Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, September 11, 2014

Kementerian Pendidikan nafi khabar angin UPSR 2014 dibatalkan

KUALA LUMPUR, 11 Sept : Kementerian Pendidikan hari ini menafikan khabar angin yang disebar melalui laman sosial media kononnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dibatalkan berikutan kebocoran beberapa kertas soalan peperiksaan itu.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, melalui laman Twitternya menasihatkan masyarakat agar mendapatkan maklumat yang sah mengenai isu itu daripada laman web rasmi Kementerian Pendidikan.

"Lembaga Peperiksaan menafikan berita yang tersebar bahawa UPSR 2014 dibatalkan.

"Untuk mendapat maklumat sebenar/semasa (mengenai isu UPSR 2014), sila layari laman web Lembaga Peperiksaan moe.gov.my/lp," katanya.

Lembaga Peperiksaan hari ini mengumumkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 dan kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 selepas kedua-dua kertas soalan didapati berlaku kebocoran. - BERNAMA

Kertas Bahasa Inggeris UPSR bocor, calon perlu duduki semula

PUTRAJAYA, 11 Sept : Seramai 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 berikutan berlaku kebocoran soalan.

Perkara ini diumumkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, sebentar tadi.

Idris juga mengumumkan Kementerian Pendidikan sudah membentuk satu jawatankuasa bebas bagi memastikan kebocoran soalan peperiksaan tidak lagi berlaku pada masa depan.

Semalam, Kementerian Pendidikan mengumumkan penangguhan kertas Sains 018, 028 dan 038 yang dijadualkan hari ini kerana didapati bocor.

Tarikh baru ujian kertas itu ialah pada 30 September ini. - bharian

DALANG BOCOR UPSR DICARI

Kuala Lumpur, 11 Sept : Cari siapa yang membocorkan kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan kenakan hukuman paling maksimum.

Begitulah reaksi spontan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) apabila mendapat tahu mengenai kebocoran kertas Sains UPSR sehingga peperiksaan itu terpaksa ditangguhkan.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata perbuatan itu adalah jenayah serius yang mencemarkan imej Kementerian Pendidikan dan profesion guru, malah menyusahkan 472,853 calon yang terpaksa menduduki peperiksaan itu pada 30 September ini.  - bharian

Dihantar dari tablet Samsung