Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, October 26, 2008

Respon Debat Pemuda Umno Tak Sekata - Malaysiakini

NAK TAKUT APA???.... Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya Mohd Hishamuddin Yahaya (Yob) mahu debat antara calon-calon Ketua Pemuda UMNO dibuat secara terbuka.Katanya ini zaman siber apa perlu tutup-tutup.Lagipun katanya kewibawaan pimpinan UMNO melibatkan seluruh rakyat Malaysia bukan saja ahli UMNO."Di Amerika setiap kali pemilihan Presiden diadakan debat secara terbuka dan live...semua orang boleh tengok dan menilai sendiri...apa yang perlu kita takut",tegasnya.

INI PULA PANDANGAN SHAHIDAN... Bekas Menteri Besar Perlis itu juga tak setuju debat terbuka antara calon-calon jawatan tertinggi UMNO.Namun katanya ia boleh diadakan secara tertutup kepada para perwakilan yang faham apa erti debat itu.Shahidan menilai trend menunjukan debat terbuka boleh membawa kepada perpecahan.Beliau juga mengajak para ahli UMNO kembali ke jalan agama bagi mengukuhkan lagi parti.

REAKSI DEBAT... Dalam ulasan pada pendirian Datuk Mukhriz tak setuju debat terbuka...Ketua Pemuda UMNO Pahang, Datuk Khairuddin Yaakob berkata debat antara calon-calon Ketua Pemuda boleh diadakan secara tertutup khusus untuk para perwakilan sahaja.Katanya kenal calon adalah satu soal lain tetapi para perwakilan juga nak tahu apakah wawasan mereka untuk pergerakan itu dan sebagainya.Kata Khairuddin hal ini perlu dihuraikan secara jelas.

APA MASALAHNYA???.... kata Ketua Pemuda UMNO Perlis Datuk Rozabil Abdul Rahman mengenai debat terbuka antara calon-calon Ketua Pemuda UMNO.Katanya kalau tak setuju secara terbuka ia boleh dibuat secara tertutup antara para perwakilan.Rozabil hairan kenapa Datuk Mukhriz menolak cadangan Khairy nak berdebat kerana menggangap ia soal dalaman parti.Katanya apa bezanya dengan kenyataan-kenyataan kritik pimpinan dan sebagainya yang dibuat secara terbuka oleh Mukhriz sebelum ini.

NO PROBLEM... Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sambut cadangan Khairy Jamaluddin supaya diadakan debat antara mereka bertiga (+ Datuk Mukhriz ) yang sudah layak bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia." Tiada masalah...saya sedia turut serta,"katanya kepada Agendadaily petang Ahad.Beliau juga setuju debat itu dianjurkan oleh Agendadaily.com.

DATUK MUKHRIZ TAK SETUJU DEBAT... katanya di Alor Star Ahad debat terbuka akan menyulitkan usaha mengukuhkan parti kerana isu-isu yang berbangkit semasa debat itu akan disensasikan oleh pihak pembangkang.Mengulas cadangan Khairy Jamaluddin supaya diadakan debat antara calon-calon Ketua Pemuda UMNO,Mukhriz menggangap pemilihan itu adalah soal dalaman parti.Lagipun katanya ahli-ahli parti sudah kenal calon-calon dan cukup matang untuk buat keputusan yang betul.

97 bahagian calon Najib, Tengku Razaleigh masih cari sokongan - Malaysiakini

Selepas 27 pemimpin telah melayakkan diri bertanding jawatan-jawatan utama Umno, 19 yang lain masih mencari pencalonan yang mencukupi untuk turut bersaing.

Bagi jawatan presiden Umno, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kekal calon tunggal dengan mengumpulkan 97 pencalonan setakat pukul 8 malam ini.

Daripada 19 bakal calon berkenaan, Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menawarkan bertanding jawatan Presiden Umno masih belum memperoleh pencalonan langsung.

Semalam, Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mengulangi pendirian menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno walaupun belum mendapat sebarang pencalonan.

Beliau tetap percaya peluang untuknya bertanding masih cerah berikutan masih terdapat kira-kira dua pertiga atau 123 bahagian Umno di seluruh negara masih belum mengadakan mesyuarat.
"Saya telah nyatakan sejak awal lagi yang saya hanya menawarkan diri bertanding pada jawatan ini dan ini bukan satu pertandingan.

"Terpulang kepada perwakilan untuk memilih sesiapa sahaja yang layak tetapi saya minta perwakilan jangan takut untuk membuat keputusan untuk memilih kerana ini akan menentukan masa depan parti," katanya.
Hari ini, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamad pula memutuskan untuk menarik balik tawaran untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Sebaliknya beliau mengumumkan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah memperoleh sokongan terbanyak untuk kerusi Timbalan Presiden.

Nur Jazlan merupakan Ketua Umno Bahagian Pulai.

Kedua-dua Nur Jazlan dan Muhyiddin merupakan pemimpin Umno dari Johor.

Nur Jazlan yang mengumumkan pendiriannya hari ini turut menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk jawatan Presiden.

Minggu lalu ketika dihubungi mStar Online beliau masih yakin akan berpeluang untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

Nur Jazlan berkata, beliau akan menunggu sehingga minggu hadapan, apabila kira-kira tiga suku bahagian selesai bermesyuarat.

Selain Muhyiddin dua pemimpin yang menawarkan bertanding Timbalan Presiden ialah Datuk Seri Mohd Ali Rustam, 13 pencalonan dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Sehingga semalam hampir dua pertiga bahagian telah mengadakan persidangan.

Bahgaian Pulai mengadakan persidangan perwakilan hari ini manakala Gua Musang minggu depan.

Malah, semalam ketika persidangan perwakilan bahagian masuk minggu ketiga, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sudah layak untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.

Ahli Parlimen Rembau itu menerima tujuh pencalonan semalam - termasuk daripada Pemuda Bahagian Tawau, Tangga Batu, Sembrong, Sabak Bernam dan Papar, menjadikan jumlah pencalonan yang diterimanya sebanyak 44 pencalonan.

Di belakang beliau ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohammad Khir Toyo yang sudah pun memperoleh 39 pencalonan hari ini, sekaligus turut melayakkannya bertanding.

Ini bermakna, jawatan Ketua Pemuda akan menjadi rebutan tiga penjuru termasuk Exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir yang sudah pun memperoleh 66 pencalonan - individu pertama melayakkan diri untuk bertanding jawatan itu.

Untuk jawatan Naib Ketua Pemuda, Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim masih mengungguli persaingan itu dengan mendapat 74 pencalonan.

Calon lain untuk jawatan itu ialah, Exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican yang turut telah melayakkkan diri.

Nama lain yang turut dicalonkan tetapi belum memperoleh pencalonan mencukupi ialah Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Kinabalu Bahrul Razha Chuprat; Khairy; Ketua Pemuda Umno Bahagian Bagan, Marzuki Yahaya; Ketua Pemuda Umno Subang, Megat Firdaus Megat Junid dan Ketua Pemuda Umno Kapar, Faizal Abdullah.

Sementara itu, Ketua Wanita Tan Sri Rafidah Aziz merupakan antara pemimpin yang layak bertanding jawatan Ketua Wanita Umno. Turut dicalonkan ialah Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Shahrizat juga dicalonkan untuk jawatan Naib Ketua Wanita bersama Datuk Kamilia Ibrahim.

Shahrizat layak untuk bertanding kedua-dua jawatan berkenaan.

Bagi Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pencalonan yang diperolehnya kini menyamai jumlah pencalonan ketua penerangan pergerakan itu Datuk Shahaniza Shamsuddin iaitu masing-masing memperoleh 44 pencalonan.

Rosnah menerima satu pencalonan dari Kubang Pasu semalam manakala Shahaniza pula memperoleh pencalonan tunggal daripada Hulu Terengganu.

Juga layak Pengerusi Biro Keahlian Puteri Umno, Datin Ismalina Ismail kekal dengan 22 pencalonan; Setiausaha Puteri Umno, Bibi Sharliza Mohd Khalid, Ketua Puteri Umno Pulau Pinang, Azlina Mehtab Mohd Ishaq dan ketua Puteri Umno Terengganu Senator Nordiana Shafie.

Deklarasi Janda Baik Dari Blogger - Malaysiakini

BERTEMPAT di kediaman rehat, Syed Hussein Alattas (Pak Habib) di Wadi Hussein Janda Baik hari ini sekumpulan blogger bebas telah sepakat mengeluarkan satu deklarasi menyatakan keprihatinan, pendirian dan komitmen mereka berhubung beberapa isu semasa berkaitan kepentingan agama, bangsa dan negara.

Deklarasi yang dinamakan Deklarasi Janda Baik itu mengandungi 15 perkara berhubung kepentingan bangsa Melayu, negara dan juga kesucian agama Islam. Deklarasi itu pertama kali dikeluarkan oleh para blogger. Deklarasi berkenaan dizahirkan oleh Sdr Yassin Salleh (yassinsaleh), sebagai mewakili kumpulan berkenaan.

Pelahiran deklarasi itu adalah kesenimbungan kepada perjumpaan tidak rasmi kumpulan berkenaan di sebuah hotel di ibu negara minggu lepas dalam satu majlis apa dinamakan Cease Fire yang dikendalikan oleh seorang usahawan Abdul Aziz Chemor.

Antara blogger yang hadir dalam perjumpaan di Janda Baik pagi tadi ialah Yahaya Ismail, Abu Bakar Ninggal, Salahuddin Hashim, Webah Salleh dan beberapa yang lain. Perjumpaan tadi tidak secara informal berkebetulan sempena dengan upacara majlis cukur jambul cucu ke -8 Pak Habib, Manova.

Sehubungan itu menurut jurucakap kumpulan berkenaan Yassin, meminta kesemua bloggers ikut sama memberi sokongan kepada deklarasi berkenaan tanpa mengira fahaman politik, kedudukan dan juga darjat demi masa depan bangsa dan negara.

"Bagi mereka yang mendokong deklarasi yang dikeluarkan hari ini bolehlah menyatakan sokongan dengan ikut sama mengakseskan deklarasi berkenaan ke dalam blog masing-masing," ujar Yassin.

Kemungkinan satu pertemuan rasmi akan diadakan selepas ini untuk mengadakan perbincangan lebih lanjut serta tindakan ke atas melaksanakan atau memastikan rumusan yang terkandung dalam deklarasi berkenaan dilaksanakan.

Berikut disiarkan deklarasi berkenaan: Merah Tinta >>>

Debat antara calon Pemuda Umno - Malaysiakini

Agendadaily - Khairy Jamaluddin Sabtu mengeluarkan satu kenyataan mencadangkan mereka yang layak bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO berentap dalam debat untuk membolehkan mereka menjelaskan wawasan, pendirian dan pelan masing-masing jika memenangi jawatan itu.

Sementara itu Agendadaily sebelum ini telahpun merisik khabar dikalangan calon-calon yang bertanding jawatan utama UMNO dalam pemilihan kali ini bagi penganjuran siri debat secara live di televisyen.

Siri debat itu melibatkan jawatan Timbalan Presiden (jika ada pertandingan) ,Naib Presiden,Ketua Pemuda UMNO,Ketua Wanita (jika ada pertandingan) dan Ketua Puteri UMNO.

Perbincangan sudahpun diadakan dengan pihak pengurusan Media Prima yang telah bersetuju menetapkan waktu siarannya mulai dua minggu menjelang tarikh pemilihan jawatan yang asalnya 16 Disember ini.

Jadual itu mungkin terpaksa disusun semula jika pemilihan jawatan diadakan pada Mac depan.

Penyiaran siri debat itu bagaimanapun bergantung kepada kelulusan pihak atasan UMNO.

Ia dikatakan perlu meneliti samaada penganjuran debat antara calon itu melanggar atau tidak peraturan pemilihan yang tidak membenarkan sesiapa berkempen.

Ada dikalangan calon-calon sudahpun menyatakan persetujuan secara lisan kepada Agendadaily untuk menyertai debat itu jika ia dibenarkan.

Dalam pada itu ada juga calon yang merasa bagi jawatan seperti Naib Presiden misalnya ia lebih sesuai diadakan dalam bentuk forum dan bukan debat.

Khir Toyo layak bertanding - Malaysiakini

Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo layak bertanding jawatan ketua Pemuda Umno selepas mendapatkan dua lagi pencalonan hari ini.

Pencalonan untuk beliau mencecah tahap kelayakan minima, - 39 - apabila mendapat pencalonan dari bahagian Balik Pulau dan Segamat yang bermesyuarat hari ini.

Balik Pulau turut mencalonkan, exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan naib ketua Pemuda.

Manakala Segamat pula mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim.

Sehingga ini, Datuk Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaluddin masing-masing telah melepas kelayakan minima 39 pencalonan.

Mukhriz sehingga ini mengumpul 65 pencalonan manakala Khairy pula telah mendapat 45 pencalonan.

Bagi jawatan naib ketua, Reezal sehingga ini mendapat 56 pencalonan sejak bahagian bermesyuarat mulai 9 Oktober lalu.

Manakala Razali pula mendapat 73 pencalonan sehingga ini.

Senarai Pencalonan Umno Peringkat Majlis Tertinggi - Malaysiakini

Berikut ialah pencalonan jawatan utama bagi pemilihan Umno peringkat Majlis Tertinggi setelah 77 bahagian Umno selesai mengadakan persidangan perwakilan masing-masing hari Sabtu.

PRESIDEN

(Kuota: 58 pencalonan)

1. Datuk Seri Najib Tun Razak (77 pencalonan)

TIMBALAN PRESIDEN

(Kuota: 39 pencalonan)

1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (52 pencalonan)

2. Datuk Seri Mohd Ali Rustam (16 pencalonan)

3. Tan Sri Muhammad Muhamad Taib (9 pencalonan)

NAIB PRESIDEN

(Kuota: 20 pencalonan)

1. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (62 pencalonan)

2. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (45 pencalonan)

3. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (38 pencalonan)

4. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (34 pencalonan)

5. Datuk Seri Syed Hamid Albar (16 pencalonan)

6. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (7 pencalonan)

7. Datuk Seri Dr Rais Yatim (6 pencalonan)

8. Datuk Seri Shahidan Kassim (6 pencalonan)

9. Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis (5 pencalonan)

10. Tan Sri Rahim Thamby Chik (4 pencalonan)

11. Datuk Seri Mohamad Hasan (3 pencalonan)

12. Tan Sri Annuar Musa (1 pencalonan)

PENCALONAN MENGIKUT BAHAGIAN

JASIN

Presiden
Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Presiden:
Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Naib Presiden
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Seri Syed Hamid Albar

HULU TERENGGANU


Presiden
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

SETIU

Presiden
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden
Tan Sri Muhammad Muhamad Taib

Naib Presiden
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

KUALA TERENGGANU

Presiden
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Syed Hamid Albar

DUNGUN

Presiden:
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden:
Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Naib Presiden:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Tan Sri Mohd Isa Samad

LABIS

Presiden:
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik

SIMPANG RENGGAM

Presiden
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

TANJUNG PIAL

Presiden
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

SETIAWANGSA

Presiden
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden
Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Naib Presiden
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis

TANGGA BATU

Presiden
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden
Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Naib Presiden

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Seri Khaled Nordin
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

TANJUNG

Presiden
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Datuk Seri Mohamad Hasan

Terkini Pencalonan UMNO 2008 - Malaysiakini

1.50 tengahari Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin masing-masing mendapat dua lagi pencalonan masing-masing bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

Kedua-duanya dicalonkan oleh bahagian Parit Sulong dan Seri Gading, kedua-duanya di Johor. Dengan itu, Najib kini mendapat 85 pencalonan manakala Muhyiddin mendapat 58 pencalonan.

Bagi naib presiden, bahagian Seri Gading mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Khalid Nordin dan Datuk Shafie Apdal.

Manakala Parit Sulong pula mencalonkan Hishammuddin, Khaled dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (70), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (48), Datuk Shafie Apdal (39), Datuk Khaled Nordin (41), Datuk Syed Hamid Albar (18), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

Dua lagi calon presiden - Datuk Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib - masing-masing mendapat 18 dan 11 pencalonan.

1.20 tengahari Tan Sri Muhyiddin mendapat pencalonan ke-56 untuk calon timbalan presiden dari bahagian Jelutong yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden.

Bagi naib presiden pula, bahagian berkenaan mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Shafie Apdal.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (68), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (48), Datuk Shafie Apdal (38), Datuk Khaled Nordin (39), Datuk Syed Hamid Albar (18), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

Dua lagi calon presiden - Datuk Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib - masing-masing mendapat 18 dan 11 pencalonan.

1.10 tengahari Tan Sri Muhyiddin mendapat pencalonan ke-55 untuk calon timbalan presiden dari bahagian Jelutong yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden.

Bagi naib presiden pula, bahagian berkenaan mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Syed Hamid Albar.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (67), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (47), Datuk Shafie Apdal (37), Datuk Khaled Nordin (39), Datuk Syed Hamid Albar (18), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

Dua lagi calon presiden - Datuk Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib - masing-masing mendapat 18 dan 11 pencalonan.

1.00 tengahari Pencalonan untuk jawatan tertinggi Umno berterusan hari ini, dengan Datuk Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-18 dari bahagian Bukit Mertajam bagi jawatan timbalan presiden. Datuk Seri Najib dicalonkan untuk jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula, bahagian berkenaan mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Syed Hamid Albar.

Dengan itu, Najib kini memperolehi 81 pencalonan, manakala seorang lagi calon timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin masih kekal dengan 54 pencalonan dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengumpul 11 pencalonan.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (66), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (46), Datuk Shafie Apdal (37), Datuk Khaled Nordin (39), Datuk Syed Hamid Albar (17), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

Protokol Zionis : Apakah itu FREEMASONRY? - Malaysiakini

" FREEMASONRY, pertubuhan Yahudi yang telah didirikan sejak lebih kurang tahun 900 SM, mempunyai sepuluh (10) program antarabangsa. Program ini dalam istilah Freemasonry dinamakan 'HARAR' atau 'SATANIM', berlambangkan kurita (octopus) berkaki sepuluh, ular berbisa (serpent) berkepala sepuluh, dan hantu penerkam berkuku besi.

PROGRAM PERTAMA
Program pertama dalam istilah Freemasonry dinamakan 'TAKKIM' :

PADA ZAMAN NABI ISA A.S. :
Orang orang Yahudi dengan segala tipu daya ingin membunuh Nabi Isa A.S. Diantaranya fitnah keji - 'Nabi Isa A.S. ingin menjadi Raja Yahudi' yang disampaikan pada kerajaan Rome. Tetapi Allah S.W.T. menyelamatkan Nabi Isa A.S. dan sebagai gantinya Judas tersalib di Golgota. Maka setelah wafatnya Nabi Isa A.S., Yahudi berusaha menghancurkan ajaran Nabi Isa A.S. yang sudah disebarkan dengan 'TAKKIM' iaitu :

- Merosakkan ajaran Nabi Isa A.S. yang ada seperti menghalalkan yang haram dan sebaliknya.
- Merosakkan akidah dengan Doktrin Trinitas.
- Merosakkan Injil (Bible) yang ada dengan Injil palsu.
- Saul (Paulus) dijadikan tandingan Nabi Isa A.S.

PADA ZAMAN ISLAM :
- Pada zaman Rasulullah S.A.W, orang-orang Yahudi memupuk Munafiqin dan Muhadin. Mereka diantaranya berusaha menfitnah isteri Nabi, mengacau ajaran Islam, memecah-belahkan kaum Ansar dan Muhajirin.
- Melaga-lagakan Ali R.A. dan Muawiyah R.A. sehingga Aisyah R.A. masuk campur.
- Membuat ratusan hadis-hadis palsu, memasukkan dongeng Israeliyat, mengubah penafsiran Al-Quran dan sebagainya.
- Mendangkalkan aqidah umat Islam dengan falsafah Yunani sehingga timbul aliran kerahiban, tarikat sufi, mu’tazilah dan sebagainya. Maka lahirlah cendikiawan-cendikiawan Islam yang menghuraikan akidah islam dengan cara falsafah Yunani, menuruti pemikiran Aflatun (Plato), Aristun (Aristotles) dan lainnya.
- Mewujudkan lembaga pendidikan Islam yang dipimpin seorang alim didikan Freemasonry yang menafsirkan Al-Quran dan hadis sesuai dengan alam pemikiran Freemasonry.
- Menghidupkan sunnah-sunnah jahilliah dengan alasan memelihara adat istiadat nenek moyang.
- Menjadikan Islam supaya Tasyabbuh, selari dengan Nasrani dan agama lain. Diantaranya dengan memasukkan bentuk nyanyian gereja ke masjid, ulangtahun dan sebagainya.

PROGRAM KE-DUA
Program ke-dua dinamakan 'SHADA' - Bermaksud membentuk agama baru dan agama tandingan di seluruh dunia :

- Salah satunya ialah di India ketika Islam bangkit untuk kembali kepada Al-Quran dan Hadis dan menyerukan 'Jihad Fisabilillah', pihak penjajah Inggeris bekerjasama dengan Freemasonry menubuhkan gerakan anti-Jihad. Antara lain ialah dengan menggalakkan ahli sufi dengan ulama menganggotai Freemasonry. Ditunjukkannya seorang Freemason iaitu 'Mirza Ghulam Ahmad', dia mendakwa dirinya sebagai Nabi akhir zaman, Bhuda Awatara, Krishna dan sebagainya. Rabithah Alam Islami yang bersidang di Makkah 14-18 Rabiul Awal, tahun 1394 memutuskan bahawa ajaran Ahmadiah itu bukan Islam dan ia berkait rapat dengan Zionisme.
- Dan kes-kes 'aliran sesat Islam' yang beredar di Indonesia seperti solat dua bahasa dan lainnya, kemungkinan besar ianya berkaitan dengan program Freemasonry.

PROGRAM KE-TIGA
Program ke-tiga dinamakan 'PAROKIM' :
- Membuat gerakan yang bertentangan untuk satu tujuan - mengembangkan Freemasonry tempatan (domestik) dalam satu negara dengan nama tempatan, akan tetapi tetap tidak lari dari asas dan tujuan Freemasonry.
- Mendukung teori-teori bertentangan.
- Membangkitkan bida'ah dan khufarat - menyebarkan teori Sigmond Freud dan Charles Darwin sehingga antara ilmu pengetahuan dan agama itu bersaing, cuba untuk kalah-mengalahkan.

PROGRAM KE-EMPAT
Program ke-empat dinamakan 'LIBARIM' :
- Melenyapkan etika klasik yang mengekang pergaulan muda-mudi, termasuk melalui penyebaran seks bebas.
- Menghapuskan hukum yang melarang kahwin antara agama untuk mencipta generasi bebas agama (Atheism dan Freethinker)
- Pengembangan pendidikan seks di sekolah-sekolah.
- Persamaan hak antara lelaki dan perempuan dalam hal 'kedudukan waris' dan 'pakaian'.
- Mengembalakan pemuda-pemudi ke dunia khayalan, dunia muzik, dan narkotik. Mendirikan Bait-Satan (rumah syaitan) untuk menampung pemuda-pemudi ke-alamnya. Mengorganisasi kaum gay, lesbian, Lutherian serta menggalakkan perakuan menuntut hak mereka dalam hukum.

PROGRAM KE-LIMA
Program ke-lima dinamakan 'BABILL' - Iaitu memupuk asas kebangsaan dalam setiap bangsa dan menjaga kemurnian bangsa Yahudi.

PROGRAM KE-ENAM
Program ke-enam dinamakan 'ONAN' :
- Mengekang pertumbuhan bangsa Goyim (orang selain Yahudi)
- Menggalakkan perempuan-perempuan Yahudi agar menjadi subur (fertile).

PROGRAM KE-TUJUH
Program ke-tujuh dinamakan 'PROTOKOL' - Dalam istilah Freemasonry. Protokol khusus untuk program bangsa Yahudi dalam Suhyuniah (Zionisme) yang dimulai dengan penyebaran protokol.

Isi protokol adalah tentang rancangan Yahudi untuk menguasai dunia. Diantaranya ialah penghancuran ekonomi suatu negara, penghancuran moral suatu bangsa dan banyak lagi. Dengan program protokol ini, bangsa Yahudi dapat menjadi penguasa ekonomi dunia, pengaturcara politik (spin-master, dsb) dan penerangan (medium, media) dunia.

PROGRAM KE-LAPAN
Program ke-lapan ini disebut 'GORGAH' :
- Untuk merosakkan para pemimpin negara, ulama dan parti, mereka harus dijerumuskan dalam pasaran seks dengan seribu satu jalan. Pepatah Yahudi mengatakan ”Jadikanlah perempuan cantik itu untuk alat suatu permainan soal-siasat.”
- Membuat perangkap seks bagi seseorang yang terhormat. Jika namanya disiarkan sehingga kehormatannya terjejas, itu adalah satu kejayaan.
- Menyebarkan ejen Kasisah, iaitu Intel Freemasonry untuk menghancurkan martabat musuh di tempat-tempat maksiat.
- Mendirikan pusat perjudian terbesar dan moden.
- Melemahkan musuh dengan perempuan dan ubat khusus.

PROGRAM KE-SEMBILAN
Program ke-sembilan dinamakan 'PLOTISME' :
- Mendidik alim-ulama dalam Plotis yang fahamannya terumbang-ambing.
- Alim-ulama Plotis itu disebarkan sebagai tenaga pengajar di sekolah-sekolah dan pertubuhan-pertubuhan Islam.
- Alim-ulama Plotis harus diangkat menjadi anggota kehormat Freemasonry.

PROGRAM KE-SEPULUH
Program ke-sepuluh ini dinamakan QORNUN :
- Orang-orang yang terpilih yang disyaki berbahaya kepada Freemasonry diangkat agar menjadi kaya sehingga bergelumang harta benda, tetapi akhirnya di peras secara halus oleh suruhan Freemasonry.
- Memberi dana pendidikan bagi pendidikan agama. Memberi dana dalam hal perniagaan, pertanian dan sebagainya sehingga mereka sibuk dalam keduniaan (materialisme).
- Musuh-musuh Freemasonry akan diperdaya agar terjerat riba (interest) oleh bank Freemasonry.
- Menghasut dan memberi jalan dengan berbagai cara agar bank selain dari bank Yahudi melakukan rasuah sehingga bank tersebut hancur dan kemudian bank itu diberi bantuan bank Freemasonry dengan ikatan yang kuat. Bank itu akan beroperasi kembali dengan 75% modal Yahudi. Kemudian pemimpin-pemimpin bank tersebut diberi ajaran Freemasonry dan menjadi anggotanya.

Dari data-data tersebut dapat kita lihat bahawa begitu berkembangnya program-program Freemasonry dan Allah S.W.T. telah memberi peringatan dalam Al-Quran bahawa mereka (Freemasonry) itu saling bantu membantu dan menjadi pelindung satu dengan yang lainnya. Pada lafaz “illa taf’aluuhu” Allah S.W.T. memerintahkan kita untuk mengadakan saingan program Tansiq iaitu penyatuan hati umat Islam. Dalam hal ini, ulama Islam sebagai pemegang amanah para Rasul-Rasul seharusnya bersatu untuk memimpin dan membangunkan program tandingan sedunia yang Insya-Allah pasti akan menyaingi dan menghancurkan program-program Freemasonry.

Mukhriz vs Khairy vs Khir Toyo - Malaysiakini

Walaupun ramai yang mengidam nak tengok pertandingan satu lawan satu antara Datuk Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaluddin tetapi Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tetap bersemangat nak jadi orang ketiga.

Debaran mengejar pencalonan berakhir Sabtu malam bila bekas Menteri Besar Selangor itu boleh kata sudah sah layak menyertai Ahli Parlimen Jerlun dan Rembau itu merebut jawatan nombor satu Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dikosongkan oleh Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Ini bila mana beliau berjaya merangkul lapan pencalonan menjadikannya 38 yakni kurang satu sahaja untuk cukup kuota 39.

Ramai yang berminat mengikuti satu per satu pencalonan mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Sabtu kerana nak tahu samada Dr Khir mampu atau tidak sampai ke garisan penamat.

Selain dari beberapa Pemuda UMNO Bahagian lagi akan bermesyuarat hari ini dan seterusnya Dr Khir mempunyai ‘ talian hayat ‘ yang mungkin pasti mencalonkannya iaitu Pemuda UMNO bahagian Sungai Besar,Selangor dimana beliau adalah Ketua UMNO Bahagian pada 2 November.

Sepanjang hari Sabtu Dr Khir mendapat pencalonan dari Pemuda Sandakan,Parit,Petaling Jaya Utara,Maran,Lumut,Kluang,Sipitang dan Seputeh.

Mukhriz mendapat 65 pencalonan manakala Khairy 44.

Pertandingan antara ketiga mereka dijangka menjadi highlight pemilihan UMNO kali ini selain dari perebutan jawatan Naib Presiden UMNO dan mungkin Timbalan Presiden.

Menjelang sambutan Deepavali - Malaysiakini

MENJELANG DEEPAVALI... Masyarakat India membanjiri Lebuh Pasar atau dikenali sebagai "Little India" untuk membuat persiapan terakhir bagi menyambut perayaan Hari Deepavali di pasar itu di Georgetown, Pulau Pinang kelmarin.

Perayaan pesta cahaya itu akan disambut pada 27 Oktober ini oleh masyarakat India seluruh dunia.

Kelihatan kawasan Little India penuh sesak dengan kenderaan dan orang ramai terutama masyarakat India yang rata-ratanya datang untuk membeli barang keperluan masing-masing.

Malah suasana sedemikian juga dirasakan di seluruh negara. Mereka mengambil kesempatan sempena hujung minggu dengan mengunjungi bazar untuk membeli kuih-muih, barang-barang perhiasan rumah dan pakaian baru.