Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, May 26, 2008

BOTOX - ‘Susuk maut’ VIP


hmetro - Sebuah salun kecantikan yang menjadi tumpuan artis dan golongan kenamaan (VIP) digempur pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas bukti menunjukkan salun terbabit menawarkan suntikan ‘susuk maut’ membabitkan pelbagai jenis cecair Botox seludup kepada pengguna.

Lebih memeranjatkan apabila siasatan mendapati Botox yang ditawarkan mereka diseludup masuk ke negara ini melalui taktik membuat pengisytiharan palsu ketika melepasi pemeriksaan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

Tambah menakutkan apabila cecair berkenaan yang diperbuat daripada Botulinum Toxin A disuntik ke wajah pengguna oleh perunding kecantikan yang tidak mempunyai sebarang tauliah dan kelayakan dalam bidang perubatan. -->>lanjut