Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, September 14, 2014

UPSR - Batal hasrat bercuti

Puchong, 14 Sept : "Sepatutnya, cuti sekolah seminggu bermula hari ini (semalam), ayah dan ibu bercadang untuk membawa kami lapan beradik bercuti sambil memancing di Perak sebelum pulang ke kampung nenek di Klang, tetapi segala-galanya musnah "Semua gara-gara kertas soalan peperiksaan dua mata pelajaran bocor membuatkan saya terpaksa memanfaatkan cuti sekolah untuk mengulang kaji pelajaran bagi menduduki semula kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 September ini."

Begitu kata calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 1 Bandar Kinrara, Nurzulaikha Azlan yang kecewa apabila hasratnya bercuti bersama keluarga terbantut pada musim cuti persekolahan kali ini. 

Anak ketiga daripada lapan beradik itu berkata, kekecewaannya berganda apabila kertas soalan Bahasa Inggeris yang sudah siap dijawab pada hari peperiksaan Khamis lalu juga disahkan batal dan perlu diduduki semula 30 September ini bersama-sama subjek Sains yang awal dikesan bocor. 

"Saya langsung tidak tahu mengenai kertas soalan yang bocor dan gembira kerana soalan UPSR kali ini lebih senang berbanding soalan percubaan kedua yang diambil sebelum ini.


"Tapi bila berlaku kejadian seperti ini, saya rasa tidak bersemangat untuk mengulang kaji kerana sepatutnya pada masa ini saya bercuti setelah penat membuat latihan," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumah keluarganya di Bandar Kinrara, semalam. - myMetro

UPSR BOCOR - Siti Naziatul Iffah tetap ke Makkah

Georgetown, 13 Sept : "Saya tidak jangka perkara ini akan berlaku. Malah, tarikh menunaikan haji sudah ditetapkan pada semalam.

"jika mengikut jadual asal peperiksaan, sudah tentu saya boleh menunaikan rukun Islam kelima itu dengan tenang." 

Demikian kata murid Sekolah Kebangsaan (SK) Siong, Baling, Kedah, Siti Naziatul Iffah Yaakub, 12, yang tetap meneruskan hasrat menjadi tetamu Allah walaupun murid tahun enam seluruh negara kini kegelisahan kerana terpaksa mengulangi semula peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berikutan kebocoran soalan. 

Jemaah haji termuda itu berkata, walaupun teruja untuk menunaikan haji bersama ibu dan bapanya dia tetap resah tidak dapat menduduki peperiksaan ulangan bagi kertas Bahasa Inggeris dan Science, 30 September ini.


"Sebelum ini, saya sudah buat persiapan rapi. Tapi, tidak menjangka masalah ini akan timbul dan semua murid perlu mengulang semula dua itu.


"Sebagai persediaan ke Tanah Suci saya terpaksa membahagikan masa antara mengulang kaji pelajaran dan mengikuti kursus haji bersama ibu dan ayah," katanya. 

Dia yang juga anak tunggal dalam keluarga berkata, sebelum ini pernah menjejakkan kaki ke tanah suci ketika mengerjakan ibadah umrah bersama ibu dan ayahnya. 

Sementara itu, ibunya, Rabiah Harun, 57, berkata, dia dan suami tidak mempunyai pilihan selain membawa bersama Siti Naziatul Iffah ke tanah suci walaupun tahu anaknya perlu menduduki semula peperiksaan UPSR. 

Sebelum ini dia juga sudah berbincang mengenai perkara itu bersama guru besar sekolah anaknya, untuk mencari penyelesaian berhubung masalah dihadapi mereka. 

"Diharapkan akan ada penyelesaian terbaik bagi masalah ini selepas kami pulang dari tanah suci kerana saya dan suami risau dengan nasib Siti Naziatul Iffah. Sebelum ini, dia mendapat keputusan agak cemerlang pada peperiksaan percubaan. 

"Siti Naziatul Iffah memperoleh 4A1B. Tapi, apa juga keputusan selepas ini harap ia membawa kebaikan kepada anak saya dan yakin kepada ketentuan Allah," katanya. - myMetro 

Saturday, September 13, 2014

Kisah Tiga Pemuda Kampung

Nama watak di dalam cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada. Jika sekiranya berlaku, ianya adalah secara kebetulan sahaja.

Di dalam sebuah kg ada 3 orang anak muda yang suka melepak. Sorang bernama Osman, sorang bernama Hamran dan sorang lagi bernama Budin. Aktiviti seharian mereka menybabkan tok imam tidak senang duduk.

Pada suatu hari, tok imam datang dengan niat mahu mentarbiyah mereka. Maka berlakulah beberapa peristiwa cabar-mencabar.

Tok imam mencabar 3 orang itu ke surau pada waktu Maghri.

Si Osman pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpe, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apbila hampir masuk waktu Maghrib pegilah mereka ke surau. Tok imam pun suruh Osman azan. Tanpa berlengah terus je Osman azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..."
Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Osman & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlahlah kejahilan Osman.

Selepas iqamat, masa hendak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk.. Masuk je kali ketiga, Hamran panggil tok imam.
"Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam."

Tok imam pun undur le ke belakang. Hamran pun angkat takbiratul ihram.
"Allahu Akbar!"
Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat.

Tiba-tiba si Hamran ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali je tok!!"
lalu batallah solat Hamran. Yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pula si Budin jadi imam. Si Budin pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang.
Siap dengan wirid sekali. Punyalah kagum tok imam kat si Budin niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji si Budin ni... dengan bongkaknye si Budin berkata,
"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasyat aku sembahyang.He heee..."
Tok imam pun terkedu dan terpana...

Thursday, September 11, 2014

Kementerian Pendidikan nafi khabar angin UPSR 2014 dibatalkan

KUALA LUMPUR, 11 Sept : Kementerian Pendidikan hari ini menafikan khabar angin yang disebar melalui laman sosial media kononnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dibatalkan berikutan kebocoran beberapa kertas soalan peperiksaan itu.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, melalui laman Twitternya menasihatkan masyarakat agar mendapatkan maklumat yang sah mengenai isu itu daripada laman web rasmi Kementerian Pendidikan.

"Lembaga Peperiksaan menafikan berita yang tersebar bahawa UPSR 2014 dibatalkan.

"Untuk mendapat maklumat sebenar/semasa (mengenai isu UPSR 2014), sila layari laman web Lembaga Peperiksaan moe.gov.my/lp," katanya.

Lembaga Peperiksaan hari ini mengumumkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 dan kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 selepas kedua-dua kertas soalan didapati berlaku kebocoran. - BERNAMA

Kertas Bahasa Inggeris UPSR bocor, calon perlu duduki semula

PUTRAJAYA, 11 Sept : Seramai 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 berikutan berlaku kebocoran soalan.

Perkara ini diumumkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, sebentar tadi.

Idris juga mengumumkan Kementerian Pendidikan sudah membentuk satu jawatankuasa bebas bagi memastikan kebocoran soalan peperiksaan tidak lagi berlaku pada masa depan.

Semalam, Kementerian Pendidikan mengumumkan penangguhan kertas Sains 018, 028 dan 038 yang dijadualkan hari ini kerana didapati bocor.

Tarikh baru ujian kertas itu ialah pada 30 September ini. - bharian