Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, February 1, 2009

Wakil rakyat letak jawatan tidak boleh tanding semula - Malaysiakini

Wakil rakyat yang meletakkan jawatan tidak boleh bertanding dalam mana-mana pilihan raya bagi satu tempoh selama lima tahun daripada tarikh mereka berbuat demikian, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, peruntukan undang-undang adalah jelas di mana mana-mana anggota Dewan Rakyat dan Dewan Undangan egeri (DUN) yang dengan sendiri meletakkan kerusi masing-masing akan hilang kelayakan untuk bertanding semula sepanjang tempoh lima tahun.

"Tindakan meletakkan jawatan (sebagai Ahli Parlimend dan ADUN) ada implikasinya di mana wakil (rakyat) yang meletakkan jawatan tidak boleh bertanding semula," kata beliau sambil merujuk kepada Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan.
"Peruntukan itu juga selari dengan peruntukan melibatkan kedudukan anggota DUN," katanya.
Wan Ahmad ditanya mengenai implikasi perundangan ke atas seseorang wakil rakyat yang memilih untuk meletakkan jawatan dengan memberikan surat tidak bertarikh kepada parti mereka wakili.

Difahamkan anggota DUN Perak dari Pakatan Rakyat telah mengemukakan surat letak jawatan tanpa tarikh kepada pucuk pimpinan sebaik sahaja mereka dipilih dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Mengulas lanjut aspek itu, Wan Ahmad berkata, perkara itu berada di luar bidang kuasa perundangan pilihan raya.

Bagaimanapun katanya, lunas perundangan adalah jelas iaitu melarang wakil rakyat yang menang pilihan raya meletakkan jawatan ikut kehendak mereka.

Mengenai pembubaran DUN pula, jelas beliau, ia terserah kepada keputusan kerajaan semasa yang memerintah.
"Jika kerajaan semasa yang memerintah (dalam kes Perak) memutuskan untuk membubarkan DUN, ia perlu mendapatkan perkenan Tuanku Sultan.

"Jika ada perkenan, maka DUN boleh dibubarkan dan SPR akan mengadakan pilihan raya negeri dalam tempoh 60 hari," katanya.
Tegas beliau, keputusan sama ada mahu mengadakan pilihan raya tergempar ataupun sebaliknya, ia terserah kepada kerajaan negeri yang menguasai sesebuah negeri.

Sah.. 2 ADUN PKR Perak letak jawatan - Malaysiakini

mStar | Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang didakwa hilang sejak lima hari lalu, meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini.

Ia dinyatakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Sivakumar di Ipoh sejam yang lalu.

Speaker akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya secara rasmi esok.

Kedua-dua ADUN berkenaan ialah Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering).

Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, pula pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Sebelum ini kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini.

Pakatan Rakyat mempunyai 32 anggota Dewan Undangan Negeri termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai PKR minggu lepas manakala BN dianggotai 27 wakil dan walaupun dua Adun PKR berkenaan keluar, kerajaan negeri masih mempunyai majoriti satu kerusi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan akan meminta supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya.
"Sah kedua-dua mereka (ADUN) letak jawatan... saya telah dimaklumkan mengenainya sebentar tadi," katanya.

Ketika ditanya sama ada kecewa dengan keputusan mereka, pemimpin dari PAS itu memberitahu: "Bukan soal kecewa tapi ini menunjukkan Umno dan BN bertindak jahat memancing orang kami."
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengambil tindakan susulan termasuk memanggil pilihan raya kecil jika menerima pengesahan rasmi mengenai kekosongan yang wujud.
"(Berdasarkan maklumat media)... maknya sudah ada kekosongan... SPR apabila menerima surat tentang kekosongan," katanya.

Sewa gerai MDSB bebankan peniaga - Malaysiakini

MERBAU BERDARAH - Kenaikan kadar sewa bagi sesebuah gerai adalah prose-dur biasa dalam usaha me-ningkatkan prasarana di kaw-asan berkenaan.

Namun, bagi peniaga gerai Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) di Merbau Berdarah, Sungai Panjang, kenaikan kadar sewa yang ditetapkan menjadi masalah besar apabila mendakwa tidak setimpal dengan hasil yang diperoleh mereka.

Mereka bukan sahaja kekurangan pengunjung, malah gerai yang terletak jauh dari pekan Sungai Besar itu juga sebenarnya tidak mendatangkan keuntungan kepada peniaga-peniaga di situ.

Seorang pengusaha bengkel jahitan yang ditemui, Faizal Clement Abdullah berkata, kenaikan kadar sewa tujuh kali ganda daripada sewa asal sebanyak RM50 di lot kedai yang dijadikan bengkel agak mengejutkannya.

Menurut Faizal, dia tidak menolak kenaikan kadar sewa yang dilakukan, bagaimanapun biarlah dengan kadar yang berpatutan.
“Sekali kenaikan, kadar yang dikenakan sehingga tujuh kali ganda. Bagi peniaga secara kecil-kecilan ia agak membebankan apatah lagi dalam keadaan ekonomi sekarang,” katanya.
Perasaan yang sama turut disuarakan seorang pengusaha gerai makanan, Rosman Lutfi. Beliau berkata, sewa sebanyak RM150 yang dikenakan sebelum ini juga tidak memberi banyak keuntungan apatah lagi perlu mengeluarkan peruntukkan sendiri untuk membaik pulih gerai berkenaan.

Menurutnya, jika kadar sewa dinaikkan, pihak majlis perlu melakukan beberapa perubahan seperti membaik pulih kerosakan dan menaikkan taraf persekitaran untuk menarik pengunjung datang ke sini.
“Walaupun gerai dibuka sejak pagi sehingga malam, namun pelanggan yang datang adalah orang yang sama,” katanya.
Sementara itu bagi pengusaha kedai runcit pula, Siti Rahmah Mat Alias mengakui kenaikan kadar sewa sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada perniagaan mereka di situ.

Menurut beliau, kebanyakan peniaga diberi peluang berniaga di bangunan gerai itu yang pada asalnya milik Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
“Semua maklum peniaga di sini adalah peniaga kecil-kecilan dan berniaga untuk sumber pendapatan selain membantu penduduk setempat memperoleh barangan keperluan mereka,” katanya.
Mereka merayu agar pihak majlis dapat menimbang semula kadar sewa yang ditetapkan berdasarkan keadaan ekonomi di kawasan berkenaan.

Bapa mungkin jadi wakil rakyat Bebas - Malaysiakini

Anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi yang disebut-sebut akan meninggalkan Pakatan Rakyat Perak mendakwa bapanya mungkin menjadi wakil rakyat Bebas.

Ali, 25, mendakwa bapanya tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN) seperti dilaporkan media hari ini dan semalam.

Ketika ditemui pemberita di pejabatnya, di Ipoh, hari ini, Ali juga mengesahkan keluarganya tidak dapat menghubungi Jamaluddin sejak Isnin lalu.

Namun, katanya seorang rakan bapanya menghubungi beliau semalam memaklumkan bapanya akan keluar PKR untuk menjadi Adun Bebas.
"Saya tak percaya dia hilang...dia tahu jaga dirinya tetapi emak saya memang tertekan," katanya.
Pagi tadi, Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengesahkan dua Adun yang juga ahli Exco negeri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu, Jamaluddin dan Mohd Osman Jailu (Adun Changkat Jering) tidak dapat dihubungi sejak Isnin lalu.

Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah membabitkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini pada 10 Februari ini.

ADUN Pakatan mungkin sertai BN - Malaysiakini

SERTAI BN... Kehilangan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi (kiri) dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu (kanan) terus menjadi tanda tanya hingga ada yang beranggapan mereka akan menyertai Barisan Nasional (BN).
mStar | Seminggu selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, ada kemungkinan ADUN Pakatan Rakyat di Perak menyertai Barisan Nasional.
"Insya-Allah betul kot," kata beliau.
Pengerusi BN itu ditanya mengenai khabar angin yang tersebar luas bahawa beberapa ADUN dari Pakatan Rakyat di Perak akan menyertai Umno dan BN.

Terdahulu, Abdullah melancarkan sambutan dan Festival Hari Wilayah Persekutuan di Tasik Titiwangsa di sini.
[...] "(Mereka akan) diterima dengan baik kerana itu pilihan mereka dan mereka hendak menyertai kita dalam perjuangan yang lebih besar dalam Umno dan BN... menjadi satu pengalaman baru dan memberi kesempatan untuk berjuang (dalam BN)," kata Abdullah. [..selanjutnya]

MIC buat laporan polis blog kutuk kaum India - Malaysiakini

GAMBAR menunjukkan blog 'Pendekar Tanahair' pernah wujud, walaubagaimanapun usaha untuk melayari laman blog itu gagal dan mendapati blog berkenaan telah ditutup.
Putera MIC semalam membuat laporan polis berhubung kewujudan blog 'Pendekar Tanahair' yang didakwanya mengandungi pelbagai unsur hasutan, tuduhan dan cacian yang menyinggung sensitiviti masyarakat India di negara ini.

Ketua Penerangan Putera MIC, A. Premnath berkata, tindakan penulis blog berkenaan yang menggunakan nama samaran 'Pendekar Ramlee' dan gambar seniman negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah mengaibkan nama seniman tersohor itu.
"Kami menemui laman web http://pendekartanahair.blogspot.com ini semalam dan mendapati tulisan-tulisan blogger itu menghina kaum India selain dilemparkan dengan kata-kata kesat dan menyakitkan.

"Blogger berkenaan menyalahgunakan nama dan gambar P. Ramlee yang kita semua hormati. Tulisan seperti itu bukan sahaja membakar perasaan kaum India tetapi juga kepada mereka yang membacanya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya di sini.
Premnath mendakwa sekurang-kurangnya enam entri yang memperkatakan dan menghina kaum ketiga terbesar di negara ini disiarkan di dalam blog berkenaan.

Usaha untuk melayari laman blog itu gagal dan mendapati blog berkenaan telah ditutup untuk orang awam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan berkata pihaknya akan menyiasat. - mStar

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara... . - Malaysiakini

1.. Song... ..Lagu-lagu yang menghiburkan... .
Jika ada anak-anak yang tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Indonesia yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah... .tapi boleh mengingati lagu Elyana yang panjangnya berdepa depa... ..berjaya sudah Yahudi... .Hingga kita terfikir... ..bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ..Sex... ..Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua... Sex dimana-mana..di kaca tv, dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah..kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex... filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD lucah mudah didapati... dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah... ...

3. ..Smoke... .Rokok..menjadi kegilaan para remaja... sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar "up to date"..Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja... .ataupun penari kabaret... .
( aku tengok dari filem P Ramlee )... .Syabas yahudi... berjaya lagi kamu... .

4. .Sport... .pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga... Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss... .bukan yang bermain sahaja tak sembahyang... yang menonton pun tak sembahyang juga... .Kalau menonton dirumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL... .
Yahudi gol lagi... ... sampai ada ulamak kata... kerana sukan..sembahyang boleh tangguh... Mashaallah,..

5. .. Fun... hiburan... dimana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan... .Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..termasuklah majalah mangga... yang menayangkan buah mangga artis perempuan... . Kalau ada konsert... .sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert... .pelbagai maksiat akan diselit masuk... .
Yahudi terhibur lagi... .

6... . Female... .Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta... .dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?... kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...
Yahudi bersorak lagi... ..

7... Fashion... .Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam..sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat... .Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan... .Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut di warnakan... sembahyang pun tak sah... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...
Yahudi ketawa lagi... .Umat islam sudah jadi macam Yahudi... .

8. .. Food..Makanan... lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah MC D, Kentucky, Pizza hut... dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina... .masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi kebanggaan... Bila makanan datang dari Barat..adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky..rempahnya datang dari Amerika... .siapa nak pergi check... halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap...
Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi... Nauzubillah... ..Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10... ... yang lain-lain entah macam-macam lagi... .
Sumber Artikel - IsuHangat