Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, July 7, 2009

Budak Melayu murtad dan menghina Islam - Malaysiakini

Benjamin Stephen dikatakan berasal dari Johor dan telah murtad dari Islam.Dia telah menyampaikan ceramah yang menghina Islam dan Muhammad s.a.w.semua dakwaanya adalah palsu dan tanpa dalil.Selepas menonton beberapa video dari Benjamin Stephen atau lebih dikenali sebagai Benjamin Chelaka/Murtad, penulis merasakan bahawa si dia memang teramatlah bodoh.

->Sila tonton video dibawah<-
Sumber Artikel - www.chelaka.com

Kenapa dengan PEKIDA.? - Malaysiakini

Segelintir individu yang mendakwa menganggotai pertubuhan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) menjalankan upacara baiah (perakuan sumpah setia) pelik dan jijik untuk merekrut ahli baru, termasuk menggunakan daging babi.

Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof, mendedahkan individu terbabit sebenarnya bukan ahli Pekida, tetapi menggunakan nama pertubuhan itu untuk keuntungan diri sendiri, termasuk menjual nama mereka kepada golongan tertentu.
“Mereka sanggup menggadaikan maruah Pekida dengan mendakwa boleh dijadikan pengawal peribadi dan mengambil upah melakukan kegiatan tidak berhemah dan tidak bermoral seperti membelasah atau menculik orang.

“Kami mendapat maklumat seperti itu dalam proses pemutihan ahli sejak awal tahun ini hingga sekarang. Mereka yang sukar dikesan dianggap anggota klon Pekida yang mengetahui selok-belok pentadbiran dan pergerakan Pekida,” katanya.
Beliau menjelaskan, proses menjadi ahli Pekida dijalankan secara berakhlak berbanding Pekida klon yang menggunakan cara yang pelik dan jijik.

Antara yang dikesan Pekida ada kumpulan menggunakan daging babi untuk upacara merekrut ahli baru.
“Seseorang ahli baru perlu merangkak di bawah meja dengan di atasnya dipenuhi daging babi. Selepas merangkak, dia akan disuruh menyembah patung Buddha sambil memegang colok dibakar.

“Lebih teruk, rekrut itu diwajibkan toreh tapak tangan dengan pisau hingga mengeluarkan darah sebelum minum darah yang mengalir itu,” katanya.
Darah itu kemudian akan dicampur dengan arak sebelum diminum sebagai syarat menganggotai kumpulan itu.

Jamaluddin berkata, pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan terbabit walaupun mengetahui mereka menyelewengkan nama Pekida.
“Tindakan undang-undang hanya boleh dilaksanakan polis dan majlis agama Islam negeri. Kami hanya menyalurkan maklumat,” katanya yang mendakwa ramai orang menyamar mendapatkan gelaran tertentu dalam Pekida seperti Ayahanda dan Abang Long.
Katanya, dengan menggunakan gelaran seperti itu, mereka akan dihormati dan digeruni masyarakat setempat termasuk ahli perniagaan.

Dalam Pekida, beliau menjelaskan ada tiga peringkat iaitu Pekida daerah akan mencadangkan nama tertentu sebagai Ayahanda kepada peringkat negeri untuk diluluskan sebelum disahkan Pekida pusat.

Setakat ini, hanya ada 295 Ayahanda di seluruh negara dan Sabah mencatatkan angka terkecil iaitu tujuh, manakala Melaka mempunyai Ayahanda teramai iaitu 64 orang. - hmetro

Index harga makanan melambung di Manek Urai - Malaysiakini

Logikkah dua hidangan nasi ayam beserta air sirap harganya RM17.20, manakala nasi putih bersama lauk daging merah untuk satu hidangan RM6.00? Begitulah keadaan yang dialami "pengunjung baru" termasuk wartawan yang terpaksa berkampung di Manek Urai sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai ketika ini.

Kenaikan mendadak harga makanan di sini bermula sejak seminggu lalu berikutan kebanjiran beribu-ribu penyokong parti PAS dan Barisan Nasional (BN) untuk kempen pilihan raya kecil itu.
"Alah sikit naiknya itu dik. Biasalah, inikan musim pilihan raya, semua orang bawa duit banyak," kata seorang pemilik sebuah restoran di sini ketika penulis bertanyakan harga makanan nasi ayam itu.
Pengguna mungkin tiada pilihan sebaliknya terpaksa membayar harga makanan walaupun disifatkan sebagai "harga cekik darah" itu.

Seorang petugas sebuah parti dari Kedah, Yahya Husin, 42, turut mengakui kenaikan harga tidak munasabah itu dan berharap sesuatu dapat dilakukan kerajaan bagi menangani masalah itu.
"Harga di Kedah atau di Kuala Lumpur pun tidak semahal ini," katanya yang merujuk harga tidak masuk akal itu ketika menikmati hidangan nasi campur baru-baru ini.
Namun bukan semua kedai makan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga makanan seperti di Kedai Makan Kak Yah di Kampung Lata Rek di sini.

Pengusahanya yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Yah itu mengakui harga ikan mentah seperti tongkol naik daripada RM7 sekilogram kepada RM10, malah harga sayur-sayuran turut naik.
"Tapi Kak Yah tak naik harga pun," sambil penulis membayar RM5.50 bagi makanan tradisi rakyat Kelantan iaitu nasi berlauk untuk dua hidangan.
Dianggarkan kira-kira 30,000 petugas parti dan media kini berkumpul di DUN ini bagi liputan pilihan raya kecil itu.

Sebelum ini harga rumah sewa di kawasan ini juga naik sehingga mencecah RM9,000 yang akan digunakan untuk kira-kira dua minggu kempen pilihan raya berkenaan. - mStar

p/s - pak cik kayo..!! pak cik kayoo.!!!! he.he..hee...