Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, January 30, 2009

Tak Nak Beli Handphone kena Belasah di Pertama Kompleks - Malaysiakini

Jom Boikot.!!! Jom Boikot.!!!
Jom Boikot.!!!

Tengok pasal penjual handphone berbangsa cina yang nak jadikan Pertama Kompleks ala-ala Petaling Street. Kira nak jadi samsenglah macam tu.. kalau tengok handphone tu mesti kena belinya. kalau tak beli, kena belasah kat penjual handphone tu.. kurang ajar betul..!!

Berniaga biarlah secara jujur dan berhati mulia.

tak caya,tengok video ni….

Kes 1 : Mat Bangla kena pukul

Kes 2 : Mat Indon kena pukul

Kes 3 : Mat Melayu Kena Pukul

P/S - kepada mangsa-mangsa yang terlibat diharap membuat laporan supaya mereka ini dikenakan tindakan.

Sumber Artikel Dari - www.izyan.com

12 Kejahatan Yahudi - Malaysiakini

Dalam buku Qabaih al-Yahud dijelas 12 kejahatan Yahudi yang termaktub dalam Al-Quran. Kejahatan itu adalah seperti berikut:

1. Menuduh Nabi Musa punya penyakit kusta karena tidak mau mandi bersama mereka. (QS. 33:69)
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, lalu Allah membersihkannya dari segala cacian yang mereka katakan; dan adalah Dia seorang yang mulia di sisi Allah.”

2. Enggan melaksanakan Taurat, sehingga Allah mengangkat gunung Tursina untuk mengambil perjanjian yang teguh. (QS.2:93)
“Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil Kami berfirman): “Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) Yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (Apa Yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)”. mereka menjawab: “Kami dengar, dan Kami menderhaka”. sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, Dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (Wahai Muhammad):” amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman”.”

3. Tidak mahu beriman kecuali jika melihat Allah langsung. (QS. 2:55 dan 4:153)
“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga Kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”. maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.”

“Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (janganlah Engkau merasa pelik), kerana Sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. mereka berkata: “(Wahai Musa) Perlihatkanlah Allah kepada Kami dengan nyata (supaya Kami dapat melihatnya dan percaya kepadaNya)”. lalu mereka disambar oleh petir Dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu).”

4. Merubah perintah Allah.
“Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: “Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya Dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ‘ Ya Allah ampunilah dosa Kami ‘; supaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik”.”
“Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).”

5. Menuduh Nabi Musa mengolok-olok mereka saat mereka disuruh menyembelih sapi betina. (QS. 2:67)
“Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”. mereka berkata: “Adakah Engkau hendak menjadikan Kami ini permainan?” Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”.”

6. Menulis Alkitab dengan tangan mereka, lalu mengatakan ini dari Allah. (QS. 2:79)
“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.”

7. Memutar-mutar lidahnya untuk meyakinkan bahawa yang dibacanya itu adalah wahyu yang asli. (QS. 3:78)
“Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. dan mereka pula berkata: “(Bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah”, padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).”

8. Mengubah Firman Allah. (QS.2:75)
“(Sesudah kamu - Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?”

9. Menyembah patung sapi. (QS.2: 51 dan 92)
“Dan (kenangkanlah) ketika Kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).”
“Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang yang zalim.”

10. Mengatakan Tangan Allah terbelenggu. (QS.5:64)
”Dan orang-orang Yahudi itu berkata: “Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)”, tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (Nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang ia kehendaki; dan Demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.”

11. Menuduh Allah itu faqir. (QS. 3:181)
”Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) Yang mengatakan: bahawasanya Allah miskin dan kami(yahudi) ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasanyYang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: “Rasalah kamu azab seksa Yang sentiasa membakar –”

12. Menyuruh Nabi Musa dan Tuhannya berperang untuk mereka (QS.5:24)
”Mereka (Menolak dengan) berkata: “Wahai Musa, Sesungguhnya Kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah Engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. sebenarnya Kami di sinilah duduk menunggu”.

Wednesday, January 28, 2009

Valentine's Day...Hari mencipta anak HARAM!!!! - Malaysiakini

Pada 14 February ini ramailah manusia yg berkasih-kasihan akan menyambut hari kekasih atau lebih glamornya disebut valentine’s day. Berikut adalah fakta menarik tentang hari tersebut.:

Dianggarkan 1 bilion kad valentine dikirim di seluruh dunia setian tahun. Ini menjadikan perayaan kedua tertinggi bagi pengirim kad perayaan selepas krismas.

Kira-2 85% kad valentine dibeli oleh kaum wanita. Terdapat juga fakta yg mengatakan lelaki erap membeli 2 kad utk kepentingan yg lain!! Ehem….ehem…

Tarikh 14 February merupakan hr sangat penting bagi penjual bunga. Dianggarkan lebih kurang 110juta kuntum ros, kebanyakkannya merah dijual sempena hari tersebut. Jualan ini meningkat 32% setiap tahun.

Untunglah wanita, satu kajian mendapati 73% pembeli bunga sempena valentine day adalah lelaki.

Dinggarkan 3% drp individu yg memiliki haiwan peliharaan akan memberi haiwan kesayangan mereka itu sebagai hadiah valentine day.

Alexander graham bell telah failkan paten pertama telefon beliau pada 14 February 1876.

Warna tema valentine day ialah merah, merah jambu dan putih. Merah jambu melambangkan kehalusan, merah pula symbol kepada kehangatan, perasaan dan hati(cinta). Manakala putih melambangkan ketulenan dan kepercayaan iaitu 2 hati yg saling mempercayai.

Penicillin ubat yg digunakan untuk penyakit sifilis telah diperkenalkan kpd dunia pada 14 February 1929

Di korea, hadiah coklat akan diberikan oleh golongan wanita kpd lelaki pilihan mereka pd 14 February. Hadiah balasan dari lelaki pula hanya akan diberikan sebulan selepas valentine. Ia dikenali sebagai white day atau hari putih iaitu pada 14 mac. Disamping itu, org korea mempunyai black day yg jatuh pada 14 april. Black day khas utk individu yg tidak menerima apa-apa hadiah pd hari valentine. Pada hari tersebut lelaki2 malang ini akan diberi makan jajangmyum iaitu hidangan mi cina bersama sos pekat berwarna hitam dan secawam kopi dipercayai untuk membuang nasib buruk mereka itu.

Di Taiwan hari kekasih disambut pada 7 julai mengikut calendar lunar. Pd hari itu lelaki akan membeli sejambak bunga rosy g paling mahal berserta bunga-bungaan lain utk kekasih mereka. Bilangan kuntum ros juga mempunyai maksud tersirat. Sekuntum ros bermaksud kau satu-satunya kekasihku, 11 kuntum bermaksud kau kesukaan ku, 99 kuntum bermaksud cintakan awak selama-lamanya dan 108 kuntum bermaksud kahwini aku.

Selain manusia masyarakat slovakia juga percaya burung-burung akan berkasih-kasihan dan mengawan pd hari kekasih.

Shiv sena sebuah parti politik kanan di India mengadakan tunjuk perasaan pada awal February 2006 kerana membantah amalan menyambut hari valentine kerana ia adalah budaya barat dan bercanggah dengan tradisi masyarakat Negara itu. Pd hari tersebut pentokong2 shiv sena turun ke jalan dan membakar kad valentine. Menurut shiv sena terdapat banyak lg perayaan di dalam budaya dan agama mereka bersesuaian untuk menunjukkan cinta dan saying misalnya diwali, eid dan lohri.

Dari mana munculnya hari valentine day?? 1 pendapat mengatakan perkataan valentine diambil sempena nama seorang paderi besar kristian pd zaman pemerintahan ratu Isabella di sepanyol iaitu saint valentine. BELIAU DISAYANGI KERANA TELAH BERJAYA MENUMPASKAN KERAJAAN ISLAM DI CORDOBA SEPANYOL PD 14 FEBRUARY 270MASIHI. Kejayaan itu begitu bermakna kpd ratu Isabella dan dengan itu 14 February disambut bg merayakan kemenangan terhadap islam.

Pendapat kedua berasal daripada pesta sambutan kaum rom kuno yg dipanggil “lupercalia” yg bermula pd abad ketiga sebelum masihi. Lupercalia adalah upacara penyucian diri yg diadakan pd 14 February. Pada hari itu, mereka akan menyembah dewi cinta yg bernama juno februata. Pada malam pesta lupercalia nama-nama gadis rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam sebuah bekas. Kemudian setiap pemuda akan mencabut nama tersebut dr dlm bekas secara rawak. Nama gadis yg tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan hiburan seksnya selama setahun.

Pendapat ketiga dikaitkan dengan kematian paderi st valentine ketika pemerintahan raja rom yg bernama Claudius II (268-270). Dikatakan st valentine enggan mematuhi arahan raja Claudius agar membatalkan semua perkahwinan dan pertungangan kerana rom banyak terlibat di dalam peperangan dan memerluka pemuda-pemuda sebagai tentera. Malah st valentine telah mengahwini org2 kristian dengan pasangan mereka secara rahsia menyebabkan raja tersebut murka lalu dihukum bunuh. Dikatakan juga ketika pemerintahan Claudius II ini kerajaan rom yg menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama kristian dan para mubaligh kristian telah dipenjara serta diseksa termasuk st valentine. Semasa dalam penjara, st valentine telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh. Beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kpd gadis tersebut yg bertandatangan “from your valentine”.

Pendapat keempat diambil drpd nama seorang paderi paling berpengaruh pd zaman pemerintahan ratu Isabella dr sepanyol iaitu st valentine yg status kedudukannya adalah ditempat kedua tertinggi selepas pope. Keinginan st valentine untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan telah menimbulkan kegemparan di kalangan penduduk cordova krn st valentine adalah seorang paderi katolik yg tidak boleh berkahwin dengan pengamal protestan. Lebih-2 lg paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan st valentine telah menimbulkan rasa murka ratu Isabella lalu memenjarakannya.

Di Malaysia, hari valentine adalah satu lg hari yg amat ditunggu-tunggu oleh pasangankekasih jongos untuk mencipta anak haram.

Artikel ini bukan hendak menceritakan kehebatan hari setan valentine tetapi untuk memberi panduan kepada umat islam yg selama ini leka menyambut hari setan valentine. Biar mereka sedar bahwa yg mereka sambut selama ini adalah sambutan utk merosakkan orang islam. Ada setengah ulama’ Indonesia menyatakan org islam yg menyambut hari valentine ini boleh dikategorikan sebagai murtad. Jadi renung2kan jangan sampai terjerumus dalam api neraka…

Sumber artikel dari - ruangan forum tranungkite

Thursday, January 22, 2009

Penduduk minta pantau jalan terbiar - Malaysiakini

Sebahagian penduduk di Lorong 1 Jalan RB, Kampung Haji Razali, Tanjong Karang, di sini memohon keprihatinan pihak berwajib memantau keadaan jalan di lorong berkenaan yang didakwa tidak sempurna sepanjang empat kilometer.

Difahamkan, jalan berpasir itu lecak dan licin setiap kali hujan sehingga menyukarkan penduduk setempat yang rata-ratanya warga emas untuk keluar ke jalan besar dan lebih menyedihkan, jalan berkenaan seperti terbiar begitu sahaja tanpa ditar selepas siap pada 1980 lalu.

Seorang penduduk, Ramlah Ahmad berkata, jalan yang digunakan setiap hari itu tidak ubah seperti jalan terbiar berikutan dipenuhi semak samun dan menyukarkan masyarakat setempat untuk menggunakan jalan berkenaan terutamanya pada waktu malam.

Menurut Ramlah, bukan lorong di sini sahaja terbiar begitu sahaja tetapi lorong di kawasan lain juga mengalami nasib yang sama termasuklah Lorong Haji Suratno dan Lorong Haji Salleh, bagaimanapun salah satu jalan di situ sudah ditar walaupun separuh jalan.
“Masalah ini sudah beberapa kali dikemukakan kepada peringkat pimpinan kampung sejak lebih 20 tahun lalu, namun sehingga kini tiada tindakan yang diambil lebih-lebih lagi tampuk pimpinan kerajaan negeri sudah berubah.

“Jika jalan diperbaiki, kami boleh digunakan sebagai jalan pintas ke jalan besar," katanya.
Ramlah berkata, rata-rata penduduk di sini memohon jalan ini diperbaiki untuk memudahkan mereka berulang alik ke pekan atau memudahkan masyarakat setempat hadir sekiranya ada majlis kenduri kendara yang dijalankan di sini.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kuala Selangor, Misri Idris ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menjalankan siasat terhadap status jalan berkenaan sama ada di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Pembangunan Luar Bandar (PLB).

Misri berkata, pihaknya akan mengenal pasti status jalan berkenaan bagi kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan sama ada ia di bawah Projek Jalan Kampung (PJK) PLB atau JKR kerana kalau dahulu, JKR yang melaksanakan kerja-kerja pembaikan di sini.
“Namun, kami akan menjalankan siasatan dalam tempoh terdekat ini,” katanya, semalam.

Friday, January 16, 2009

Kertas ‘No Ekor’ menghina Nabi - Malaysiakini

Biadab dan melampau. Perbuatan sindiket judi di bandar raya ini menggunakan kertas bertulisan selawat nabi untuk menyiarkan keputusan nombor ekor seolah-olah mahu mempersendakan kesucian Islam.

Seorang kakitangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Azuani Ahmad, 36, berkata tindakan sindiket terbabit bukan saja memperlekehkan selawat nabi, tetapi juga seperti menghalalkan kegiatan perjudian apabila meletakkan kedua-dua keputusan nombor ekor dan selawat nabi di muka surat sama.

Menurutnya, dia menyedari perbuatan sindiket terbabit Selasa lalu apabila kertas itu diedarkan secara bebas sekumpulan lelaki di hadapan sebuah restoran di Tampoi di sini.
“Awalnya saya dan beberapa rakan beranggapan kertas yang diedarkan itu risalah biasa bagi promosi jualan barangan. Ini berikutan kertas itu diedarkan secara percuma kira-kira jam 8 malam termasuk penduduk Islam.

“Mereka dipercayai mengambil kesempatan mengedarkan kertas judi itu di lokasi berkenaan kerana berhampiran sebuah kedai judi. Namun, kami tidak menjangka ia memaparkan keputusan nombor ekor.

“Kami tambah terkejut apabila kertas itu terkandung selawat menyampaikan hajat kepada Nabi,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro di sini, semalam.
Dia berkata, perbuatan itu bukan saja boleh memesong dan mencemuh selawat nabi, malah menimbulkan pandangan serong di kalangan pelancong khususnya orang Islam.

Katanya, selawat nabi tidak boleh digunakan untuk tujuan haram termasuk kegiatan perjudian.
“Selawat menjadi permohonan kepada Allah supaya memberikan keutamaan kepada doa dan dengan berselawat, kita boleh mendapat pelbagai manfaat.

“Sebaliknya, penggunaan selawat di kertas judi adalah dosa besar dan menunjukkan perbuatan orang cetek pengetahuan agama. Diharapkan Jabatan Agama Johor (JAJ) mengambil tindakan tegas terhadap sindiket nombor ekor berkenaan,” katanya
Sementara itu, jurucakap JAJ berkata, selawat adalah kemuliaan terhadap Nabi dan sewajarnya digunakan secara bersesuaian.
“Kalau ia terkandung pada kertas nombor ekor, itu bermakna masyarakat tidak menghormati Islam dan mengambil ringan kepentingan selawat berkenaan.

“Kami akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sesuai bagi menghentikan perbuatan terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam. - MyMetro

Saturday, January 10, 2009

PERHATIAN.!!! Microsoft Excel 2007 ada masalah darab. - Malaysiakini

Sebenarnya masalah ini wujud sejak tahun 2007 lagi dan pihak Microsoft sudah diberitahu mengenainya.

Microsoft Excel 2007 mempunyai masalah untuk menyelesaikan masalah darab (multiply) yang berakhir dengan jawapan 65,535.

Apabila pengiraan darab yang memberi jawapan 65,535, Microsoft Excel 2007 akan memberi jawapan default 100,000.

Masalah ini sudah disampaikan kepada pihak Microsoft dan mereka berjanji untuk menyelesaikannya.

Malang sehingga ke hari ini, masalah ini masih tiada jalan penyelesaian dari pihak Microsoft dan mungkin juga dari Texas Instrument.

Cuba kita selesaikan masalah darab dibawah dengan menggunakan Microsoft Excel 2007, pasti jawapannya akan menjadi 100,000.
=850*77.1
=5.1*12850
=10.2*6425
=20.4*3212.5
=40.8*1606.25
=77.1*850
=154.2*425
=212.5*308.4
=308.4*212.5
=425*154.2
Jadi, kepada sesiapa yang mengunakan Microsoft excel 2007 untuk membuat account, sila semak semula account anda. - tranungkite

Israel terus zalim dan memang zalim - Malaysiakini

Kepulan asap dan percikan api daripada bom berangkai menyelubungi utara Genting Gaza semalam menunjukkan betapa kejamnya rejim Yahudi itu dan serangan terbaru Israel semalam meragut 12 lagi nyawa penduduk Palestin.
PBB dedah kekejaman askar Israel mengumpulkan 110 penduduk Palestin dalam sebuah rumah, sebelum membedil rumah itu berkali-kali 24 jam kemudian, menyebabkan kira-kira 30 orang maut.
WARGA emas Palestin mencari sesuatu di sebalik bangunan kediaman yang runtuh dibedil tentera Israel di Rafah, Selatan Gaza, semalam.
Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi gencatan senjata di Genting Gaza.

Israel tidak menghiraukan resolusi PBB dan terus melancarkan operasi tentera besar-besaran dengan 50 serangan udara yang meragut 12 lagi penduduk awam Palestin.

Seorang wanita Ukraine menjadi rakyat asing pertama menjadi korban serangan Israel apabila disahkan terbunuh semalam akibat tembakan askar Zionis.

Hizbullah nafi serangan roket ke utara Israel dari sempadan Lebanon.

Satu delegasi Hamas akan berlepas ke Kaherah esok apabila Presiden Mesir, Hosni Mubarak dijadual menemui Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk membincangkan cadangan gencatan senjata di Gaza.
------------------------------------------------------------------------
Jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia.

Kita perlu pertubuhan yang mempunyai fokus yang spesifik seperti Mercy dan Bulan sabit merah, atau mungkin FIMA. Kita perlukan badan yang mempunyai hubungan terus dengan pertubuhan bertaraf dunia di Mesir ataupun di dalam Palestin sendiri. Satu lagi, kutipan kita perlu kepada sasaran yang jelas, contohnya kita sasarkan kutipan RM 50 juta dalam tempoh terdekat, dan lakukannya dengan usahasama media yang boleh keudarakan iklan-iklan di waktu-waktu perdana.. Satu lagi, jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia mahupun negara-negara lain, mereka ini merupakan konco-konco Mahmoud Abbas yang mempunyai rekod korupsi yang amat dahsyat. Terus salurkan kepada mereka yang berada di dalam Palestin. - Palestinkini

Thursday, January 8, 2009

Sekatan ekonomi ke atas Israel - Malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu sekatan ekonomi dikenakan ke atas Israel oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atas kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Perdana Menteri menegaskan, usaha perlu dilakukan segera untuk menghalau tentera Israel dari Genting Gaza.

Wednesday, January 7, 2009

Pasukan perubatan PBSM ke Kaherah - Malaysiakini

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) akan menghantar pasukan perubatan ke Kaherah, Mesir, Jumaat ini, bagi menyokong Pertubuhan Palang Merah Palestin (PRCS) menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa serangan Israel di Genting Gaza.

Pasukan terbut, terdiri daripada tiga doktor yang diketuai Dr. Yahya Abd. Ahmad dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan seorang pegawai bantuan dan logistik, akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada malam Jumaat ini.

Pengerusi PBSM, Tunku Tan Sri Shahriman Tunku Sulaiman berkata, pasukan itu akan berada di Rafah selama dua minggu sementara pasukan seterusnya akan dihantar jika diperlukan.
“Dari Kaherah, mereka akan menggunakan pengangkutan darat ke Rafah (laluan sempadan Mesir-Gaza) di mana mereka akan bekerjasama rapat dengan Persekutuan Palang Merah Antarabangsa (IFRC) dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC),” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Tabung Bantuan Antarabangsa PBSM hari ini.
Tunku Shahriman berkata, PBSM telah menderma AS$10,000 (RM34,635) kepada akaun khas PRCS bagi menyahut rayuan kecemasan bernilai AS$6.8 juta (RM23.5 juta) bagi menangani penderitaan rakyat Palestin berikutan kekejaman Israel yang setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 660 penduduk Palestin dan mencederakan lebih 2,950 orang.

Rapat Umum “SELAMATKAN GAZA” - Malaysiakini

Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.
Anjuran: Aman Palestin
Tarikh : 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa : 10 pagi hingga 12 tengahari.

Objektif
  • Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
  • Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
  • Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Aktiviti
Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

Israel gunakan Bom Napalm serang Gaza. - Malaysiakini

Masyarakat di Gaza menyaksikan beberapa roket yang digunakan Zionis-Israel menggunakan bahan baru yang belum pernah digunakan sebelum ini. Menurut mereka, roket yang dilepaskan akan jatuh dan membentuk seperti cawan yang marak terbakar dan terus membakar apa yang ada di sekitar bom itu. Roket itu turut meletup sebanyak dua kali.


Menurut pakat, tentera Zionis-Israel menggunakan bahan phosphur dalam membuat bom. Bom ini turut digunakan ketika serangan ke atas Lebanon tahun 2006. - Palestinkini

Sidang khas Parlimen Isnin ini menbincangkan konflik Israel-Palestin - Malaysiakini

mStar | Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah bersetuju untuk mengadakan sidang khas Parlimen, yang akan diadakan Isnin depan bagi membincangkan situasi di Gaza.

Di Kuala Terengganu, Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditanya sama akan meminta lagi kerajaan supaya diadakan sidang khas Parlimen, berkata:
"Kalau kerajaan mempertimbangkan boleh walaupun pada tahap ini, lebih baik kerajaan, bukan setakat buat kenytataan, mengambil inisiatif lebih mendalam."
Sebelum ini, kata beliau, pembangkang ada meminta diadakan sidang khas Parlimen.

Larian Amal 'UNTUKMU PALESTIN' - Malaysiakini

sumber dari - Untukmu Palestin

Sekolah UNRWA diserang. 135 orang terbunuh ! - Malaysiakini

Pencerobohan Israel yang membawa kemusnahan di Semenanjung Gaza setakat ini telah meragut nyawa 660 Rakyat Palestin, termasuk 215 kanak-kanak dan 89 wanita ditambah dengan 2950 orang yang cedera.

Penceroboh Israel menyerang kediaman Palestin dan tiga buah sekolah UNRWA telah meningkatkan jumlah mangsa kepada lebih penduduk Palestin yang terbunuh dan 400 lagi mengalami kecederaan.

Angkatan tentera Israel komited dalam pembunuhan beramai-ramai hari ini apabila mereka mensasarkan sekolah yang dibina UNRWA bagi menempatkan orang awam yang melarikan diri dari serangan Israel di timur Jabalya.

Pengeboman sekolah Fakhoura di timur Jabalya mengakibatkan 45 rakyat Palestin terbunuh dan mencederakan lebih daripada 50 orang manakala 5 yang lain telah terbunuh dalam pengeboman dua sekolah-sekolah UNRWA yang lain sebelumnya. - Palestinkini

Zionis Israel guna fosforus putih yang diharamkan. - Malaysiakini

Akhbar Times dari Britain berkata pihak Zionis Israel menghujani seluruh Gaza dengan fosforus putih yang diharamkan penggunaannya seluruh dunia kerana akan menyebabkan kebakaran dahsyat kepada orang awam.

Dalam cetakan isunya pada hari Isnin, Times menyatakan bahawa tentera Amerika dan British di Iraq turut menggunakan senjata tersebut menentang orang awam, tetapi ia berhujah bukan haram sekiranya digunakan sebagai satu “penutup asap”.

Akhbar menambah bahawa penggunaan bagi senjata tersebut di Gaza , satu penempatan terpadat di dunia mungkin akan menyebabkan kebakaran yang dahsyat, di mana setakat ini lebih daripada 550 Rakyat Palestin telah terbunuh 2,300 orang lain tercedera. - Palestinkini

MEMBANTU UMAT ISLAM DI PALESTIN - Malaysiakini

Usaha untuk membantu rakyat dan umat Islam di Palestin adalah FARDHU AIN ke atas semua individu Muslim. Apa jua usaha yang mampu kita lakukan walau sebesar kuman pun mesti dilakukan sekarang juga.

Yang mampu beri penerangan memberi penerangan.Yang mampu menderma terus menderma.Yang mampu ke Palestin terus ke Palestin.Yang mampu menggugat ekonomi Israel dan sekutunya mesti menggugat.Yang mampu berhujah terus memberikan hujah. Satu yang pasti, KITA SEMUA paling kurang pun MAMPU BERDOA. Banyakkan doa sekarang juga.

"Bismillahirrahmanirrahim.Ya Allah, Engkau patah-balikkanlah segala rancangan jahat mereka dan sekutu mereka kepada diri mereka sendiri dengan segera.Datangkanlah tentera-tenteraMu ya Allah, yang pernah memusnahkan tentera bergajah Abrahah, yang pernah membakar dan mengambus kaum Lut, yang pernah menenggelamkan Firaun di Laut Merah, yang pernah mematahkan semangat musyrikin Quraisy dalam Perang Khandak, yang pernah melenyapkan kaum Nuh.Datangkanlah segera ya Allah ke atas kaum Zionis dan sekutu-sekutu mereka. Amin ya Allah.

"Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Coca-cola apabila diterbalikkan - Malaysiakini

"LU FIKIR LA SENDIRI"

sumber dari - isuhangat

Tuesday, January 6, 2009

10 tentera rejim Zionis mati , 30 cedera di tangan Brigade Qassam. - Malaysiakini

10 tentera rejim Zionis mati manakala 30 yang lain cedera parah akibat asakan serangan dari pihak Brigade Qassam , sayap ketenteraan Hamas malam tadi.

Sumber dari Qassam menyebut, para pejuangnya berjaya menarik perhatian tentera rejim Zionis mengepung sebuah rumah yang telah di pasang bom peledak. Setelah pasukan rejim mengepung kawasan rumah , pihak pejuang Qassam meledakkan bom.

Pasukan tentera rejim yang lengkap bersenjata yang berada di dalam rumah terperangkap dalam ledakan tersebut. 10 orang dipercayai terbunuh

Pihak Qassam berjanji, tentera rejim Zionis yang telah memasuki Gaza tidak akan pulang dengan selamat. - Palestinkini

Tangani pengaruh Yahudi menerusi sains dan teknologi - Malaysiakini

Negara-negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel perlu bertindak memutuskan segera hubungan sebagai tindak balas membantah kekejaman rejim Yahudi itu terhadap penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.

Bekas Duta Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) Datuk Syed Hussein Al-Habshee ketika menyarankan demikian juga berkata, umat Islam hanya dapat mempertahankan nasib mereka dengan berkesan daripada sebarang kekejaman dan penganiayaan menerusi pendidikan, sebagaimana dilakukan Yahudi.

Beliau memberi contoh bagaimana pendidikan cemerlang berjaya meletakkan Yahudi sebagai bangsa yang terkedepan.

Katanya, 14 juta Yahudi di seluruh dunia berjaya melahirkan 150 orang pemenang anugerah Nobel berbanding hanya tiga yang beragama Islam daripada sejumlah 1.4 bilion umatnya.
“Langkah strategik dan jangka panjang untuk menangani pengaruh Yahudi adalah menerusi pendidikan serta penguasaan sains dan teknologi,” katanya.
Sementara itu, antara negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Tel Aviv ialah Mesir, Jordan dan Turki.
“Negara-negara terbabit perlu dengan segera memanggil balik duta-duta mereka di Israel dan memutuskan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu,” katanya.
Beliau yang kesal dengan reaksi lemah negara-negara Arab terhadap kekejaman Israel berkata, negara di rantau Timur Tengah yang kaya dengan minyak itu seolah-olah tidak mempedulikan nasib yang sedang menimpa penduduk Palestin.

Serangan udara, laut dan darat Israel terhadap Semenanjung Gaza yang bermula sejak 27 Dis lepas mengorbankan lebih daripada 500 penduduknya setakat ini, termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas. Syed Hussein juga berkata, Liga Arab yang dianggotai oleh 22 buah negara rantau Timur Tengah itu gagal memperjuangkan nasib penduduk Palestin dan membebaskan mereka daripada penjajahan Yahudi.

Enam terbunuh dalam serangan terbaru Israel - Malaysiakini

Sekurang-kurangnya enam rakyat Palestin terbunuh dalam serangan terbaru tentera Israel di Deir Al-Balah, tengah Genting Gaza awal pagi ini.

Menurut saksi, empat pejuang Hamas dan dua pejuang Jihad Islam terbunuh setelah tentera Israel yang menggunakan kereta kebal membedil rumah mereka.

Bagaimanapun kedua-dua kumpulan pejuang pemisah berkenaan masih belum mengesahkan kematian itu.

Laporan sebelum ini menyatakan lima orang terbunuh dan mereka terdiri dari orang awam.

Dalam kejadian berasingan, empat rakyat Palestin dilaporkan cedera akibat serangan udara tentera Zionis di Jabaliya, utara Genting Gaza.

Rumah ahli kumpulan Hamas berhampiran perkampungan Khan Yunis di selatan genting Gaza turut dibedil dengan peluru berpandu pesawat pejuang tentera Israel.

Monday, January 5, 2009

AWAS! Perangkap Murtad - Malaysiakini

PERANGKAP
Apabila sijejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan "ringan-ringan" pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa.

Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaan cinta, sijejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan "langkah sebenarnya" yang pertama. Apabila sigadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga sigadis TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.

Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT

Saturday, January 3, 2009

18SXG : Pesta 'Seks' 2009@KL ? Wow !!! - Malaysiakini

Ini bukan maklumat sahih !!
*Berita ini masih belum di’sahkan oleh mana-mana pihak yang berkaitan.

Sumber RockyBru menyatakan penyampai berita yang terlibat dengan tangkapan malam tahun baru kelmarin adalah Ms.FR yang di’percayai merujuk kepada Farahrizan Abdul Razak yang bertugas di Astro Awani. Dalam tulisan terbaru beliau juga menyebut seorang lagi selebriti yang terlibat adalah seorang pelakon lelaki (bukan aktress) yang membintangi drama bersiri Gerak Khas. Norman Hakim lagi’kah? Atau pengganti baru beliau?
Namun, seperti kata Rocky Bru, betulkah aktiviti dalam bilik hotel tersebut merupakan pesta seks? 24 orang dalam satu bilik terlalu crowded bukan? Setakat boleh senggol-senggol dan himpit menghimpit boleh la kut, tapi lagi padat lagi sedap berhimpit. Wow! Himpit 'bumper' sedap woooo ! Kena plak 'bumper' macam kat atas tu..'selebret terus non stop cakap lu..! Hampeh !!!
Seorang penyampai berita tv swasta dan seorang pelakon wanita adalah antara 26 orang yang ditahan dalam pesta seks dan dadah bagi meraikan kedatangan tahun baru di sebuah bilik hotel di Jalan P Ramlee di ibu negara, di sini, awal pagi tadi.

Operasi jam 3.30 pagi yang diketuai Asisten Superintendan Mahani Ahmad dari Bahagian D7 cawangan maksiat, judi dan kongsi gelap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) itu turut mendapati pembaca berita wanita dan pelakon itu positif dadah.

Mahani berkata serbuan di sebuah bilik di tingkat 11 itu turut menemui pelbagai jenis dadah seperti ketamin, kokain dan syabu serta minuman keras. Baca berita lanjut di Berita Harian Online. Siapa ya pembaca berita & pelakon wanita berkenaan?

UPDATE: Buletin Utama melaporkan pembaca berita yang ditahan adalah dari stesen TV berbayar.

sumber dari - politikbanjar

Blog Hina Nabi Aktif Lagi?????? - Malaysiakini

Tindakan blogger celaka ini seperti mencabar dan memperlekehkan Polis, kedaulatan Malaysia yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, tidak memperhiraukan sensitiviti umat Islam di Malaysia yang menjadi masyarakat majoriti.

Walau bagaimana pun , umat Islam Malaysia harus lebih berhati-hati dengan cucukan jarum ini.

Kita boleh Flag sebanyak mana pun. Blogger-blogger, forumer Muslim tidak akan jemu mewar-warkan benda ini tetapi di harap pihak berkuasa mestilah mengambil tindakan yang Tegas.

Blog baru celaka ni ialah http://adibahahmed.blogspot.com

Jangan jemu, mari kita FLAG blog tersebut.

Di harap para blogger jangan merahsiakan cara hide navbar buat sementara ini.
Mari berjihad di alam cyber!
sumber dari - isuhangat

Thursday, January 1, 2009

Berhati-hati limau mandarin.? - Malaysiakini

Hari Raya Cina dah dekat, maka akan berlambak-lambaklah limau mandarin di pusat beli belah dengan pelbagai harga dan pelbagai rasa yang dibeli bukan bangsa Cina sahaja. Orang Melayu, India pun beli juga kerana rasanya yang sedap dan murah.

Tetapi untuk tahun ini berhati jika anda hendak membeli limau mandarin takut terbeli limau mandarin berulat! Di negara China telah menghapuskan beribu tan buah limau mandarin tetapi dikuatiri ada juga peniaga yang mengambil kesempatan.
sumber dari - isuhangat