Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, January 1, 2009

Berhati-hati limau mandarin.? - Malaysiakini

Hari Raya Cina dah dekat, maka akan berlambak-lambaklah limau mandarin di pusat beli belah dengan pelbagai harga dan pelbagai rasa yang dibeli bukan bangsa Cina sahaja. Orang Melayu, India pun beli juga kerana rasanya yang sedap dan murah.

Tetapi untuk tahun ini berhati jika anda hendak membeli limau mandarin takut terbeli limau mandarin berulat! Di negara China telah menghapuskan beribu tan buah limau mandarin tetapi dikuatiri ada juga peniaga yang mengambil kesempatan.
sumber dari - isuhangat

Tidak adil tuduh SPR tidak telus - Malaysiakini

mStar | Calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh meminta pihak-pihak yang terlibat dalam pilihan raya itu supaya tidak mudah menuding jari menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai tidak telus.

Menurut beliau, menuduh SPR 'pejam mata' berhubung isu pengundi hantu yang dibangkitkan PAS adalah tidak adil kerana sebagai sebuah badan yang bebas, SPR sudah melakukan yang terbaik dalam memastikan setiap pilihan raya yang diadakan, termasuk pilihan raya kecil kali ini, berlangsung dengan baik.
"Sekarang ini sudah kedengaran isu pengundi hantu ditimbulkan, mereka harus ingat tak banyak perbezaan senarai pengundi pada pilihan raya umum tahun 1999 bila PAS menang di Terengganu, dan pilihan raya umum tahun 2004 dan 2008 yang dimenangi BN.

"Pengundi yang menangkan PAS pada tahun 1999 adalah pengundi sama yang menangkan BN pada tahun 2004 dan 2008. Kalau 'pengundi hantu' yang sebabkan kekalahan PAS pada 2004 dan 2008, maksudnya mereka adalah pengundi hantu sama yang undi untuk PAS bila mereka menang pada tahun 1999," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Payang, Kuala Terengganu, Khamis.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan senarai semakan daftar pemilih yang digunakan SPR pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu mengandungi lebih 70 nama mereka yang berumur lebih 100 tahun, yang dikatakan satu ralat yang disengajakan berlaku oleh SPR bagi memenangkan pihak tertentu.

Wan Ahmad Farid berkata SPR perlu memastikan nama setiap pemilih, walaupun berumur lebih 100 tahun, ada dalam senarai dan tidak boleh sewenang-wenangnya dikeluarkan.
"Apabila sesuatu kematian itu tidak dilaporkan atau berlaku kegagalan teknikal dalam melaporkan kematian pemilih, maka nama yang ada walaupun usianya 100 tahun lebih, tidak akan terpadam. Bukan mudah SPR nak padam nama orang yang dikatakan dah meninggal, selagi tak ada bukti kata orang tu dah meninggal," katanya.
Namun, pokok pangkalnya, pemilih berumur 100 tahun ada dalam senarai atau tidak tidak penting berbanding hakikat orang yang berumur 100 tahun itu pergi mengundi atau tidak, katanya.
"Kalau namanya ada tapi dia dah meninggal, dia tak mengundi, dia tidak jejaskan perjalanan pilihan raya kerana dia tak beri undi kepada sesiapa. Kita haruslah ada keterbukaan, perlu sanggup terima kekalahan.

"Bila kita kalah, kita salahkan semua orang, SPR, polis, dan pengundi hantu, sedangkan kita sendiri tidak pernah berhenti sejenak, pandang cermin dan muhasabah diri," katanya.
SPR sendiri sebelum ini sudah beberapa kali menafikan wujudnya pengundi hantu dan pembangkang juga tidak pernah dapat membuktikan dakwaan mereka berhubung perkara itu.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail pada 28 Nov lepas.

SPR menetapkan 6 Januari depan untuk penamaan calon manakala 17 Januari ditetapkan untuk proses pengundian.

SMS, blog rancak 'serang' calon BN - Malaysiakini

Belum pun kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu bermula, calon Barisan Nasional (BN) Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh telah "diserang" menerusi laman web dan juga sistem pesanan ringkas (SMS).

Terbaru, gambar Timbalan Menteri Dalam Negeri itu yang sedang berkaraoke bersama seorang wanita muda tersebar dalam laman web, sebaik sahaja beliau dinamakan sebagai calon BN pada pilihan raya kecil 17 Januari depan.

Menyifatkan ada pihak yang sudah mula bermain kotor, Wan Ahmad Farid berkata, pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menyerang peribadi beliau perlu berusaha lebih keras.

Ini kerana, katanya, wanita yang sedang menyanyi bersama beliau itu adalah anak saudaranya sendiri dalam majlis perjumpaan keluarga di rumah seorang saudara yang turut dihadiri anggota keluarganya termasuk isteri dan anak-anak beliau, selain ibu bapa anak saudaranya itu.
"Kuala Terengganu sekarang ini basah dengan hujan, tetapi mereka ini nampaknya kekeringan isu. Mungkin ada pihak yang nak menggambarkan saya seorang yang terlibat dalam aktivitiaktiviti di lounge, pusat karaoke dan sebagainya," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.
Katanya, bapa kepada anak saudaranya itu turut berada di tempat berkenaan ketika gambar itu diambil.
"Abang saya ada, ayah dia (anak saudara) pun ada di sebelah kanan, tetapi dalam laman web berkenaan, hanya ada gambar saya dan gambar anak saudara saya itu setengah, seolah-olah memberi gambaran yang tersendiri."

"Ini adalah tindakan berniat jahat, bila gambar itu disiarkan di internet, banyak pihak yang membuat andaian dengan pelbagai rumusan tentang karakter saya," katanya.
Selain itu, SMS daripada nombor yang tidak dikenali berbentuk serangan peribadi juga mula tersebar di kalangan pengundi, namun apabila nombor berkenaan dihubungi, telefon berkenaan telah dimatikan.
"Walau apa pun yang dibuat, saya yakin pengundi Kuala Terengganu matang dalam membuat keputusan dan tidak terpengaruh dengan isu yang ditimbulkan.

"Saya sendiri, tidak akan sekali-kali serang peribadi lawan, walau siapa pun mereka," katanya.
Setakat ini, hanya BN mengumumkan calon pada pilihan raya kecil itu, manakala PAS yang telah mengesahkan akan bertanding, akan mengumumkan calon mereka, malam ini.

Selain dua calon itu, pilihan raya kecil itu juga dijangka disertai beberapa calon bebas.

Azam 2009 Abdullah saran matangkan amalan demokrasi - Malaysiakini

mStar | Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, walaupun krisis ekonomi dunia diramalkan cukup mencabar pada 2009, kerajaan berazam mengambil langkah berkesan untuk memelihara kekuatan ekonomi negara dan melindungi kepentingan rakyat.

Kerajaan akan terus bertindak secara prihatin dan bertanggungjawab serta memantau corak dan perkembangan ekonomi dunia dan mengambil langkah wajar menghadapinya, kata Perdana Menteri dalam amanat tahun baru 2009 yang disiarkan malam tadi.

Abdullah berkata Malaysia tidak terkecuali daripada menerima tempias kelembapan pertumbuhan ekonomi global tetapi negara mempunyai beberapa kelebihan yang membantu menghadapi keadaan dengan lebih berkesan daripada banyak negara lain.
"Sektor kewangan kita adalah kukuh, tidak seperti waktu krisis kewangan satu dekad yang lalu.

"Rizab kewangan negara berada pada paras yang tertinggi dalam sejarah kita, iaitu 37 peratus berbanding jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar.

"Institusi kewangan kita mempunyai modal yang kukuh dan dikawal selia secara berhemah. Ekonomi negara kita bersifat pelbagai dan tidak bergantung kepada satu sektor tertentu sematamata," katanya.
Abdullah berkata segala usaha akan diambil untuk merancakkan kegiatan ekonomi dengan menggembleng secara bijak sumber-sumber yang ada dan memberi penekanan kepada sumber dalaman iaitu pelaburan sektor awam dan swasta tempatan.
"Kerajaan telah menyuntik dana tambahan RM7 bilion dalam bentuk rangsangan agar ekonomi tidak akan mengalami kemelesetan, sebaliknya berupaya untuk terus berkembang," katanya.
Kerajaan juga akan memberi perhatian kepada projek berimpak tinggi yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya tahan negara seperti pembinaan lebih banyak rumah kos rendah, pemuliharaan dan baik pulih kemudahan awam dan peningkatan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, kata Perdana Menteri.
SUASANA menjelang kedatangan Tahun Baru 2009 di Dataran Merdeka.

SAMBUTAN Tahun Baru 2009 di pekarangan kawasan KLCC.
Abdullah berkata jika perlu, kerajaan akan mengambil langkahl-angkah tambahan bagi memastikan ekonomi tetap berkembang dan permintaan dan penggunaan domestik terus meningkat.

Katanya kemampuan negara menghadapi cabaran tidak bergantung kepada keupayaan dan langkahlangkah dalam bidang ekonomi sahaja tetapi keutuhan dan integriti institusi negara, pentadbiran yang bersih dan cekap serta sistem kehakiman yang berwibawa amat penting untuk menjamin pengurusan ekonomi dan sosial yang baik dan mampu menarik keyakinan pelabur.
"Sehubungan ini, saya bersyukur kita telah mencapai kemajuan besar dengan kelulusan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman oleh Parlimen barubaru ini," katanya.
Beliau berkata langkah seperti itu penting untuk menjamin hak masyarakat terpelihara secara adil dan saksama terutamanya mereka yang kurang berupaya untuk mempertahankan hak mereka.
"Saya yakin dan percaya bahawa dengan niat suci dan semangat gigih, tiada gunung yang terlalu tinggi untuk kita daki dan tiada laut yang terlalu dalam untuk kita selami," kata Abdullah.
Mengenai harga minyak, Abdullah melahirkan rasa kesal harga barangan masih tinggi walaupun harga petrol telah turun sebanyak tujuh kali sejak Ogos lepas, malah lebih rendah daripada harga sebelum ia dinaikkan pada Jun.
"Saya sekali lagi menyeru semua pengeluar, pengilang, pengedar dan peniaga barangan agar bertimbang rasa dan prihatin terhadap keperitan rakyat dan sama-sama menurunkan harga barangan demi kesejahteraan mereka," katanya.
Perdana Menteri berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk memelihara kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara, termasuk memberi bantuan seperti bayaran rebat kenderaan dan subsidi beras untuk meringankan kesusahan rakyat.
"Apabila harga minyak dunia turun, faedah daripadanya terus disalurkan kepada rakyat," katanya.
Abdullah juga menyeru rakyat supaya mengamalkan semangat bersatu selain terus menjunjung dan mendaulatkan undang-undang negara untuk mematangkan amalan demokrasi.
"Tanggungjawab politik yang tinggi perlu diamalkan untuk menjamin keamanan dan kestabilan negara serta mengawal kepentingan semua kaum dan lapisan masyarakat," katanya.