Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, January 7, 2009

Pasukan perubatan PBSM ke Kaherah - Malaysiakini

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) akan menghantar pasukan perubatan ke Kaherah, Mesir, Jumaat ini, bagi menyokong Pertubuhan Palang Merah Palestin (PRCS) menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa serangan Israel di Genting Gaza.

Pasukan terbut, terdiri daripada tiga doktor yang diketuai Dr. Yahya Abd. Ahmad dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan seorang pegawai bantuan dan logistik, akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada malam Jumaat ini.

Pengerusi PBSM, Tunku Tan Sri Shahriman Tunku Sulaiman berkata, pasukan itu akan berada di Rafah selama dua minggu sementara pasukan seterusnya akan dihantar jika diperlukan.
“Dari Kaherah, mereka akan menggunakan pengangkutan darat ke Rafah (laluan sempadan Mesir-Gaza) di mana mereka akan bekerjasama rapat dengan Persekutuan Palang Merah Antarabangsa (IFRC) dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC),” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Tabung Bantuan Antarabangsa PBSM hari ini.
Tunku Shahriman berkata, PBSM telah menderma AS$10,000 (RM34,635) kepada akaun khas PRCS bagi menyahut rayuan kecemasan bernilai AS$6.8 juta (RM23.5 juta) bagi menangani penderitaan rakyat Palestin berikutan kekejaman Israel yang setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 660 penduduk Palestin dan mencederakan lebih 2,950 orang.

No comments: