Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, October 28, 2008

Ahli Pekida bertindak jika hak Melayu, Islam cuba diganggu - Malaysiakini

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) mengingatkan semua pihak supaya menjauhi isu-isu sensitif yang boleh merosakkan keharmonian masyarakat.

Pengerusi Majlis Penasihat Ayahanda Pekida Selangor, Azmi Mad Said berkata, perkara pokok dalam Perlembagaan Persekutuan seperti hak keistimewaan Melayu dan agama Islam tidak harus sesekali cuba diubah.

Katanya, ini kerana orang Melayu merupakan kaum asal dan terbesar di negara ini sementara Islam adalah agama mereka yang mesti dihormati oleh semua kaum di negara ini.
''Saya yakin lebih 60,000 ahli Pekida akan bertindak jika perkara berkaitan hak istimewa orang Melayu dan Islam cuba diganggu-gugat," katanya kepada Utusan Malaysia pada Majlis Sambutan Aidilfitri Pekida Selangor di Kuala Lumpur malam semalam.
Hadir sama, Presiden Pekida Malaysia, Jamaluddin Yusoff.

Azmi bagaimanapun berkata, tindakan yang akan diambil oleh Pekida jika hak istimewa orang Melayu dan Islam diganggu-gugat bukannya menjurus kepada perkelahian.

Kata beliau, pihaknya akan bertindak mengikut keperluan seperti menyertai demonstrasi membantah Forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos lalu serta beberapa cara lain.

Dalam perkembangan lain menurutnya, Pekida membantah cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Dr. Mohd. Nasir Hashim supaya sebahagian peruntukan zakat disalurkan kepada masyarakat bukan Islam di Selangor.
''Hanya ada lapan kategori asnaf mengikut Islam tetapi golongan yang bukan daripada agama ini tidak layak menerimanya," tegas beliau.

1 comment:

Anonymous said...

BUNGARAYA mencadangkan,
Diujudkan satu peruntukkan.
Mungkin 1 billion, mungkin 10 billion, mungkin juga 100 billion.
Bagi mengujudkan anak-anak bumiputera yang berkemahiran global
untuk akhirnya akan menjadi Teknokrat, businemman yang berjaya,
Doktor yang bertaraf dunia, Jurutera yang bertaraf bintang, peguam yang bertaraf bulan dan lain-lain lagi.
Dengan mengambil pendekatan yang bijaksana.
Ia mesti dalam bentuk kerahan dan kuku besi. Jangan 'main-main'. Mesti fokus.
Yang mustahak hasilnya sangat lumayan dimana dlam jangkamasa terdekat nampak jelas dimata ramai mereka ini akan berada dipasaran Malaysia dan merata dunia.
Memperlihatkan keperkasaan melayu dan bumiputera.