Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, August 12, 2009

6 orang maut terhidu gas amonia di Tg. Karang

ANGGOTA bomba dan penyelamat menjalankan operasi ekoran kematian enam lelaki, empat rakyat tempatan dan dua Bangladesh setelah terhidu gas dipercayai ammonia yang bocor dari sistem penyejuk di sebuah kolah menyimpan ikan di perkampungan nelayan di Kampung Bagan Pasir, Tanjong Karang semalam.
Enam lelaki, empat rakyat tempatan dan dua Bangladesh maut setelah terhidu gas dipercayai ammonia yang bocor dari sistem penyejuk di sebuah kolah menyimpan ikan di perkampungan nelayan di Kampung Bagan Pasir, di sini semalam.

Empat rakyat tempatan yang mati dikenal pasti sebagai Lim Kean Chui, 35; Lim Kim Son, 54; Sia Liang Huat, 33, dan Gan Guo Yong, 27, manakala dua warga Bangladesh itu dikenali sebagai Sakender Ali Salam, 36, dan Mumin Mia, 20.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor DSP Zulkifli Joned berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi ketika dua pekerja Bangladesh itu memunggah ikan daripada sebuah dari empat kolah menyimpan ikan untuk diproses menjadi baja.

Semasa sedang memunggah ikan kedua-dua pekerja itu tiba-tiba rebah ke dalam kolah setinggi 2.43 meter itu, dipercayai kerana terhidu gas ammonia yang bocor dari sistem penyejukannya, katanya kepada pemberita.

Zulkifli berkata Kean Chui, adik kepada pemilik bangsal memproses baja itu bersama tiga jirannya iaitu Lim, Sia dan Gan bekejar untuk mengeluarkan kedua-dua rakyat Bangladesh itu tetapi mereka turut pengsan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Soiman Jahid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.59 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

"Setibanya kami di tempat kejadian, didapati enam orang pengsan manakala lima lagi mengalami sesak nafas.

"Mengesyaki berlaku kebocoran gas ammonia, kami menjirus air ke kolah yang terbabit bagi melarutkan gas yang bocor," kata Soiman.

Beliau berkata, bomba juga mengarahkan 15 keluarga yang tinggal kira-kira 100 meter dari bangsal berkenaan supaya beredar dari kawasan itu buat sementara sehingga keadaan selamat.

Bomba dan pasukan Hazmat kini menyiasat punca kebocoran gas ammonia itu, katanya.

Kejadian itu turut menyebabkan lima yang lain sesak nafas dan dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk rawatan.

Mereka ialah tiga pekerja Bangladesh, Abdul Rashid, 32, Wadud, 36, dan Samsul Hud, 40, serta dua rakyat tempatan iaitu Yeon Kok Teng, 43, dan Teh Ah Low, 54.

Sementara itu kakak Gan Guo Yong, Gan Poh Teng, 34, berkata adiknya itu cuma hendak menolong jirannya, tetapi dia turut terhidu gas sehingga turut terkorban dalam kejadian itu.

Gan meninggalkan seorang isteri Chen Po Chien, 24, dan tiga anak berusia antara setahun dan lima tahun.

Sepupu Mumin, Kamal Mirda, 21, yang berkerja di sebuah bengkel membaiki kereta di Kuala Selangor berkata Mumin yang berasal dari Dhaka telah bekerja selama tujuh bulan di Kampung Bagan Pasir.

Kamal berhasrat menghantar pulang jenazah Mumin ke Dhaka untuk dikebumikan. - BERNAMA

Ubat dari sumber babi di pasaran Malaysia

Oleh: asshafiee

"Pemberitahuan kepada semua pengunjung blog ini, terdapat ubat-ubat yang bersumberkan unsur babi dan diguna oleh rakyat Malaysia khuisusnya Islam. senarai ubatnya ialah :

No. Nama ubat/Kegunaan/Vendor diMalaysia
  • Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste
  • Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma
  • Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm
  • Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma Nama saintifik babi ialah Porcine.
Nama saintifik babi ialah Porcine. Diharap saudara Islam kita berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) kedalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran kandungan yang ada dalam ubat tersebut. Kalau ada senarai yang lain … akan diberitahu secepat mungkin.

Masfiza bt. Abdul Hamid
Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Organisasi & Teknologi
Maklumat(POTM)
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
Kementerian Kesihatan Malaysia

03-79573611

Rujukan dari http://www.asshafiee.blogspot.com"