Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, November 23, 2008

30% aduan politik wang dalam UMNO fitnah - Malaysiakini

Di sebalik kecaman lantang pelbagai pihak terhadap amalan rasuah politik dalam UMNO serta peraturan dan tindakan tegas parti bagi membanteras gejala ini, perbuatan ini dikatakan terus berleluasa setiap kali parti itu melalui proses pemilihan pemimpinnya di pelbagai peringkat.

Dalam keghairahan anggota parti untuk bertanding jawatan-jawatan dalam UMNO ini, kita mendengar dakwaan-dakwaan ada pihak menyogok untuk mendapat pencalonan, tidak kurangnya ada juga pihak meminta sogokan sebagai syarat untuk memberi pencalonan dan dakwaan tentang jual beli undi.

Ketika pihak luar memerhati dan mencebik sinis mengenai apa yang sedang berlaku ini, ada anggota parti yang pantas menuding jari kepada Lembaga Disiplin UMNO, yang didakwa lembap menjalankan tanggungjawab menghukum mereka yang bersalah.

Adakah dakwaan mereka ini benar dan adil kepada lembaga itu?

Ketika persoalan ini diaju Bernama kepada Lembaga Disiplin, Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili pengerusi lembaga itu Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail, menjelaskan bahawa badan itu bukan sekadar menghukum tetapi bertanggungjawab memastikan hanya mereka yang bersalah dikenakan tindakan.
“Kami sedar banyak rungutan konon kami tidak menjalankan tugas, tak ada tindakan keras, tak ada siasatan, tetapi pada ketika kami mahu memenuhi kehendak ramai ini, kami ada tanggungjawab besar iaitu memastikan keadilan dicapai walaupun ia akan mengambil masa,” katanya.
Mohd. Hafarizam yang juga anggota lembaga disiplin itu serta penasihat undang-undang UMNO berkata, badan itu berpendapat adalah lebih baik orang yang bersalah terlepas daripada menghukum orang yang tidak bersalah.
“Menerusi penelitian saya, daripada sejumlah aduan yang kita terima, 30 peratus adalah berunsur fitnah atau `frame up’ iaitu orang yang kalah nak aniaya calon yang menang dan sebagainya,” kata beliau.
Justeru itu kata Mohd. Hafarizam, lembaga mengambil masa untuk menyiasat dan bertindak terhadap setiap aduan salah laku yang diterima, bagi memastikan tidak ada pihak yang teraniaya.

Tiada peralihan kuasa Jun 2009 - Malaysiakini

Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz tidak akan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Datuk Kamilia Ibrahim jika beliau mengambil alih jawatan nombor dua pergerakan tersebut kelak.

Perkembangan terbaru dalam pergerakan itu sekali gus 'mengkuburkan' pelan peralihan kuasa Jun 2009.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, pelan peralihan pergerakan itu yang diumumkan Ogos lalu hanyalah antara beliau dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
"Memandangkan saya akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita, mandatnya adalah selama tiga tahun... tidak sekejap sekejap.

"Sebab itu, saya mengatakan (dari awal) tidak perlu ada pertandingan (bagi jawatan Ketua Wanita). Jika tiada pertandingan, saya akan (sepatutnya) menyerahkan (jawatan itu) kepada shahrizat pada Jun nanti," katanya.

Rafidah, Ahli Parlimen Kuala Kangsar memberitahu, kini pergerakan itu kembali kepada proses pemilihan mengikuti demokrasi yang akan memilih sama ada "saya atau beliau."

Dengan keputusan Shahrizat mencabar Rafidah bagi jawatan Ketua Wanita, Kamilia akan menjadi calon tunggal bagi kerusi Naib Ketua Wanita.

Justeru, Kamilia sudah pasti memenangi kerusi itu tanpa cabaran.

Tun perlu betulkan Mukhriz sebelum berbicara mengenai rasuah - Malaysiakini

Oleh : Hasnul Hassan
Apa yang Tun katakan agar orang Melayu menekan mereka yang memberikan rasuah sememangnya boleh kita persetujui, tetapi Tun juga harus bercakap melalui tauladan , Tun juga perlu menekan Mukhriz dari berhenti membeli undi , (pencalonan) dengan menggunakan agen-agen beliau, Apa guna Tun bercerita pasal politik wang seolah-olah anak nya tidak menggunakan politik wang sedangkan anaknya lah yang paling banyak menggunakan wang untuk mendapat pencalonan secara terang-terangan. Malahan ada kata-kata , minta apa sahaja dari Mukhriz (mesin ATM) Anaz akan laksanakan, Minta lembu, lembu akan sampai , ,minta bantuan itu dan ini ,itu dan ini yang akan sampai, Cakap saja , janji berikan pencalonan.

Saya merasa hairan jika seseorang yang tahu bahawa di dalam rumah ada najis tetapi masih mahu bercerita pasal busuknya najis. Jika Tun mahu bercerita mengenai penolakan rasuah dalam pemilihan UMNO ini , mungkin agak terlambat, Budaya ini telah menular dalam UMNO selama 22 tahun , Mahaguru mahu mengikis apa yang diajar selama 22 tahun dan mahu rasuah dihapuskan di waktu yang singkat, mungkin ini agak sukar untuk dilaksanakan. Tun seharus bermula berbicara mengenai rasuah dengan keluarga beliau dahulu sebelum membetulkan apa yang berlaku dalam UMNO , Sebaiknya Tun tidaklah payah lagi bercerita mengenai dalaman UMNO.

Harap Tun dapat dedahkan siapakah yang dikatakan pemimpin UMNO yang rasuah dan kita mahu lihat apakah nama anak beliau akan beliau dedah kan atau hanya mahu mendedahkan nama calon yang menentang anak beliau untuk memenangkan anak beliau dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO.Jika Mukhriz baik , pemuda akan memilih Mukhriz , Tun tidak perlu bimbang, Tun tidak perlu kutuk calon lain dan mengangkat anak sendiri sebagai orang yang baik, Sebaiknya Tun tidak perlu campur pertandingan Pemuda UMNO ini dengan komen-komen hipokrates yang sengaja mahu memburukkan orang lain. Jika terbukti Mukhriz juga memberikan rasuah , Mukhriz patut menunaikan janji untuk menarik diri dari bertanding .
Petikan Kenyataan akhbar Tun :

”Gerakan untuk menekan para pemimpin dan ahli-ahli UMNO untuk menolak mereka yang menggunakan wang bagi mendapat jawatan tinggi di dalam parti perlu dilakukan dari sekarang.

”Sekiranya tidak dilakukan, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, orang Melayu akan melihat UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan ditolak pengundi kerana meletakkan para pemimpin yang mengamalkan rasuah,” katanya.

Majlis Fatwa haram yoga - Malaysiakini

Abdul Shukor menunjukkan kenyataan mengenai kedudukan senaman Yoga selepas dibincang Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Malaysia.
Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, mengharamkan umat Islam mengamalkan senaman yoga yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah mereka.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, manakala kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan, yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

Oleh itu, katanya, ahli majlis itu memutuskan apa juga jenis dan bentuk amalan yang mengandungi unsur sedemikian dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.
"Bagaimanapun, pergerakan amalan fizikal yoga tanpa unsur berkenaan yang dilakukan pada zahirnya (secara luaran) tidak menjadi kesalahan, tetapi tidak digalakkan kerana ia adalah salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

"Oleh itu, masyarakat Islam wajib berhati-hati dan berwaspada daripada melakukan perkara yang boleh menghakis dan memesongkan akidah menerusi kepercayaan atau keyakinan hati, menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah dan perbuatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di Putrajaya semalam. Hadir sama Ketua Pengarah Jakim yang juga Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Abdul Shukor berkata, senaman yoga yang diperkenalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi tidak sesuai bagi umat Islam kerana ada dua perkara didalamnya yang boleh menghakis akidah umat Islam iaitu kepercayaan untuk bersatu dengan tuhan dan mantera pemujaan.
"Kita harap umat Islam lebih berhati-hati dan kalau boleh segera menghentikan kerana dikhuatiri kalau tidak tahu matlamatnya (bersatu dengan tuhan) boleh menyebabkan kita menjadi sesat.

"Ini kerana ada umat Islam yang mengamalkan senaman yoga tetapi tidak tahu matlamatnya. Sebenarnya ilmu yoga mengandungi tiga peringkat iaitu ajaran untuk mendatangkan kesihatan, keduanya membersihkan jiwa dan kekuatan fizikal dan peringkat ketiga bersatu dengan tuhan," katanya.
Baru-baru ini seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Amalan yoga didakwa dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. Senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata, Singapura dan Mesir turut mengeluarkan fatwa melarang umat Islam di negara itu mengamalkan senaman yoga kerana memutuskan perkara itu mengandungi bidaah dan sesat kerana mengandungi unsur agama Hindu.

Katanya, keputusan melarang umat Islam melakukan senaman yoga dibuat dalam persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bahru, Kelantan pada 22 hingga 24 Oktober dan ia akan dipanjangkan kepada semua majlis agama Islam negeri untuk diwartakan.

Saya bukan gila jawatan, kata Kak Fidah - Malaysiakini

Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berkata beliau mahu peralihan kuasa dilakukan pada Jun tahun depan bukan kerana beliau ‘gila jawatan kabinet'.

Sebaliknya, kata beliau, ia bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan Wanita Umno dan Barisan Nasional (BN) selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu.
"Saya mengekalkan peralihan kuasa pada Jun 2009 semata-mata untuk memperkuatkan Wanita umno, kerana kita mendapati, setelah kali teruk dalam pilihanraya umum lalu, Kekuatan Wanita Umno sudah terlalu berkurangan.

"Kelemahan wanita Umno telah menyebabkan kekalahan parti dalam pilihanraya umum lalu.

"Kalau orang kata, saya mengekalkan jawatan ketua semata-mata untuk mendapatkan jawatan kabinet, itu adalah kerja gila," katanya.
Sebelum itu beliau ditemui kira-kira 40 penyokongnya yang terdiri lima ketua Wanita Umno negeri, exco Wanita serta ketua-ketua Wanita bahagian dari seluruh negara.

Mereka menemuinya di pejabat Wanita Umno Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibunegara pagi semalam bagi menyatakan sokongan mereka terhadap keputusannya untuk mempertahankan jawatan ketua Wanita Mac depan.