Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, September 9, 2008

BN bincang isu Ahmad Ismail hari ini - Malaysiakini

Isu yang membabitkan ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) petang ini.

Menurut Ahmad perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pertemuan mereka tengahari tadi.

Ahmad tiba jam 12.50 tengahari dan pertemuannya dengan Abdullah yang juga pengerusi BN, berakhir jam 2.45 petang.

Bercakap kepada pemberita, Ahmad berkata, dalam perbincangan tersebut, Abdullah memberitahunya yang beliau (perdana menteri) mementingkan keselamatan dan kestabilan negara.

Ahmad sekali lagi menegaskan bahawa yang memulakan 'serangan' adalah parti Gerakan.
"Ucapan saya adalah dalam kelompok bangsa Melayu. Kami bincang tentang halehwal orang Melayu (dalam ucapannnya)," tambahnya.
Menurut Ahmad lagi, beliau melihatkan apa yang berlaku itu sebagai satu kebangkitan orang Melayu.
"Dalam menjaga hati orang Cina, orang India, kita kena juga jaga orang Melayu," katanya.

Proton MPV?????????


Macam Savvy pun ada macam Myvi pun ada gak

Dari tepi ada sikit Wish...cuma idung dia pendek sikit.

Click here!

Dr. Mahathir sedia kembali ke UMNO

Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersedia untuk kembali menyertai UMNO semula selepas mengambil keputusan keluar parti itu, Mei lalu.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Dr. Mahathir menyuarakan hasratnya selepas beliau mengadakan pertemuan atas jemputan bekas Perdana Menteri itu, Sabtu lalu.
Click here!

Sistem kuota merugikan UMNO

Sistem kuota pada pemilihan UMNO perlu dihapuskan kerana ia hanya merugikan parti, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz.

Beliau berkata, pelaksanaan sistem itu sekarang menyebabkan ada pemimpin berkelayakan tidak dipilih kerana tidak mendapat kuota akibat keengganan pemimpin itu membeli undi.

Katanya, ada sebab sistem itu dilaksanakan dahulu iaitu bagi menghalang pertandingan ``maverick’’ di kalangan calon yang mendapat undi kecil.

PASARAN SAHAM ASIA MENJUNAM - Cyberita

Oleh : Norhaiza Hashim
HARGA saham Asia menjunam semalam menyusuli kebimbangan tentang perangkaan pasaran buruh dan runcit di Amerika Syarikat yang lemah dan ini dijangka memburukkan lagi keadaan ekonomi dunia.

Indeks Straits Times (STI), yang mengukur saham-saham mewah di Singapura, menjunam sebanyak 1.97 peratus semalam, paling buruk sejak hampir dua tahun.

STI susut sebanyak 51.84 mata kepada 2,574.21.

Harga saham di Hongkong dan Tokyo juga susut 2.2 dan 2.75 peratus.

Harga saham di Malaysia pula merosot sebanyak 1.3 peratus.

Para pelabur menjual saham-saham mereka kerana menjangkakan bilangan pekerjaan di Amerika berkurang sebanyak 75,000 bulan lalu, selepas susut sebanyak 51,000 pada Julai lalu, menurut satu ramalan 76 pakar ekonomi yang ditinjau Bloomberg. Perangkaan itu diumumkan lewat semalam.

'Sentimen penjualan dirasakan di pasaran di Asia menyusuli kemerosotan harga saham di Wall Street kerana para pelabur di Asia menjangkakan berita buruk dari Amerika Syarikat,' kata Encik Kazuhiro Takahashi, seorang broker di SMBC Daiwa Securities kepada AFP.

Permintaan lemah daripada Amerika menyebabkan harga minyak mentah menjunam AS$1.51 kepada AS$106.38 setong.

Beberapa dana pelaburan mengambil untung setelah membeli saham-saham Asia berprestasi tinggi.

Hampir AS$17 trilion telah terhapus daripada pasaran saham sejagat sejak ia mencapai paras tertinggi pada Oktober tahun lalu.

Saham-saham kewangan adalah yang paling teruk terjejas, dengan indeks saham kewangan di MSCI World menjunam sebanyak 29 peratus sejak awal tahun ini.

Sebanyak 1.4 bilion saham bertukar tangan setiap hari tahun ini, turun daripada 2.73 bilion tahun lalu.

Harga saham Singapore Telecommunications Ltd (SingTel) susut 1.7 peratus kepada $3.39 semalam, manakala harga saham syarikat pemaju hartanah terbesar Asia Tenggara, CapitaLand Ltd, susut sebanyak 1.4 peratus kepada $4.11.

Ahmad Ismail jumpa PM di Putrajaya

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail tiba di pejabat Perdana Menteri di sini pukul 12.50 tengah hari ini untuk mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ahmad, yang mencetuskan kontroversi ekoran kenyataannya yang membangkitkan kemarahan para pemimpin Gerakan, menaiki kereta Mercedes dengan nombor plat PBL1.

Beliau dipanggil oleh Perdana Menteri untuk memberi penjelasan mengenai tindak-tanduknya selepas satu ucapannya berhubung kedudukan orang Cina sebelum merdeka menimbulkan keretakan politik Barisan Nasional (BN).

Muhyiddin - semuanya fitnah berniat jahat

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah menyatakan bahawa fitnah yang dilemparkan kepada beliau adalah yang paling keji dengan tujuan untuk memburukkan beliau. Beliau menafikan sebaran sms dan internet yang mengaitkan beliau dengan Anwar Ibrahim dan juga 16 Sept. Walaupun hubungan beliau dengan Anwar ketika Anwar masih menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah rapat tetapi ia tidak bererti beliau akan bertindak meninggalkan parti.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah sekali lagi menegaskan beliau tidak akan meninggalkan UMNO untuk menyertai parti pembangkang. Menurutnya, beliau berasa pelik dengan penyebaran fitnah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di seluruh negara kononnya beliau akan menyertai pakatan pembangkang.

Katanya, tiada mana-mana pihak termasuk pemimpin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas pernah memujuknya untuk meninggalkan UMNO. “Saya pun tidak tahu kenapa nama saya sering dikaitkan dengan lompat parti, sebelum ini dalam blog dan baru-baru ini dalam sebaran SMS di seluruh negara.
“Ini mungkin disebabkan saya ada kawan dalam Pas dan PKR yang saya kenali semasa di universiti dan persatuan belia tetapi ramai lagi pemimpin UMNO yang ada kawan dalam parti pembangkang. Kenapa nama saya selalu disebut?” katanya.
Dengan keyataan kedua-dua tokoh UMNO ini maka terjawab sudah tanda tanya dikalangan rakyat khusus nya ahli-ahli UMNO. Dengan keyataan ini bermakna Anwar sebenarnya bermain wayang dan hanya gimik politk

TIADAKAH YANG LEBIH BAIK DARI KHIR DAN MUKHRIZ UNTUK KETUA PEMUDA?

Cerita nak rebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di semua peringkat semakin menarik apabila Datuk Mukhriz Mahathir terus mengangkat dirinya bahawa dia akan mendapat pencalonan cukup untuk bertanding jawatan tersebut setelah UMNO kalah di Permatang Pauh. Kata-kata itu pelik dan nampak sangat Mukhriz macam belum matang walaupun sudah dewasa.
Datuk Seri Mohd Khir Toyo pun sama juga rentaknya berdolak dalik. Pada awalnya, dia mahu bertanding Naib Presiden. Bila Negeri Selangor kalah di tangan pembangkang, dia cepat-cepat beralih kepada Ketua Pemuda. Kononnya memberi laluan kepada Datuk Seri Hihamuddin Tun Hussein sambil mengharapkan Hishamuddin akan tunjuk dia sebagai pengganti tempat yang bakal ditinggalkan.

Hishamuddin pula belum tunjuk sesiapa lagi. Mungkin Hishamuddin takut nak tunjuk Khir kerana wajahnya dulu lain, sekarang dah lain. Dulu ori dan sekarang dah tak ori lagi. Hishamuddin pun gelak besar apabila dia dengar Khir kata mukanya berubah jadi ‘hansem’ kerana banyak makan tempe.

Hishamuddin cabut keris, tapi Khir hulur penyapu pada orang. Cabut keris lambang pahlawan Melayu tetapi hadiah orang penyapu lambang biadap bagi orang Melayu dengan Melayu. Walaupun orang Cina marah Hishamuddin hunus keris dengan berkata “Takkan Melayu hilang di dunia” satu slogan bangsa yang dilaungkan sejak berzaman lagi, tetapi orang Cina tak faham bahasa kiasan Melayu menuntut supaya anak bekas perdana menteri ke tiga itu memohon maaf.

Bila mohon maaf, ramailah orang Melayu marah pula pada Hishamuddin. Tapi bila kita tanya mana lebih mulia daripada minta maaf daripada beri orang penyapu, rupa-rupanya penyapu juga orang pandang sial yang tiada maaf. ‘Tiada maaf bagimu,’ kata semua peringkat umur orang Melayu di merata-rata tempat.
Kini gendang berbunyi dan berpalu-paluan Khir nak jadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, mahu membentuk satu barisan depan membela generasi muda Melayu . Paling beliau seronok sebelum ini ialah apabila Mukhriz pernah kata dia mungkin tidak dapat pencalonan yang cukup kerana ada orang berpolitik main duit.

Dalam pada Khir seronok, sedar-sedar Mukhriz sebenarnya mengata dia yang main duit (politik wang). Sekali lagi Khir tersentak. Datuk Zahidi yang juga menawarkan jawatan itu pun terasa yang Mukhriz mengata dia bermain politik wang.

Tapi Mukhriz mungkin cakap pada Zahidi yang dia tak kata Zahidi tetapi kata Khir. Bila Khir tanya, Mukhriz mungkin kata dia bukan kata Khir, tapi dia kata Zahidi. Pandai-pandailah Mukhriz nak hidup. Nak kata kat Khairy, belum pula Khairy umumkan secara rasmi dia akan bertanding jawatan yang menjadi rebutan itu.

Mungkin juga Khairy pun cerdik juga. Dia membiarkan saja mereka berebut dulu. ‘Last-last’ nanti berkemungkinan besar Khairy akan kata: “Siapa nak kerusi Naib Ketua Pemuda, aku nak pergi ke Ketua Pemuda atas dasar ‘promotion’. Hishamuddin tentu setuju kerana sebelum ini Khairy sudah berkhidmat dengan dia sekian lama. Di Permatang Pauh pun mereka berdua-duaan. Khir dengan Mukhriz bawa diri masing-masing berkempen untuk mendapat pencalonan.

‘Result’ yang Mukhriz dapat setelah tamat Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh ialah dia akan mendapat pencalonan yang cukup untuk bertanding Ketua Pemuda. Lain benar bunyinya. Khir senyap aje, tapi merayap dan menyusup menyondol diri minta perhatian pemuda supaya jangan lupakan dia.

Bila Khairy diumumkan menang Ketua Pemuda Rembau tanpa bertanding, darah Khir dan Mukhriz terutamanya mungkin berderau seketika. Babak pertama kemenangan Khairy sudah mula terbit.

Dari desas desus, ramai betul yang tak suka dengan Khairy semata-mata kerana dia menantu Pak Lah. Tapi bila dibentangkan perangai Khir dengan penyapu dan tempenya dan Mukhriz dengan kebudak-budakannya, Khairy nampak lebih berkarisma untuk berdiri di barisan depan dalam senario politik peringkat nasional.

Dalam zaman ini, kita tidak boleh membaca seseroang itu anak siapa, cucu siapa, adik siapa, menantu siapa, suami siapa atau isteri siapa. Kita kena melihat tuanpunya diri semata-mata apa yang dia boleh, bagaimana persembahannya dalam berlainan pentas dan apa yang diutara dan dipaparkan untuk bangsa dan negara.

Kalau Khairy bukan orang yang patut diberikan tempat menggantikan Hishamuddin, tidak adakah yang lebih baik dari Khir berjenamakan penyapu dan Mukhriz yang ‘very emotional’ dan ‘nyawanya’ sangat-sangat bergantung pada ayahnya untuk bertanding jawatan pelapis penting untuk menerajui negara ini di masa akan datang?

Dengan keadaan Khir lagi membimbangkan. Kejap nak jawatan naib presiden, kejap nak jadi ketua pemuda dan dekat-dekat dengan pemilihan nanti, jangan-jangan dia kata dia hendak jawatan timbalan presiden pulak. Atau ‘last-last’ dia kata dia nak ‘join’ PKR pulak gamaknya.
Click here!

Tindak tegas terhadap pihak sentuh isu perkauman - Panglima ATM

PETALING JAYA - Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen. Tan Sri Abdul Aziz Zainal menyarankan agar kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang membangkitkan isu-isu berbaur perkauman kerana perbuatan sedemikian boleh mencetuskan keadaan huru-hara.

Beliau menyatakan demikian pada majlis menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepadaATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kuala Lumpur sebentar tadi.

Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.

Jelas Abdul Aziz, isu-isu perkauman tidak seharusnya disentuh kerana ia boleh mencetuskan keadaan tidak aman di negara ini.
"Perkauman merupakan isu yang paling dikhuatiri pasukan keselamatan kerana ia boleh mencetuskan huru-hara. Ia ancaman terhadap keselamatan," kata beliau.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pula memberitahu, politik jalanan masih dalam kawalan dan pihaknya dapat memelihara keamanan.

Bagaimanapun tegas beliau, pasukan polis berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi keadaan huru-hara sekiranya tercetus.
"Kami bersedia untuk bekerja siang dan malam, (tanpa mengira) hujan atau panas, tanpa makanan dan minuman untuk menangani ancaman-ancaman sedemikian," katanya.
Dalam pada itu, Rafidah pula menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak membangkitkan soal latar belakang asal usul mana-mana kaum dan kesetiaan mereka.

Malah, kata beliau, demonstrasi jalanan dan politik jalanan seharusnya ditolak sama sekali demi keamanan dan keselamatan negara.

Gerakan P Pinang putus hubungan dengan Umno negeri--Malaysiakini

Gerakan Pulau Pinang mengadakan mesyuarat tergempar semalam ekoran sidang akhbar yang diadakan oleh ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail di mana seorang pemimpin Umno bertindak mengoyak gambar bekas ketua menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

pinang umno tear up koh tsu koon photo 080908 zainol abidin hashimDalam mesyuarat tergempar itu, kata Dr Koh, Gerakan Pulau Pinang mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Umno negeri tersebut.

Beliau turut membidas Ahmad yang didakwa membuat kenyataan yang menyinggung orang Cina kerana "telah menukar kesilapan peribadinya kepada konflik dan krisis antara parti-parti komponen BN dan yang paling teruk lagi, antara masyarakat" -->>lanjut

BERITA BERKAITAN :
PM: Ahmad akan dikenakan tindakan sewajarnya
Wanita Gerakan desak tahan Ahmad bawah ISA

Pensiangan:- Nasib malang bertimpa bagi BN ?

Pensiangan:- Nasib malang bertimpa bagi BN ?
PILIHANRAYA kecil Parlimen Pensiangan, Sabah akan sekali lagi menyaksikan Barisan Nasional akan menghadapi tentangan sengit dan diyakini bahawa BN dijangka tewas mengalami nasib yang serupa dan kecundang dalam pilihan raya ini seperti mana yang berlaku di Permatang Pauh baru-baru ini. BN yang sedang menghadapi luka yang amat parah walaupun kadang-kadang terubat tetapi ada ketikanya tetap bernanah seharusnya mempunyai satu mekanisme terbaru untuk menghalang `kegilaan’ KeADILan dari memenangi kerusi tersebut.

Rakyat yang sedang mamai dek terbuai dengan segala janji manis Anwar Ibrahim yang kononnya bakal menduduki takhta di Putrajaya akan turut mamai di Pensiangan serta sekali gus menjadikan laluan BN cukup sukar untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Ada orang percaya bahawa gelombang yang dibawa oleh kumpulan Anwar Ibrahim yang menggelari diri mereka sebagai Pakatan Rakyat terlalu sukar untuk dibendung walaupun gelombang tersebut tidak mungkin mampu memecah pantai dan akhirnya akan tinggal buih semata-mata tetapi kerana rakyat begitu taasub kepada cerita dongeng yang bakal dibawa oleh KeADILan ini tanpa membuat pertimbangan akal yang wajar, maka pengundi di Pensiangan akan terpaksa memilih untuk mengundi pembohongan daripada kebenaran yang ada di depan mata.

Kerusi Pensiangan diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Pilihan raya Sabah dan sekali gus membatalkan kemenangan Tan Sri Joseph Kurup dan memungkinkan satu pilihan raya kecil diadakan pada bila-bila masa sekiranya rayuan BN ditolah.

Sebagai sebuah gerakan pembangkang, mereka ini tidak sunyi ataupun kekeringan modal untuk bercerita tentang kisah dongeng, mereka tidak janggal untuk mereka-reka pembohongan yang boleh dijadikan benar dan kumpulan ini tidak akan segan silu menipu rakyat terutama sekali di Sabah hanya kerana mahu merampas kerajaan. Dan ada di antara mereka yang cukup pakar mencipta isu supaya mereka dilihat lebih hebat serta berkarisma daripada kepimpinan kerajaan yang sedia ada.

Meskipun kita tidak tahu bila pilihan raya kecil akan diadakan kerana BN merayu keputusan Mahkamah Pilihan raya Sabah tetapi gerakan pembangkang terutama sekali KeADILan sudah mula menjalankan perang saraf, sudah mula menabur janji dan mencipta kemungkinan dan sekiranya ada pengundi di Pensiangan yang buta tentang politik ataupun samar-samar mengenali perwatakan dan keperibadian kelompok pemimpin KeADILan terutama sekali Anwar Ibrahim, mereka akan diperdayakan serta diperbodohkan secara terang-terangan.

Meskipun sudah dilihat secara jelas siri-siri pembohongan daripada kelompok pimpinan dalam Pakatan Rakyat namun kerana kebencian rakyat terhadap satu dua pemimpin tertinggi dalam BN, rakyat akan menolak BN sekali lagi sebagai salah satu protes secara terbuka kepada pucuk pimpinan BN dan senario inilah akan di manipulasi sebaik mungkin oleh pembangkang untuk mengelirukan pengundi di Pensaingan.

Meskipun ada orang yang percaya bahawa rakyat Sabah kental dengan semangat Sabahannya dan tidak mudah terpedaya dengan helah pemimpin dari semenanjung terutama sekali pembangkang namun ada yang menjangkakan akan ada rakyat ataupun pemimpin Sabah yang akan tergoda dengan segala janji-janji manis daripada pembangkang.

Ada yang menjangkakan sebahagian pengundi Pensiangan yang selama ini cerdik dan pintar dalam politik akan silap perhitungan kerana telah dibuai oleh janji-janji pembangkang. Meskipun selama ini mereka telah terpedaya dengan segala helah Anwar Ibrahim sewaktu menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri satu ketika dulu, rakyat Sabah terutama sekali di Pensiangan akan lupa segala pengkhianatan yang telah dibuat kononnya hari ini mereka yakin bahawa pembangkang akan menunaikan segala janji-janji mereka yang sedang ditaburkan oleh Anwar Ibrahim hari ini.

Rakyat ataupun pengundi Pensiangan tidak salah untuk memilih ataupun menyokong pembangkang tetapi sokongan harus dibuat menggunakan pertimbangan akal dan perlu dilihat siapa yang patut di sokong dan walaupun kita yakin rakyat Sabah pandai menilai antara kaca dan permata tetapi kerana sikap terburu-buru, kita membuang permata dan akhirnya terpilih batu-batu yang tidak berharga.

Apa sekali pun, cabaran BN di Parlimen Pensiangan ini cukup besar dan Musa Aman mempunyai tugas yang cukup besar juga bagi membuktikan bahawa angan-angan serta pembohongan Anwar tidak melekat di hati pengundi Pensiangan sekiranya PRK diadakan dalam waktu terdekat ini malah seluruh jentera BN harus bersiap sedia daripada sekarang demi memastikan bumi Sabah tidak tercemar dengan taktik kotor dan jijik pembangkang daripada semenanjung.

Sabah juga harus membuktikan bahawa mereka sebenar-benarnya negeri di bawah bayu dan mereka tidak akan membenarkan sama sekali angin lintang daing membadai kelembutan sang bayu tersebut. Meskipun BN tidak diletakkan harapan yang tinggi untuk menang namun sejarah mereka yang pernah terpedaya dengan helah politik Anwar sewaktu berada di dalam kerajaan dulu, jangan sekali lagi dibenarkan berulang. Anwar umpama bab orang berhutang, sebelum dapat berhutang, lembut gigi dari lidah tetapi bila sampai mahu membayar, berbagai-bagai alasan diberikan. Orang yang kaya dengan alasan adalah orang yang terlalu sedikit ataupun tidak mempunyai keikhlasan dan kejujuran.
Click here!