, dapat kuasa sedikit-sedikit ini pun kerana pakatan sama-sama.

PAS sudah kalah. Dengan melihat bahasa politik iaitu menghimpun kekuasaan dan menggunakan kekuasaan, PAS sudah tidak boleh diharap dengan FASAL 5 nya lagi. Saya pun tidak harap lagi. Meski sejak tahun 87 dulu (seperti syarat parti yakni sebaik sahaja baligh) saya tertarik dengan FASAL 5 itu. Hari ini, tahun 2008 saya tahu FASAL 5 itu hiasan sahaja. FASAL 5 sudah terkorban. Pembetulan: FASAL 5 sudah dikorban.

Memang jijik bahasa politik ini. Macam Presiden PAS, dua kali sudah saya dengar beliau mengajak ahli-ahli parlimen BN masuk Pakatan Rakyat. Katanya, mereka yang akan jadi katak lompat ini tidak akan dibayar. Fuhh, sudah pandai bahasa politik Machiavelli rupanya.

Lompat parti samada berbayar atau tidak berbayar adalah keji, adalah satu korupsi. Ia salah. Yang bermaruah, beretika dan tidak keji ialah letak jawatan dan bertanding sekali lagi. Baru jantan. Aneh, ada ulama mengulang bahasa politik begini. - masterdedah

APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
(Petikan drpd Risalah Fikrah)

Permit Makkal Osai diperbaharui

Kerajaan telah berubah fikiran seminggu selepas mengharamkan penerbitkan akhbar harian bahasa Tamil, Makkal Osai.

Permit penerbitannya telah diperbaharui dan akhbar berkenaan akan dikeluarkan seperti biasa mulai Sabtu ini.

Pada 16 April lalu, akhbar tersebut menerima surat dari Kementerian Dalam Negeri memaklumkan permit penerbitannya tidak diperbaharui. Tiada sebab dinyatakan.

Harian tersebut yang dikait rapat dengan bekas timbalan presiden MIC, Datuk S Subramaniam, kemudiannya membuat rayuan.

Sumber-sumber mendakwa tindakan itu diambil terhadap Makkal Osai kerana memberi liputan meluas terhadap berita-berita mengenai pembangkang dan Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf). - Malaysiakini

Shabery: MP pembangkang mungkin sertai BN

"Saya percaya dia (Anwar) patut bimbang, mungkin ada parti komponen Pakatan Rakyat itu akan bersama dengan BN. Orang banyak marah dengan apa yang berlaku di Selangor sekarang ini. Dia kena sedar, orang Melayu marah sekali.

"Bukan saya nak mainkan sentimen perkauman di sini. Bukan soal ternakan babi itu isu perkauman tetapi bukankah itu yang dijadikan `priority' (keutamaan) kepada kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR," katanya mengulas kenyataan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ahli parlimen BN Sabah mungkin menyertai parti itu.ahmad shabery cheek

Ahmad Shabery memberitahu kepada pemberita di bangunan parlimen pagi ini selepas meninjau persiapan bagi penyiaran secara langsung sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu depan. - Malaysiakini

Ketua Pemuda Umno milik siapa.?

Walaupun Pehimpunan Agung UMNO masih jauh lagi, 16 Disember ini, tetapi pengumuman Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishamudin Hussein bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan tersebut membuka ruang untuk spekulasi siapa yang layak mengetuai Pemuda di zaman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Yang menariknya, sehingga ini dua orang sudah melahirkan hasrat untuk bertanding jika Hishamuddin tidak mahu mempertahankan jawatannya.

Mereka ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Dr. Mahathir dan seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo yang juga bekas menteri Besar Selangor. Sehingga ini Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin tidak bersuara lagi sama ada mahu melonjak ke atas atau kekal di jawatan nombor dua itu.

Oleh kerana Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah melahirkan hasrat untuk bertanding jawatan Presiden UMNO menentang Pak Lah, yang dipertikaikan sekarang, sejauh mana Ku Li mampu mendapat 60 pencalonan untuk melayakkannya menentang Pak Lah.

Jika beliau layak, adakah Mukhriz adalah calon Ketua Pemuda dari kem Ku Li? Siapa pula calon Ketua Pemuda dari kem Pak Lah?

Yang layak ialah Khairy untuk merebut kerusi itu dari kem Pak Lah. Ada sumber mengatakan bahawa Khairy tidak berani bertanding kerana arus yang begitu kuat sekarang sejak BN kalah lima negeri dan gagal dapat kemenangan dua pertiga di parlimen. Sehubungan itu Khairy dikatakan akan meletakkan Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan untuk menentang Mukhriz.

Jika pertandingan berlangsung di antara Mukhriz-Norza, siapa pula yang akan bertanding di peringkat Naib Ketua Pemuda pula? Khairy mungkin mempertahankan jawatannya dan calon pilihan dari kem Mukhriz belum dipastikan lagi.

Datuk Reezal Merican dikatakan berminat bertanding jawatan nombor dua itu tetapi sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan beliau belum tentu akan menentang Khairy. Kemungkinan Mukhriz meletakkan orang lain yang sama-sama popular dengan Khairy.

Idris Jusoh tanding Naib Presiden

Umno Bahagian Besut akan mencalonkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Dsatuk Seri Idris Jusoh untuk bertanding merebut jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Disember ini.

Timbalan Ketua Penerangan Umno bahagian, Raja Ayob Raja Omar, berkata beliau akan menggerakkan cawangan dalam bahagian itu bagi mencadangkan nama Idris pada persidangan cawangan tidak lama lagi.

Katanya, Idris yang juga bekas Menteri Besar banyak memajukan dan menaikkan nama Terengganu sepanjang empat tahun dan wajar diberi peluang bertanding di peringkat parti.

Beliau berkata, Idris yang masih diberi kepercayaan memimpin Umno negeri ini juga adalah seorang tokoh yang berwibawa dan berjaya melemahkan kemaraan Pas di negeri ini sejak 2004.

Raja Ayub berkata, terpulang kepada Idris sama ada ingin menawarkan diri atau tidak sebaik nama beliau dicadangkan ke peringkat bahagian apabila tiba masanya kelak.

BN Tidak Bimbang Mengenai Anggota Parlimen BN Berpaling Tadah

Barisan Nasional (BN) tidak bimbang mengenai khabar angin bahawa anggota Parlimen BN di Sabah mungkin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti didakwa oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, sebaliknya, Pakatan Rakyat sepatutnya berasa bimbang dengan kemungkinan anggota Parlimen mereka menyertai BN ekoran kemarahan rakyat terhadap projek babi berteknologi tinggi RM100 juta di Selangor.

"Saya percaya dia (Anwar) patut bimbang, mungkin ada parti komponen Pakatan Rakyat itu akan bersama dengan BN. Orang banyak marah dengan apa yang berlaku di Selangor sekarang ini. Dia kena sedar, orang Melayu marah sekali.

"Bukan saya nak mainkan sentimen perkauman di sini. Bukan soal ternakan babi itu isu perkauman tetapi bukankah itu yang dijadikan `priority' (keutamaan) kepada kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen selepas meninjau persiapan bagi penyiaran secara langsung sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu depan.

Ahmad Shabery berkata kedudukan Umno dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi masih kuat, dengan menguasai lebih 70 kerusi berbanding PKR dengan 31 kerusi.

Karpal rayu bebaskan tahanan Hindraf

Pengerusi DAP Karpal Singh merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya mengarahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menarik balik perintah tahanan terhadap lima pemimpin Hindraf yang sedang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, meskipun perintah dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong berkaitan perkara itu, Syed Hamid pada bila-bila masa mengikut undang-undang, boleh menarik balik perintah tahanan terhadap kelima-lima pemimpin terbabit.

Menurut laporan Bernama, Yang di-Pertuan Agong pada 26 Mac, memerintahkan supaya penahanan lima pemimpin Hindu Rights Actions Force (Hindraf) bagi tempoh dua tahun bermula 13 Disember 2007, diteruskan sehingga tamat. - Agendadaily

Wanita dakwa dicabul bekas menteri tarik balik laporan polis


Wanita yang mendakwa dicabul oleh seorang bekas menteri telah menarik balik laporan polis yang dibuatnya pada 17 April 2008 yang lalu sekitar jam 7.00 petang Rabu.

Difahamkan, wanita yang bertugas sebagai pelayan di kelab sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur Sentral itu berbuat demikian setelah mengakui wujudnya salah faham berhubung dengan 'gurauan' bekas menteri berkenaan.

Sumber yang layak dipercayai memberitahu Agendadaily Rabu malam wanita berkenaan juga mengakui pada ketika 'gurauan' itu berlaku dia dalam keadaan 'bad mood'.

Katanya pejabat Peguam Negara akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan kes tersebut dalam waktu yang terdekat.

Menurut sumber berkenaan wanita itu membuat laporan polis pada 17 April dan bukan 14 April seperti yang dilaporkan media sebelum ini. - Agendadaily

Pertemuan terhad dengan negeri kalah

Pertemuan Jawatankuasa Pengurusan UMNO dengan kepimpinan bahagian untuk mendapatkan maklum balas berhubung isu-isu semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 hanya terhad kepada negeri-negeri yang terlepas dari genggaman Barisan Nasional (BN).

Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad berkata, jawatankuasa itu tidak bercadang menemui kepimpinan bahagian di negeri-negeri lain buat masa ini setelah berbuat demikian di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Dalam pertemuan dengan negeri terakhir iaitu Selangor pada 16 April lalu, pengerusi jawatankuasa tersebut yang juga Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara-perkara yang dibangkitkan ialah mengenai penentuan calon pilihan raya umum.

Menurut Najib, ahli dan pemimpin bahagian negeri itu mahukan kaedah penilaian calon bagi pilihan raya umum berasaskan pada penilaian tepat agar calon yang bertanding disenangi ahli akar umbi dan orang ramai.

French Classic Goji Coffee with Eucommia

:: Tanpa pewarna & pengawet.

:: Terdir daripada campuran ramuan kopi bermutu tinggi diadun bersama ekstrak eucommia.

:: Menghilangkan keletihan dan meningkatkan tenaga anda.

:: Nota: Sesuai sebagai minuman harian.

Melaka sokong PM, TPM

Ahli Jawatankuasa UMNO Perhubungan Melaka dan bahagian menyuarakan sokongan mereka kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, mereka juga menyuarakan sokongan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.

Beliau juga berkata, sokongan tersebut telah disuarakan oleh semua pemimpin UMNO terlibat pada majlis perjumpaan dengan Abdullah di Seri Bendahara di sini Ahad lalu.

UMNO Melaka juga menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk memutuskan perkara berhubung peralihan kuasa setelah berbincang dengan timbalannya.

'Cara mana dan masa mana yang sesuai terpulang kepada kebijaksanaan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam semangat muafakat mengikut budaya UMNO demi kebaikan parti dan negara.

''Tidak perlu mengugut, mendesak ataupun menolak," kata beliau.