Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, July 20, 2009

Artis Indonesia tonggeng tunjuk 'underwear' - Malaysiakini

Pada malam anugerah APM ahad 18/07/09 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia, hampeh betul, artis Indonesia iaitu salah seorang kumpulan rock SLANK telah melondehkan seluar dan menunjukkan underwearnya ke khalayak ramai.

Tulisan pada seluar dalam Kaka Slank itu ialah "Bombers Kiss My" yang mungkin menunjukkan protes kepada kejadian pengeboman di 2 hotel mewah di Mega Kuningan, Jakarta tu hari.

Bagaimana agaknya keadaan hiburan di seberang ya, bagaimana artis begini bebas terlepas di atas pentas di hadapan para VIP dan dibuat secara live pulak tu. Dah la pakai jaket tanpa baju, jaket tak berbutang, nampak dada , bertatoo, nampak pusat, bukak seluar, tonggeng tunjuk tulisan kat underwear kalau di Malaysia sah makan tak habis kena ban.

Di harap peristiwa ini memberi pengajaran kepada penaja-penaja syarikat korporat Malaysia yang suka sangat import diaorang ni. Begitu juga stesyen-stesyen radio harap ban sahaja jangan putarkan lagu kumpulan Slank ni. - isuhangat