Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, January 13, 2011

Kemalangan Van Dan Kereta Bertembung Di Parit 3 Sungai Burong.

TANJONG KARANG – Kemalangan van dan kereta bertembung di jalan utama di persimpangan Parit 3 Sungai Burong pada jam 8:30 malam tadi menyebabkan pemandu dan penumpang kedua-dua buah kenderaan terbabit mengalami kecederaan, dua buah jentera Bomba dari Sekinchan dan Tanjong Karang telah dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan pemandu van yang tersepit dan berjaya dikeluarkan dalam masa beberapa minit sahaja.

Menurut orang ramai yang berada ditempat kejadian, kemalangan yang berlaku disebabkan oleh sebuah kereta jenis Proton Gen2 dari arah Tanjong Karang yang secara tiba-tiba membelok untuk masuk di persimpangan menyebabkan sebuah Proton Wira yang berada dibelakangnya cuba mengelak dan gagal dikawal lalu bertembung dengan sebuah kereta van dari arah bertentangan. Kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Tanjong Karang menggunakan Ambulan dan juga kenderaan orang awam yang berada ditempat kejadian bagi menerima rawatan lanjut.

Kemalangan yang berlaku turut menyebabkan berlaku kesesakan trafik hampir satu kilometer di kedua-dua arah Sekinchan dan Tanjong Karang disebabkan kedua-dua kenderaan terbabit berada di tengah-tengah jalan dan orang ramai yang berada disitu bagi membantu mengeluarkan mangsa yang cedera yang tidak tersepit. Walaubagaimanapun kesesakan dapat dikawal semula oleh anggota polis peronda yang dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengawal lalulintas.

No comments: