Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast
LIVE.! - TV Streaming Sidang Dewan Rakyat
15hb. hingga 30hb. Jun 2009
Waktu Siaran Jam 10:00 Pagi

Selamat Menonton
(Selamat Tahun Baru 2009)

Hanya Di Tugubangsa

Friday, November 20, 2009

Namewee cipta klip video kontroversi terbaru

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Kira-kira setahun lalu, Wee Meng Chee, 26, atau Namewee pernah menggemparkan negara dengan mencipta klip video kontroversi lagu Negarakuku yang menghina lagu kebangsaan.

Begitupun selepas tindakannya dikecam pelbagai pihak, dia yang merupakan pelajar jurusan komunikasi massa Universiti Ming Chuan, Taiwan ketika itu memohon maaf dan menyesal dengan perbuatannya.

Bagaimanapun kekesalan Namewee hanya sementara apabila kini dia muncul pula dengan satu lagi klip video kontroversi mengutuk Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Dalam klip yang boleh dimuat turun di YouTube menggunakan tajuk Namewee F*** TNB Malaysia itu bermula dengan dia berada di rumahnya pada waktu malam apabila bekalan elektrik tiba-tiba terputus. +selanjutnya..

Saksikan video dibawah ini...
---------------------------------------------------
PERCUMA.!!! Download sekarang

Thursday, November 19, 2009

Seminar Pembangunan Penternak Jaya 2009 dan Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup Projek Pawah Parlimen Tanjong Karang

19/11/2009 - Seminar Pembangunan Penternak Jaya 2009 dan Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup Projek Pawah Parlimen Tanjong Karang di Hotel Habour View Sekinchan Selangor Anjuran Falcon Livestock Sdn Bhd.
---------------------------------------------------
PERCUMA.!!! Download sekarang

Program Taklimat Penanaman Intensif Buluh Rebung Madu Anjuran UMNO Bahagian Tanjung Karang

19/11/2009 - Program Taklimat Penanaman Insentif Buluh Rebung Madu anjuran UMNO Bahagian Tanjong Karang. Seramai 44 orang perserta telah mengikuti program taklimat tersebut yang diadakan di bilik Persidangan UMNO Bahagian Tanjong Karang.

---------------------------------------------------
PERCUMA.!!! Download sekarang

Putra UMNO Tanjong Karang Bantu Warga Emas Kurang Upaya

17/11/2009 - Saudara Fadzil yang juga Pengerusi Biro Putra UMNO Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tg Karang bersama Ajk menyerahkan bantuan kerusi roda kepada Pn. Asmah di Kampung Bt. 10 Bagan Tengkorak.
---------------------------------------------------
PERCUMA.!!! Download sekarang

Umno mungkin ambil alih peranan MCA bantu kaum Cina

[...]Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Umno mungkin terus terpaksa mengambil alih peranan MCA membantu masyarakat Cina jika kemelut kepemimpinan parti itu yang kini bertambah gawat tidak diselesaikan segera.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Umno semangnya tidak mahu campur tangan dalam tetapi kegawatan dalaman MCA akan memberi kesan negatif terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.
"Saya berniat baik dan bukan mahu campur tangan. Tetapi saya bimbang dengan masalah dalam MCA, parti yang senior dalam BN. Sokongan masyarakat Cina sangat penting dan kritikal untuk mengukuhkan BN.

"Namun, adalah tidak manis bagi Umno memainkan peranan MCA untuk menarik sokongan masyarakat Cina kepada BN. Kita cuba buat dan dapat sokongan menggalakkan.

"(Sebenarnya) bukan kerana mereka tidak menyokong BN, tetapi mereka tidak gembira dengan apa yang berlaku dalam MCA," katanya ketika ditemui pada hari terakhir Sidang Kemuncak Keselamatan dan Jaminan Makanan Dunia 2009, di sini hari ini. [+selanjutnya]
---------------------------------------------------
PERCUMA.!!! Download sekarang

Wednesday, November 18, 2009

Aidiladha ditetap 27 November

KUALA LUMPUR - Hari Raya Korban atau Aidiladha bagi Malaysia ditetapkan pada 27 November ini iaitu bersamaan 10 Zulhijah 1430 Hijrah apabila esok diisytihar 1 Zulhijah.

Penetapan tarikh itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 18 November 2009 Masehi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Korban bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 November 2009 Masehi," katanya dalam siaran akhbar Jabatan Penerangan yang dikeluarkan di sini hari ini.
---------------------------------------------------
PERCUMA.!!! Download sekarang

Tuesday, November 17, 2009

Kota Siputeh - SPR Akan Minta Nasihat Peguam Negara

[...] "Kita perlu meminta nasihat daripada Peguam Negara terlebih dahulu mengenai langkah yang perlu diambil memandangkan ini kali pertama kes sedemikian berlaku dalam sejarah.

"Kita mahu lihat sama ada SPR menpunyai ruang untuk merayu kes itu kepada pihak yang lebih tinggi (Mahkamah Rayuan)," katanya semalam.

"Isu ini telah menjadi satu isu akademik yang wajar diteliti, jadi elok SPR membawanya kepada Peguam Negara terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan," kata Wan Ahmad. [...]

Berita Sebelum...
Kota Siputeh diisytihar kosong
Pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur [...]

---------------------------------------------------
PERCUMA.!!! Download sekarang

Post Terbaru