Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, November 11, 2014

GEMPAR..!!! Jumpa mayat di Jeti Teluk Piah Kuala Selangor


Viral berita dari sumber - https://www.facebook.com/kalai.rajee/posts/859912617400940?pnref=story

Dihantar dari NOKIA 3310

Friday, November 7, 2014

TANJONG KARANG - Pemandu Iswara Nyaris Maut Kereta Dirempuh Lori

TANJONG KARANG, 7 Nov - Pemandu sebuah proton iswara nyaris maut dalam kemalangan yang membabitkan dua buah trelar dan sebuah kereta di hadapan Gerai Keropok Losong Batu 6, Tanjong Karang, sekitar jam 12:00 tengahari tadi.

Menurut sumber orang ramai yang berada di tempat kejadian, kemalangan dipercayai berpunca daripada sebuah lori membawa bekalan ayam yang bergesel dengan sebuah lagi lori tangki kedua-duanya dari arah Kuala Selangor menuju ke Sekinchan sebelum hilang kawalan masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah kereta Proton Iswara sehingga diseret beberepa meter hingga menyebabkan kereta terbabit remuk teruk.

Walaubagaimanapun tiada mangsa yang terkorban, pemandu kereta dan lori membawa bekalan ayam hanya mengalami cedera ringan. Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk menerima rawatan lanjut.

P/S - Hari-hari.. Hari hujan.. Hati-hati di jalan... Sekian melaporkan..

Monday, September 22, 2014

TERKINI.!!! KERTAS UPSR MATHEMATICS, BAHASA TAMIL DIBATALKAN, TARIKH BAHARU PEPERIKSAAN 9 OKT

Putrajaya  - Kertas ujian Mathematics 015/1 (Sekolah Kebangsaan), 025/1 (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), 035/1 (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) dan Bahasa Tamil 036, 037 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berlangsung pada 10 Sept dibatalkan setelah disahkan bocor.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata tarikh baharu bagi ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036, 037 adalah pada 9 Okt setelah mengambil kira cuti umum Aidiladha dan aspek logistik (percetakan dan pengedaran).

"Peperiksaan ini dilaksanakan semula bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam mematuhi Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan di samping menjamin integriti dan kredibiliti keputusan UPSR tersebut," katanya dalam sidang media.

Katanya sebagai langkah serta merta, beliau sedang mengambil tindakan untuk membuat pertukaran pegawai-pegawai di Lembaga Peperiksaan bagi memantapkan lagi pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam. ─ Berita RTM

Dihantar dari tablet Samsung

TERKINI.!!! Kertas UPSR Bahasa Tamil dan Matematik pula bocor?

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Selepas kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris bocor, kini Lembaga Peperiksaan (LPM) mengesan dua lagi mata pelajaran yang turut mengalami perkara sama iaitu Matematik dan Bahasa Tamil.

Perkara itu didedahkan oleh pegawai kanan lembaga terbabit yang hadir membuat laporan polis berhubung kebocoran itu di sebuah balai polis di Putrajaya, hari ini.

Difahamkan, pihak Lembaga Peperiksaan khuatir kedua-dua kertas peperiksaan tersebut turut bocor dan meminta pihak polis membuat siasatan lanjut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md, Isa ketika dihubungi hari ini, mengesahkan perkara itu dan memberitahu, pihaknya akan membuat siasatan rapi berdasarkan laporan polis yang diterima.

"Kami terima laporan yang dibuat di Putrajaya itu dan setakat ini, perkara itu adalah maklumat terbaharu yang diberikan untuk melengkapkan siasatan.

"Siasatan berhubung perkara ini turut dilaksanakan mengikut Seksyen 8 (1) Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972," katanya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Dihantar dari tablet Samsung

Sunday, September 21, 2014

Empat premis judi lumpuh di Sekinchan

SEKINCHAN, 19 Sept : Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam melumpuhkan empat premis judi internet di Sekinchan dalam serbuan berasingan di sini, malam kelmarin.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Asisten Superintendan, Azman Abdul Rahman berkata, sebanyak 80 komputer termasuk peranti komputer judi internet bernilai kira-kira RM18,000 dirampas dalam serbuan terbabit.

Menurutnya, operasi  disertai empat pegawai dan 20 anggota itu juga menahan empat lelaki dipercayai penjaga premis berasingan yang berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun bagi membantu siasatan lanjut.

"Mereka ditahan reman selama dua hari untuk membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis semalam," katanya.

Azman memberitahu, serbuan itu dibuat berdasarkan hasil risikan polis dan maklumat orang awam yang memaklumkan terdapat kegiatan perjudian internet yang semakin berleluasa di kawasan tersebut sejak akhir-akhir ini.

"Ketika serbuan itu, terdapat beberapa pelanggan di empat premis terbabit sedang leka bermain judi internet dan bertindak melarikan diri setelah menyedari kehadiran pihak polis di premis terbabit," katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 setiap mesin yang dirampas dan dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun.

Dalam pada itu, katanya, beliau mengingatkan orang awam supaya tidak mengunjungi premis perjudian bagi mengelakkan mereka dicekup polis ketika serbuan dijalankan di premis perjudian yang disyaki beroperasi di sekitar daerah ini.

Beliau berkata, polis akan sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan dari masa ke semasa bagi membanteras kegiatan itu di daerah ini seperti beberapa serbuan yang dijalankan pasukan keselamatan itu.

"Kita tak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak sama ada pengusaha atau mereka yang terlibat dengan judi internet dan akan terus menjalankan pemantauan dan tindakan mengikut undang-undang," katanya. - SINAR