Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, November 15, 2011

Angkat sumpah gengster - Pekida nafi terbabit

KUALA LUMPUR: “Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang kami terbabit dalam upacara ‘ritual’ khas itu walaupun ada di antara ditahan itu menampal logo Pekida pada kereta mereka.
“Jangan ada pihak cuba mengaitkan kami tanpa bukti kukuh kerana Pekida tidak pernah menjalankan upacara karut seperti tarian ghairah untuk menyambut ahli baru dan kami juga adalah pertubuhan berdaftar,” kata Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan, Datuk Roslan Dahaman.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas dakwaan, pertubuhan itu turut terbabit dalam upacara angkat sumpah 307 ahli pertubuhan kongsi gelap di Manjung, Perak yang disiarkan di muka depan akhbar ini, semalam.
Selain upacara angkat sumpah itu, semua mereka yang ditahan dalam satu operasi oleh Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) negeri itu turut dihiburkan dengan tarian ghairah oleh sekumpulan gadis cantik sebelum ditauliahkan menjadi ahli pertubuhan kongsi gelap.
Difahamkan, peserta program itu datang dari seluruh negara untuk menyertai kumpulan berkenaan dan mendaftar masuk di resort bermula jam 3 petang, Sabtu lalu.
------- LAGI ARTIKEL BERKAITAN -------
[..] Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mahu tindakan tegas diambil Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap pelajar yang terbabit dengan ritual khas pertubuhan kongsi gelap di Manjung, Perak, Sabtu lalu.[+]

No comments: