Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, August 4, 2012

TAZKIRAH RAMADHAN (Siri 5) - Tiga amalan Nabi 10 malam terakhir Ramadhan

DALAM satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: “Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu.”

Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.

Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:


Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.

Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi'in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan Tabi'in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.

Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud: “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”

Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”

Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting hingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.

Baginda tidak akan melalui ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan hingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasul dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud: ”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”

Memperbanyak doa.
Rasulullah bersabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan.

Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.

Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).

Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.”

VIDEO.!!! KRISIS AIR - Sampai Bila Kerajaan Selangor Mampu Menipu Rakyat?

HULU LANGAT, 2 Ogos - Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) kesal dengan sikap dangkal dan bodoh sombong Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu yang tidak habis-habis menuding jari dan menyerang Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berikutan krisis air yang melanda negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kelmarin Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran itu dilaporkan meminta penjelasan Syabas mengapa bekalan air tidak mencukupi sedangkan beliau mendakwa pemeriksaan dibuat minggu lalu mendapati air terawat 11 peratus melebihi daripada permintaan harian walhal daripada mana fakta yang diperolehi juga boleh dipertikaikan.

“Sama ada beliau tidak tahu atau memang sengaja buat-buat tidak tahu, kenyatan yang dibuat itu jelas menunjukkan sikap dangkal seorang pemimpin yang tidak mengetahui perkembangan semasa.

“Sebenarnya seawal Ogos 2011 lagi Kerajaan Pusat telah memberi amaran mengenai krisis bekalan air bakal melanda menjelang tahun 2014 di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.”

Jelasnya, pihak Syabas sebelum ini pun sudah sering memaklumkan bahawa gangguan bekalan air di kebanyakan kawasan di Lembah Klang ketika ini disebabkan oleh kapasiti pengeluaran air terawat daripada loji-loji air tidak dapat menampung permintaan air terawat.

“Apa yang dilakukan kerajaan negeri ketika itu? Mereka hanya berpeluk tubuh mengatakan bekalan air mentah, sambil merujuk air empangan masih banyak sehingga melimpah ruah.

“Mereka masih berpolitik ketika rakyat bakal berhadapan krisis air yang meruncing. Tidak habis-habis mereka mengatakan bahawa air mentah masih mencukupi. Padahal rakyat memerlukan air terawat, bukan air mentah,” ujarnya selepas mengetuai satu Lawatan ke Sungai Langat WTP (Loji), Bt 10 Jalan Hulu Langat sebentar tadi.

Tambahnya, krisis air berlaku berikutan peningkatan mendadak penggunaan air oleh pengguna. Kesan daripada peningkatan permintaan yang mendadak ini terutama di Lembah Klang menyebabkan beberapa kolam utama menghadapi penurunan paras yang ketara.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) turut mengunjurkan bekalan air yang dapat dikeluarkan oleh 34 loji rawatan air di Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga hujung tahun ini. 33 loji rawatan air ini adalah milik kerajaan negeri Selangor.


Pada masa ini rezab bekalan air bersih sedia ada ialah kurang daripada 3 peratus. Keadaan ini menyebabkan tekanan air rendah dan sebahagian kawasan tidak mendapat bekalan air terutama di sekitar kawasan ‘water stress’ iaitu wilayah Petaling, Klang, Kuala Lumpur dan juga Hulu Langat, melibatkan sejumlah 209,678 akaun pengguna ataupun lebih kurang sejuta penduduk di wilayah-wilayah terbabit.

Situasi ini juga menyebabkan beberapa Loji Rawatan Air beroperasi pada tahap maksimum atau melepasi kapasiti reka bentuknya (overload) dan berhadapan dengan tekanan memenuhi permintaan yang pada masa ini di tahap 4,259 JLH (Juta Liter Sehari). Ini adalah kerana jumlah kapasiti bekalan air yang boleh dikeluar dan diagihkan dari kesemua 34 loji sedia ada adalah sekitar 4,371 JLH sahaja.

“Tujuan GPRS melawat Loji Rawatan Air Sungai Langat dengan membawa sekali beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin setempat, wakil penduduk dan pihak media adalah untuk melihat sendiri operasi di sini dan bagi membuktikan bahawa loji ini telah melebihi kapasiti pengeluaran air sebanyak 24 peratus iaitu daripada 386 juta liter sehari kepada 478 liter sehari”, katanya.

Pada masa sama jelas beliau lagi GPRS mahu membuktikan bahawa keputusan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan exconya tidak mahu melaksanakan Loji rawatan Air Langat 2 adalah keputusan yang politik dan pentingkan diri sendiri! Projek tersebut dapat merawat sebanyak 1.89 bilion air mentah yang akan disalurkan ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025.

“Betapa ceteknya pemikiran Abdul Khalid dan barisan exconya apabila mereka mahu air mentah dalam empangan dipam keluar untuk disalurkan kepada rakyat.

“Air dalam empangan bukan untuk kegunaan harian, sebaliknya ia adalah simpanan untuk digunakan pada musim kemarau apabila paras air sungai rendah. Air empangan ini pula jika digunakan secara berteusan hanya mampu bertahan selama 4 bulan sahaja,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.

Pada masa yang sama tegas beliau lagi kerajaan negeri turut membekukan CAPEX atau perbelanjaan modal milik Syabas sejak 2008 menyebabkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan paip-paip air tidak dapat dilaksanakan. Tindakan Abdul Khalid mahu mengambil alih (step-in) Syabas hanyalah untuk mengalih perhatian rakyat daripada kegagagalan kerajaan negeri menguruskan air di Selangor.

“Kini apabila rakyat menderita, mereka terus menjadikan Syabas sebagai kambing hitam. Untuk mengaku kesilapan sendiri? Sudah tentu tidak! Kerajaan negeri bukan sahaja mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan bahkan memutar belit fakta kerana bimbang rakyat tahu perkara sebenar.

“Apa yang rakyat perlu faham ialah kerajaan negeri memiliki aset air sebagaimana dan bertanggungjawab menyediakan air bersih, manakala Syabas sebagai operator pengagihan bertanggungjawab membekal dan mengagihkan bekalan air terawat. Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM606 juta untuk melaksanakan projek-projek mitigasi supaya penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak mengalami krisis air walaupun mendapat tentangan kerajaan negeri,” tambahnya.

Kata beliau lagi tindakan kerajaan negeri terus berpolitik dan menyelewengkan fakta untuk mengaburi mata rakyat tidak akan menyelesaikan krsis air, malah akan menjadi lebih teruk. Sepatutnya kerajaan negeri mengambil tindakan segera bagi menangani masalah ini bukan menuding jari menyalahkan pihak lain.

Paling menyakitkan hati, ketika rakyat menderita kerajaan negeri hanya berpeluk tubuh, tidak berbuat apa-apa.

“Bagi yang mahu mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai krisis air ini, GPRS menjemput semua hadir ke majlis taklimat di Sekolah Kebangsaan Beranang pada Sabtu ini, jam 10 pagi.

“Kita perlu bagi penjelasan kepada rakyat agar tidak terus terpengaruh dengan pembohongan kerajaan negeri PKR dan tidak diperbodohkan dengan auta Menteri Besar dan barisan exconya yang hanya tahu bercakap daripada membantu rakyat!,” tambahnya. -MediaUMNO

PENGUMUMAN.!!! Kadar Zakat Fitrah 2012/ 1433H Negeri-Negeri Seluruh Malaysia

Kadar zakat fitrah 2012/ 1433H negeri-negeri di seluruh Malaysia telah pun ditetapkan. Kadar zakat fitrah 2012 kali ini tak jauh berbeza dengan kadar zakat fitrah 2011 lalu.

Jom kita terjah kadar zakat fitrah 2011/ 1432H mengikut negeri-negeri di seluruh Malaysia :-


  • Waktu wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Waktu yang paling afdhal : Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
  • Waktu sunat : Sepanjang bulan Ramadhan.
  • Waktu makruh : Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
  • Waktu haram : Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Kepada yang ingin membuat bayaran zakat fitrah boleh dibuat di masjid dan surau di seluruh negeri termasuk di kompleks beli-belah yang turut menyediakan Amil Zakat.

Untuk mereka yang mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaanya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya pastikan anda jangan lupa membuat pembayaran nanti ya.

Yang pasti jumlah kutipan zakat fitrah ini nanti akan disalurkan kepada golongan asnaf bagi meringankan beban mereka terutamanya untuk menyambut kehadiran Aidilfitri ini nanti...

Arah pelajar berdemo tabiat PKR, kata Sulaiman

SHAH ALAM, 2 OGOS - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Sulaiman Abdul Razak hari ini mempersoalkan tindakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang menggesa mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) supaya berdemo bersabit isu yuran asrama yang dikaitkan dengannya.

Sulaiman berkata Rafizi tidak berhak berbuat demikian kerana pihaknya telah membuat penjelasan terperinci berhubung dakwaan syarikat Redha Resources Sdn Bhd (RSSB) mengenakan kadar sewa asrama yang mahal kepada mahasiswa.

"Saya sudah beritahu dalam dewan (DUN Selangor), buat kenyataan dalam dewan. Kalau selepas saya dah bentang dalam dewan masih lagi ada individu yang ingin mempertikaikan saya tanpa melihat 'handsard' dewan dahulu, saya akan buat tindakan mahkamah terhadap individu itu.

"Jika Rafizi masih nak buat kenyataan-kenyataan itu dan ini mungkin saya akan ambil tindakan keatas dia," tegasnya.

Semalam, PKR menyeru mahasiswa KUIS tampil memberi tekanan politik, antaranya melalui penganjuran demonstrasi, supaya perjanjian konsesi yang menyebabkan kenaikan yuran dibatalkan.

Rafizi berkata, tindakan itu bersesuaian kerana Sulaiman seorang ahli politik yang "faham bahasa politik".

Mengulas perkara itu, Sulaiman memberi amaran akan mengambil tindakan jika ia melibatkan nama baik syarikatnya.

"Untuk menggalakkan budak untuk berdemonstrasi itu terpulang pada dia, itu mungkin budaya dia. Tetapi jika melibatkan nama baik syarikat dan juga saya sendiri saya akan ambil tindakan.

"Suruh orang berdemo itu memang tabiat dia, inilah PKR...sikit-sikit demo. Tetapi bila orang demo depan pejabat menteri besar kenapa dia tak nak respon? Atas beberapa isu sewaktu dewan berlangsung mahasiswa Unisel datang buat demonstrasi, Gaps datang buat demo tidak ada siapa datang ambil memorendum itu tapi suruh orang berdemo.

"Tabiat PKR memang suka buat demonstrasi tapi dia tak faham isu sebenar," tambahnya.

Pada 3 Mei lalu, Rafizi mendakwa konsesi sewa asrama yang mahal dan berat sebelah untuk menguntungkan pimpinan Umno menjadi punca pengurusan KUIS tidak dapat menurunkan yuran pengajian institusi itu.

Menurutnya, pada 2007, RSSB kepunyaan Sulaiman dianugerahkan kontrak pembinaan itu bagi menampung keperluan 6,000 pelajar KUIS.