Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, January 30, 2009

Tak Nak Beli Handphone kena Belasah di Pertama Kompleks - Malaysiakini

Jom Boikot.!!! Jom Boikot.!!!
Jom Boikot.!!!

Tengok pasal penjual handphone berbangsa cina yang nak jadikan Pertama Kompleks ala-ala Petaling Street. Kira nak jadi samsenglah macam tu.. kalau tengok handphone tu mesti kena belinya. kalau tak beli, kena belasah kat penjual handphone tu.. kurang ajar betul..!!

Berniaga biarlah secara jujur dan berhati mulia.

tak caya,tengok video ni….

Kes 1 : Mat Bangla kena pukul

Kes 2 : Mat Indon kena pukul

Kes 3 : Mat Melayu Kena Pukul

P/S - kepada mangsa-mangsa yang terlibat diharap membuat laporan supaya mereka ini dikenakan tindakan.

Sumber Artikel Dari - www.izyan.com

SPRM tubuh pasukan khas siasat kesahihan laporan - Malaysiakini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan penubuhan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Maran bahawa pegawainya menggunakan kekerasan semasa menjalankan siasatan.

Dalam satu kenyataan media petang tadi, SPRM juga meminta polis mengambil tindakan terhadap pengadu terbabit jika laporan yang dibuat adalah palsu.
"SPRM memberi jaminan penyiasatan itu akan dilakukan secara profesional dan adil. Penyiasatan dalaman itu akan dipantau oleh Jawatankuasa Aduan yang dibentuk di bawah Seksyen 15 Akta SPRM 2009.

"Pada waktu sama, pegawai SPRM Pahang turut membuat laporan polis berikutan wujud unsur ugutan bagi tujuan memburukkan imej SPRM kepada pihak tertentu.

"Sekiranya dakwaan itu tidak benar dan berunsur fitnah, satu tindakan wajar diambil ke atas pengadu yang sudah membuat laporan palsu itu," tegas kenyataan itu.

Pelajar perlu hati-hati tawaran tajaan atas nama Mara - Malaysiakini

Majlis Amanah Rakyat (Mara) menasihati ibu bapa dan pelajar supaya berhat-hati dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)yang menggunakan nama Mara dalam menawarkan pembiayaan pelajaran.

Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) Mara, Hanisah Omar berkata terdapat kes mengenai penyalahgunaan nama Mara oleh IPT tempatan dalam menawarkan pembiayaan pelajaran.
“Mara sedang menyiasat kes ini. Orang ramai perlu tampil untuk memberi maklumat bagi membantu kami menyelesaikan perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata ibu bapa dan pelajar boleh menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran Mara di talian 03-26915111 sambungan 619/3620/3631/3985/1155/1114/1122 untuk pengesahan terhadap sebarang bentuk tajaan Mara.

ATM bukan sekadar berkawad, angkat senjata - Malaysiakini

DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi mencuba 'mesil starburst' selepas merasmikan Ekspo Kerjaya Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dataran Merdeka. Turut kelihatan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Aziz Zainal (kiri).
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memerlukan generasi muda sebagai barisan pelapis bagi meneruskan kesinambungan dalam memastikan kedaulatan bumi Malaysia sentiasa dipertahankan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, generasi muda perlu diberi pendedahan mengenai usaha pemimpin ATM dahulu dan masa kini membina Malaysia sehingga menjadi sebuah negara yang maju dan makmur walaupun mempunyai penduduk berbilang kaum.
“Orang ramai perlu diberitahu bahawa profesion dalam ATM bukan sahaja berkawad atau mengangkat senjata untuk berperang,” katanya berucap melancarkan Ekspo Kerjaya Bersama ATM di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, hari ini.
Abdullah yang juga Menteri Pertahanan berharap program seperti ekspo kerjaya itu akan menjadi satu landasan dalam meningkatkan penyertaan generasi muda dalam profesion ketenteraan.

Beliau berkata, ATM mempunyai pelbagai bidang serta kepakaran yang profesional setanding dengan profesion lain seperti dalam bidang kejuruteraan, kedoktoran, undang-undang dan pendidikan.

Pertemuan calon dengan perwakilan Umno bulan depan - Malaysiakini

Pertemuan antara calon yang akan bertanding pada pemilihan Umno Mac ini dengan perwakilan peringkat negeri akan dimulakan bulan depan, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Beliau berkata, pihak ibu pejabat parti sedang menyediakan jadual pertemuan calon dengan perwakilan dari 13 badan perhubungan negeri.

Ditanya sama ada calon akan dilarang daripada menghadiri sebarang majlis selain yang diatur badan perhubungan negeri selepas ini, Muhammad berkata peraturan itu sepatutnya dipatuhi.

Bagaimanapun, katanya, menghadiri majlis tertentu seperti perkahwinan dan kematian adalah dikecualikan.
"Calon masih tertakluk kepada larangan berkempen yang ditegaskan dalam tataetika parti termasuk ditegah mengadakan jamuan, memberi hadiah dan menganjurkan rombongan lawatan," katanya.

UMNO tak bubar sayap parti - Malaysiakini

Umno tidak akan membubarkan sebarang sayap parti walaupun langkah itu boleh mengurangkan politik wang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata ketiga-tiga sayap parti iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri adalah penting kepada Umno dan perlu dikekalkan.
“Masalah yang ada hubung kait dengan poltik wang boleh diatasi dengan pendekatan-pendekaan yang lain,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas cadangan Pengerusi Lembaga Displin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail kelmarin agar struktur Umno disusun semula dengan membubarkan kesemua sayap parti bagi membanteras gejala politik wang.
Alasan Tengku Ahmad Rithauddeen ialah dengan adanya sayap parti akan berlaku perebutan untuk jawatan, dan ini akan menyebabkan politik wang berlaku.

Abdullah, yang juga Presiden Umno, bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan Pelan Tindakan Desa di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Kuning di Kampar, semalam.

Daftar keahlian Umno secara dalam talian - Malaysiakini

Pendaftaran keahlian Umno kini boleh dilakukan secara dalam talian di www.daftar.umno.org.my.

Mereka yang ingin mendaftar sebagai ahli hanya perlu mengisi butiran peribadi dalam laman web berkenaan manakala ahli Umno juga boleh menyemak status keahlian masing-masing.

Laman web itu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Presiden Umno, sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Bangunan Dato Onn di Kuala Lumpur, malam tadi.

12 Kejahatan Yahudi - Malaysiakini

Dalam buku Qabaih al-Yahud dijelas 12 kejahatan Yahudi yang termaktub dalam Al-Quran. Kejahatan itu adalah seperti berikut:

1. Menuduh Nabi Musa punya penyakit kusta karena tidak mau mandi bersama mereka. (QS. 33:69)
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, lalu Allah membersihkannya dari segala cacian yang mereka katakan; dan adalah Dia seorang yang mulia di sisi Allah.”

2. Enggan melaksanakan Taurat, sehingga Allah mengangkat gunung Tursina untuk mengambil perjanjian yang teguh. (QS.2:93)
“Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil Kami berfirman): “Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) Yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (Apa Yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)”. mereka menjawab: “Kami dengar, dan Kami menderhaka”. sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, Dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (Wahai Muhammad):” amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman”.”

3. Tidak mahu beriman kecuali jika melihat Allah langsung. (QS. 2:55 dan 4:153)
“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga Kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”. maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.”

“Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (janganlah Engkau merasa pelik), kerana Sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. mereka berkata: “(Wahai Musa) Perlihatkanlah Allah kepada Kami dengan nyata (supaya Kami dapat melihatnya dan percaya kepadaNya)”. lalu mereka disambar oleh petir Dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu).”

4. Merubah perintah Allah.
“Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: “Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya Dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ‘ Ya Allah ampunilah dosa Kami ‘; supaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik”.”
“Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).”

5. Menuduh Nabi Musa mengolok-olok mereka saat mereka disuruh menyembelih sapi betina. (QS. 2:67)
“Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”. mereka berkata: “Adakah Engkau hendak menjadikan Kami ini permainan?” Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”.”

6. Menulis Alkitab dengan tangan mereka, lalu mengatakan ini dari Allah. (QS. 2:79)
“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.”

7. Memutar-mutar lidahnya untuk meyakinkan bahawa yang dibacanya itu adalah wahyu yang asli. (QS. 3:78)
“Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. dan mereka pula berkata: “(Bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah”, padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).”

8. Mengubah Firman Allah. (QS.2:75)
“(Sesudah kamu - Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?”

9. Menyembah patung sapi. (QS.2: 51 dan 92)
“Dan (kenangkanlah) ketika Kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).”
“Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang yang zalim.”

10. Mengatakan Tangan Allah terbelenggu. (QS.5:64)
”Dan orang-orang Yahudi itu berkata: “Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)”, tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (Nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang ia kehendaki; dan Demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.”

11. Menuduh Allah itu faqir. (QS. 3:181)
”Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) Yang mengatakan: bahawasanya Allah miskin dan kami(yahudi) ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasanyYang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: “Rasalah kamu azab seksa Yang sentiasa membakar –”

12. Menyuruh Nabi Musa dan Tuhannya berperang untuk mereka (QS.5:24)
”Mereka (Menolak dengan) berkata: “Wahai Musa, Sesungguhnya Kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah Engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. sebenarnya Kami di sinilah duduk menunggu”.

Tajol letak jawatan Pengerusi Umno Perak serta-merta - Malaysiakini

mStar | Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat lebih tiga jam, menerima keputusan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Umno negeri itu berkuasa kuasa serta-merta.

Kekosongan itu akan diisikan oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Jawatan Timbalan Pengerusi Umno Perak pula akan disandang oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Najib dan Zahid hanya akan memegang jawatan itu sehingga akhir Mac ini.

Ia merupakan antara keputusan yang diputuskan oleh mesyuarat MT yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bermula pukul 9 malam tadi.