Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, December 28, 2008

Terbaru.!!! blog hina Nabi berjaya ditutup - Malaysiakini

Blog hina Nabi (adibahahmad.blogspot.com) telah diremove oleh pihak blogspot kerana atas usaha perang Flag yang diwar-warkan oleh kebanyakan blogger, portal dan forum Muslim.Alhamdulillah.

Blog tersebut bukannya didelete oleh pemiliknya kerana kalau blog tersebut didelete, nama domain blog tersebut masih available dan boleh didaftar oleh blogger lain.

Di harap pihak yang berwajib dapat menyiasat dan mengesan penulis blog tersebut supaya dapat diambil tindakan kerana menyinggung perasaan dan membangkitkan kemarahan Umat Islam supaya penulisnya tidak membuat lagi kerja ini.

Seperti yang diketahui, penulis celaka ini sebelum ini bermula dengan friendster dan kemudian ke blogger. Diharap blogger-blogger Muslim akan bersatu lagi menyebarkan isu-isu hangat yang sensitif seperti ini supaya kita sama-sama menggembeleng idea cara menetang melalui perang cyber. Nasib baik , blogger adibahahmad.blogspot ini adalah blogger baru yang tiada pengalaman, kalau otai memang tahu cara nak hilangkan navbar blogspot.

Wanita laman blog hina Nabi jumpa Shabery - Malaysiakini

Wanita yang gambar serta identitinya digunakan dalam sebuah laman blog yang artikelnya menghina Nabi Muhammad S.A.W, mendakwa laman blog tersebut bukan miliknya sebaliknya disalahgunakan pihak lain yang tidak diketahui motifnya.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, wanita berkenaan membuat pengakuan tersebut dalam pertemuannya dengan beliau dua minggu lepas dan meminta RTM menyiarkan tentang perkara tersebut untuk membersihkan namanya.
“Wanita itu yang berusia dalam lingkungan 20-an ada berjumpa dengan saya untuk meminta pertolongan bagi membersihkan nama serta identitinya yang digunakan dalam sebuah laman blog menghina Nabi Muhammad S.A.W,” katanya kepada pemberita di majlis perasmian Nur Sejahtera peringkat Parlimen Kemaman di sini semalam.

“Dia memohon bantuan RTM supaya menghebahkan perkara itu kerana laman blog yang turut mengandungi mesej serta ucapan Deepavali berbaur penghinaan terhadap penganut agama Hindu itu bukan dilakukan oleh dirinya dan telah menjejaskan nama baik dirinya serta syarikat tempat dia bekerja.

“Saya telah minta RTM muat cerita itu untuk mengingatkan orang ramai yang menerima kad ucapan dari laman blog itu supaya berhati-hati dan membuat laporan polis,” katanya.

Ambil tindakan terhadap blog hina Rasulullah - Malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis mengambil tindakan segera terhadap sebuah laman blog yang dikesan penuh dengan penghinaan yang amat sangat terhadap Nabi Muhammad SAW.

Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia akan menimbulkan masalah besar dalam negara ini.
“Saya sudah beritahu kepada pihak polis dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya mengambil tindakan segera,” katanya kepada pemberita selepas melawat Dusun Buah-Buahan Tropika D-Paradise di Alor Gajah, semalam.
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas laman blog tersebut yang turut menggunakan gambar dan lukisan kononnya milik seorang wanita Melayu.

Bagaimanapun dipercayai gambar dan nama wanita itu hanya diperalat pihak lain.
Abdullah berkata: “Saya baru saja, dalam ucapan Hari Krismas baru-baru ini, mengatakan kita perlulah bersikap toleran, perlu pastikan kehidupan rakyat Malaysia yang berlainan agama dan berlainan keturunan, kita mesti sentiasa waspada, sentiasa mengingati diri kita, jangan menimbulkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada keadaan yang tidak kita suka, ini pula hal berkaitan dengan agama”.