Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, December 18, 2008

Wawancara perdana `Transformasi Politik malaysia' - Malaysiakini

Norman ceraikan Abby talak satu - Malaysiakini

Pelakon, Norman Hakim sah bercerai talak satu dengan isterinya, Abby Abadi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad mengesahkan penceraian itu antara Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, dengan Arbaeyah Abdul Manan, 31.

Norman menangis sewaktu hendak melafazkan cerai berkenaan dan terpaksa menenangkan diri selama 40 minit.

Janji PM tertunai... - Malaysiakini

Jelas tampak ceria wajah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebaik sahaja keluar Dewan Rakyat, malam Rabu selepas dua rang undang-undang bagi mereformasi pencegahan rasuah serta institusi kehakiman lulus selepas tiga hari dibentang serta dibahaskan di parlimen.

Janji Perdana Menteri sejak 2004 untuk menambahbaik dua badan berkenaan tertunai walaupun ada pihak menganggapnya perkara itu agak mustahil.

Ini kerana kerajaan Barisan Nasional tidak mempunyai majoriti dua pertiga dalam parlimen selepas pilihan raya umum Mac lalu dan kebiasaannya kelulusan undang-undang seperti ini perlu pindaan perlembagaan dengan sokongan majoriti. -->>lanjut

Polis tembak mati empat penjenayah - Malaysiakini

PERMATANG PAUH: Polis menembak mati empat penjenayah yang merupakan anggota geng pecah rumah dan samun yang bergerak aktif di negeri ini dalam satu adegan tembak menembak di Guar Perahu di sini kira-kira pukul 5 pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Salleh Mat Rasid berkata dua daripada empat lelaki berusia lingkungan 30 dan 40 tahun yang ditembak itu adalah warganegara asing dipercayai dari Indonesia sementara dua lagi adalah rakyat tempatan.
"Pihak polis telah menerima maklumat yang mana ada satu kumpulan penjenayah sedang berlegar-legar di kawasan Guar Perahu dan dipercayai akan melakukan jenayah.

"Bertindak atas maklumat berkenaan, seorang pegawai dan tujuh anggota polis telah dihantar untuk menyiasat dan mengesan kumpulan itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihak polis berjaya mengesan sebuah Pajero berwarna biru gelap di persimpangan tiga ke Taman Guar Perahu di sini yang dalam keadaan mencurigakan dan anggota polis itu bertindak mengekori kereta berkenaan .
"Apabila menyedari diekori pihak polis, mereka terus memecut kenderaan dan pihak polis mengekori dari belakang yang mana dalam masa yang sama salah seorang lelaki di dalam kereta itu bertindak mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan ke arah polis," katanya.
Salleh berkata, berlaku tembak-menembak antara pihak polis dan geng pecah rumah dan samun itu dan kesemua penjenayah itu ditembak mati.
"Hasil siasatan di tempat kejadian, polis menemui sepucuk pistol dan beberapa senjata tajam termasuk peralatan pecah rumah (di dalam Pajero itu) dan polis percaya dengan tertumpasnya kumpulan ini dapat menyelesaikan beberapa kes pecah rumah dan samun," katanya.
Beliau berkata, siasatan awal juga mendapati dua lelaki tempatan yang ditembak itu mempunyai rekod jenayah yang mana salah seorang daripadanya memang dikehendaki polis.
"Sementara dua warga asing itu tiada pengenalan diri dan tidak memiliki dokumen perjalanan dan siasatan juga mendapati kenderaan kumpulan itu menggunakan nombor pendaftaran palsu. Polis sedang menyiasat sama ada Pajero itu dicuri atau tidak," katanya
.Katanya, modus operandi kumpulan itu adalah dengan memecah masuk rumah mangsa dan mengikat mangsa sebelum menyamun serta mengambil barang-barang berharga dalam rumah mangsa. - mStar

BEBERAPA anggota polis mengangkat mayat seorang daripada empat penjenayah yang merupakan anggota geng pecah rumah dan samun yang terbunuh dalam satu adegan tembak menembak di Guar Perahu hari ini. Dalam kejadian kira-kira 5 pagi tadi, polis menembak empat penjenayah yang berusia lingkungan 30 dan 40 tahun, dua adalah warganegara asing dipercayai dari Indonesia sementara dua lagi merupakan rakyat tempatan.

Nordiana pula disebut calon BN Parlimen KT? - Malaysiakini

Keputusan kerajaan Terengganu tidak melantik semula sebagai ketua Puteri Umno negeri itu, Nordiana Shafie sebagai ahli Dewan Negara, telah mencetuskan spekulasi baru tentang kemungkinan beliau bakal dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Ini berikutan seorang lagi senator dari Terengganu - Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang sebelum ini disebut-sebut mungkin dipilih sebagai calon BN - dilantik semula sebagai senator.

Wan Ahmad Farid yang juga timbalan menteri dalam negeri, Senator dilantik untuk penggal kedua bagi mengisi satu dari dua kerusi wakil Terengganu di dewan itu.

Satu lagi kerusi senator bagi Terengganu akan diisi oleh Naib Ketua Wanita Umno negeri, Fatimah Ahmad, yang juga seorang pesara guru.

Nordiana yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT), yang juga ketua Puteri Kuala Terengganu Terengganu dilantik sebagai senator pada tahun 2005 dan berakhir pada 22 Disember ini.

Seorang senator boleh dilantik ke Dewan Negara untuk dua penggal. -->>lanjut

Lagi artikel menarik dari KPMU

Pemuda Umno Terengganu fokus 20,000 pengundi muda

KUALA TERENGGANU: Pemuda Umno Terengganu akan mengadakan pelbagai program bagi menarik sokongan kira-kira 20,000 pengundi muda dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu, terhadap parti itu.[Selanjutnya]

Ada yang tidak tahu ini kali ke enam harga minyak diturunkan

Dahulu apabila minyak naik, kecoh bagaikan nak runtuh politik tanah air kita menghentam kerajaan, sana sini demonstrasi membantah kenaikan minyak, hari ini minyak turun sekali lagi buat kali keenam dan mungkin ramai yang tidak sedar atau mengetahui bahawa minyak sudah turun sebanyak tujuh kali. [Selanjutnya]