Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 
Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

VIDEO.!!! Amukkan Samurai Di Putrajaya Rupanya Blogger

Siapa sebenarnya yang mengamuk di Putrajaya itu? Nama yang digunakan adalah Jaya Negara. Penulisan terakhir di blognya bertajuk HIDUP DAN MATI....... apa yang dipertaruhkan.

Beliau adalah Khalil Afandi Hamid, pengganggur berusia 47 tahun dari Petaling Jaya bersama pasanganya berusia 28 tahun, bekas pelajar UIA tumpas setelah mengamuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri.

Mereka menceroboh bangunan JPM tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Monday, July 9, 2012

TERKINI.!!! Lelaki pedang Samurai mengamuk di JPM

PUTRAJAYA, 9 JULAI - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.

TheStar melaporkan lelaki itu dibawa ke Hospital Putrajaya tidak jauh dari situ sebelum meninggal dunia.

Thursday, December 18, 2008

Polis tembak mati empat penjenayah - Malaysiakini

PERMATANG PAUH: Polis menembak mati empat penjenayah yang merupakan anggota geng pecah rumah dan samun yang bergerak aktif di negeri ini dalam satu adegan tembak menembak di Guar Perahu di sini kira-kira pukul 5 pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Salleh Mat Rasid berkata dua daripada empat lelaki berusia lingkungan 30 dan 40 tahun yang ditembak itu adalah warganegara asing dipercayai dari Indonesia sementara dua lagi adalah rakyat tempatan.
"Pihak polis telah menerima maklumat yang mana ada satu kumpulan penjenayah sedang berlegar-legar di kawasan Guar Perahu dan dipercayai akan melakukan jenayah.

"Bertindak atas maklumat berkenaan, seorang pegawai dan tujuh anggota polis telah dihantar untuk menyiasat dan mengesan kumpulan itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihak polis berjaya mengesan sebuah Pajero berwarna biru gelap di persimpangan tiga ke Taman Guar Perahu di sini yang dalam keadaan mencurigakan dan anggota polis itu bertindak mengekori kereta berkenaan .
"Apabila menyedari diekori pihak polis, mereka terus memecut kenderaan dan pihak polis mengekori dari belakang yang mana dalam masa yang sama salah seorang lelaki di dalam kereta itu bertindak mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan ke arah polis," katanya.
Salleh berkata, berlaku tembak-menembak antara pihak polis dan geng pecah rumah dan samun itu dan kesemua penjenayah itu ditembak mati.
"Hasil siasatan di tempat kejadian, polis menemui sepucuk pistol dan beberapa senjata tajam termasuk peralatan pecah rumah (di dalam Pajero itu) dan polis percaya dengan tertumpasnya kumpulan ini dapat menyelesaikan beberapa kes pecah rumah dan samun," katanya.
Beliau berkata, siasatan awal juga mendapati dua lelaki tempatan yang ditembak itu mempunyai rekod jenayah yang mana salah seorang daripadanya memang dikehendaki polis.
"Sementara dua warga asing itu tiada pengenalan diri dan tidak memiliki dokumen perjalanan dan siasatan juga mendapati kenderaan kumpulan itu menggunakan nombor pendaftaran palsu. Polis sedang menyiasat sama ada Pajero itu dicuri atau tidak," katanya
.Katanya, modus operandi kumpulan itu adalah dengan memecah masuk rumah mangsa dan mengikat mangsa sebelum menyamun serta mengambil barang-barang berharga dalam rumah mangsa. - mStar

BEBERAPA anggota polis mengangkat mayat seorang daripada empat penjenayah yang merupakan anggota geng pecah rumah dan samun yang terbunuh dalam satu adegan tembak menembak di Guar Perahu hari ini. Dalam kejadian kira-kira 5 pagi tadi, polis menembak empat penjenayah yang berusia lingkungan 30 dan 40 tahun, dua adalah warganegara asing dipercayai dari Indonesia sementara dua lagi merupakan rakyat tempatan.