Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, January 10, 2009

1,302 kertas undi pos diedar hari ini. - Malaysiakini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengedarkan 1,302 kertas undi pos bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari ini.

Pengarah Pilihan Raya negeri, Mohd Noor Daud, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,001 kertas undi dikeluarkan kepada polis, 27 anggota tentera, tujuh pelajar yang menuntut di luar negara dan 267 kepada petugas pilihan raya.

Beliau berkata anggota polis akan mengundi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri manakala anggota tentera pula mengundi di 23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) di Jalan Pusara di sini, pada 12 Januari.
“Polis dan tentera telah mengambil kertas undi pos tersebut di pejabat Pengurus pilihan raya hari ini dan proses pengundian pada Isnin ini.

“Sebahagian kertas undi pos telah diserahkan kepada Pejabat Pos untuk dihantar kepada petugas pilihan raya dan pelajar di luar negara mengikut alamat yang diberikan,” katanya.
Beliau berkata semua kertas undi pos berkenaan perlu dikembalikan semula kepada SPR sebelum jam 5 petang, 17 Januari ini.

PERHATIAN.!!! Microsoft Excel 2007 ada masalah darab. - Malaysiakini

Sebenarnya masalah ini wujud sejak tahun 2007 lagi dan pihak Microsoft sudah diberitahu mengenainya.

Microsoft Excel 2007 mempunyai masalah untuk menyelesaikan masalah darab (multiply) yang berakhir dengan jawapan 65,535.

Apabila pengiraan darab yang memberi jawapan 65,535, Microsoft Excel 2007 akan memberi jawapan default 100,000.

Masalah ini sudah disampaikan kepada pihak Microsoft dan mereka berjanji untuk menyelesaikannya.

Malang sehingga ke hari ini, masalah ini masih tiada jalan penyelesaian dari pihak Microsoft dan mungkin juga dari Texas Instrument.

Cuba kita selesaikan masalah darab dibawah dengan menggunakan Microsoft Excel 2007, pasti jawapannya akan menjadi 100,000.
=850*77.1
=5.1*12850
=10.2*6425
=20.4*3212.5
=40.8*1606.25
=77.1*850
=154.2*425
=212.5*308.4
=308.4*212.5
=425*154.2
Jadi, kepada sesiapa yang mengunakan Microsoft excel 2007 untuk membuat account, sila semak semula account anda. - tranungkite

Israel terus zalim dan memang zalim - Malaysiakini

Kepulan asap dan percikan api daripada bom berangkai menyelubungi utara Genting Gaza semalam menunjukkan betapa kejamnya rejim Yahudi itu dan serangan terbaru Israel semalam meragut 12 lagi nyawa penduduk Palestin.
PBB dedah kekejaman askar Israel mengumpulkan 110 penduduk Palestin dalam sebuah rumah, sebelum membedil rumah itu berkali-kali 24 jam kemudian, menyebabkan kira-kira 30 orang maut.
WARGA emas Palestin mencari sesuatu di sebalik bangunan kediaman yang runtuh dibedil tentera Israel di Rafah, Selatan Gaza, semalam.
Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi gencatan senjata di Genting Gaza.

Israel tidak menghiraukan resolusi PBB dan terus melancarkan operasi tentera besar-besaran dengan 50 serangan udara yang meragut 12 lagi penduduk awam Palestin.

Seorang wanita Ukraine menjadi rakyat asing pertama menjadi korban serangan Israel apabila disahkan terbunuh semalam akibat tembakan askar Zionis.

Hizbullah nafi serangan roket ke utara Israel dari sempadan Lebanon.

Satu delegasi Hamas akan berlepas ke Kaherah esok apabila Presiden Mesir, Hosni Mubarak dijadual menemui Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk membincangkan cadangan gencatan senjata di Gaza.
------------------------------------------------------------------------
Jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia.

Kita perlu pertubuhan yang mempunyai fokus yang spesifik seperti Mercy dan Bulan sabit merah, atau mungkin FIMA. Kita perlukan badan yang mempunyai hubungan terus dengan pertubuhan bertaraf dunia di Mesir ataupun di dalam Palestin sendiri. Satu lagi, kutipan kita perlu kepada sasaran yang jelas, contohnya kita sasarkan kutipan RM 50 juta dalam tempoh terdekat, dan lakukannya dengan usahasama media yang boleh keudarakan iklan-iklan di waktu-waktu perdana.. Satu lagi, jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia mahupun negara-negara lain, mereka ini merupakan konco-konco Mahmoud Abbas yang mempunyai rekod korupsi yang amat dahsyat. Terus salurkan kepada mereka yang berada di dalam Palestin. - Palestinkini

Lagi Gambar Menanti Menjelang PRK Kt P.36 - Malaysiakini

MERIAH... Bendera dan poster parti Barisan Nasional (BN) dan Pas menghiasi sekitar Kampung Losong di sini sempena kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

TERTARIK... Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) melihat batik tekan ketika melawat Pusat Batik Imbasan Damai di Kampung Losong Feri di sini. Turut hadir pemilik Imbasan Damai Fauziah Yahya (tengah).

TUNJUK BAKAT... Calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (kanan) bermain Dam Haji dengan peserta pertandingan, Yunus Mamat di Stesen Teksi Kuala Terengganu di sini.
NAIB Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga, kiri) melihat kuih-muih yang dijual sempena perayaan Tahun Baru Cina ketika melawat Kampung Cina di sini. Turut hadir Pengerusi Parti Gerakan Negeri, Yap Kea Ping (empat, kiri). Tahun baru Cina yang akan diraikan oleh kaum Cina di seluruh dunia pada 26 Januari ini merupakan perayaan terpenting kaum itu bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Lebih meriah lagi, apabila mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru untuk menghalau puaka dan nasib malang serta rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki.
MESRA ... Calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil Kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (tengah) membantu peniaga goreng pisang, Rembat Osman, 60, (kanan) menjual goreng pisang kepada Aloha Yusof, 45, (kiri) selepas menghadiri Jamuan Rakyat Kampung Gong Tok Nasek.
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak beramah mesra dengan pelajar Universiti Darul Iman, Kuala Terengganu selepas merasmikan pembukaan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan dan Pengumuman Penawaran Program Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).
CALON PAS bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (kiri) ketika berkempen di Kampung Raja Chendering di sini, terserempak dengan anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (dua, kiri) yang berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) Wan Ahmad Farid Wan Salleh.