Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, October 28, 2008

Pasaraya mula turunkan harga barang - Malaysiakini

Pasaraya-pasaraya utama di negara ini sudah menurunkan harga barangan keperluan mulai hari ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Sebagai contoh, katanya pasaraya Giant, antara yang pertama menurunkan harga barang-barang keperluan asas sehingga 30 peratus melibatkan 1,200 barang, dan langkah ini diikuti oleh pasaraya-pasaraya yang lain.
“Kita telah berunding dengan wakil semua pasaraya dan mereka sudah bersetuju untuk menurunkan harga barang di pasaraya masing-masing,” katanya semasa merasmikan Kempen Penurunan Harga Barang di Kinrara hari ini.
Beliau berkata pemantauan kerajaan terhadap harga barang terhad kepada barang-barang kawalan seperti beras, tepung dan minyak masak sahaja.

Shahrir berkata pihak pembekal dan pengeluar juga digalakkan untuk mengambil bahagian dalam kempen itu dengan menurunkan harga hasil keluaran mereka.
“Kita akan panggil persatuan pengguna untuk berbincang dengan persatuan-persatuan pengeluar seperti penternak ayam, dan pengeluar-pengeluar yang lain untuk mendapatkan persetujuan mereka (menurunkan harga),” katanya.

No comments: