Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, November 24, 2013

TIGA CEDERA DUA MOTOSIKAL BERTEMBUNG DI SIMPANG EMPAT PUKAL PPK BLOK E SAWAH SEMPADAN

TANJONG KARANG - Dua buah motosikal bertembung menyebabkan kedua-dua penunggangnya dan seorang pembonceng salah satu motosikal terbabit cedera.

Kemalangan berlaku di persimpangan Pukal Padi PPK, Blok E Sawah Sempadan, sekitar jam 12:00 tengahari tadi.

Sebab kemalangan tidak diketahui dan kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Tanjong Karang oleh orang ramai yang berada di tempat kemalangan bagi mendapatkan rawatan.

Thursday, November 7, 2013

Penemuan mayat lelaki yang diikat dan dibungkus selimut di bawah Jambatan di Pekan Tanjong Karang - Masih tunggu laporan forensik

KUALA SELANGOR - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kuala Selangor masih belum memperoleh keputusan bedah siasat berhubung penemuan mayat lelaki yang diikat dan dibungkus selimut yang ditemui di bawah jambatan di Pekan Tanjong Karang pada 1.15 petang, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima keputusan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian lelaki yang ditemui lengkap berpakaian itu.

“Setakat ini punca kematian masih belum diketahui berikutan mayat yang mereput dengan keadaan kepala sudah tinggal tengkorak dan hasil laporan forensik masih ditunggu.

“Bagaimanapun, pihak polis akan membuat hebahan kepada media untuk pengesanan waris dalam masa terdekat sebaik sahaja laporan diterima,” katanya ketika dihubungi perkembangan terkini kes penemuan mayat lelaki itu oleh wakil media.

Monday, November 4, 2013

TANJONG KARANG GEMPAR LAGI.!!! Mayat lelaki ditemui di bawah Jambatan Sungai Pekan Tanjong Karang

TANJONG KARANG - Mayat seorang lelaki yang diikat pada seketul batu dan dijerut dengan tali di leher ditemui bawah Jambatan Sungai Tengi, di sini, tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd. Taib Ahmad mengesahkan menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu kira-kira pukul 1.15 petang.

Menurut beliau, siasatan mendapati mayat yang ditutup dengan selimut itu berada berhampiran dengan tebing sungai ketika air surut dan anggotanya terpaksa mengikat mayat itu pada kayu berhampiran sementara menunggu pasukan forensik tiba ke lokasi kejadian.

"Kita percaya dia sudah lama mati berdasarkan pada keadaan mayat yang ditemui namun siasatan lanjut masih dijalankan dan punca kematian hanya boleh diketahui se lepas bedah siasat dijalankan esok (hari ini).

"Mayat dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat," ujarnya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut. - KOSMO

Thursday, October 31, 2013

AL-FATIHAH - Mayat mangsa lemas ditemui di Sungai Tengi Tanjong Karang

TANJONG KARANG - Mayat mangsa lemas di Sungai Tengi, Mohd Ijjuddin Sanusi, 15, ditemui kira-kira jam 7 pagi tadi oleh penduduk kampung selepas hampir dua hari usaha mencari dilakukan.

Mangsa ditemui tersangkut di jaring Tali Air 1, di sini, kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, kata jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, pagi tadi.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat, sebelum jenazanya disembahyangkan di Masjid Tanjong Karang dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Lorong 7, Parit 1 Sungai Sireh pada jam 2 petang tadi.

Wednesday, October 30, 2013

Pelajar hilang dikhuatiri lemas di Tanjong Karang

Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Dato' Harun, Tanjong Karang, dekat sini dikhuatiri lemas selepas dia dilaporkan tidak ditemui ketika mandi di Ban Canal, Sungai Sireh, Tanjong Karang di sini petang semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd. Izuddin Sanusi, 15, mandi bersama-sama dua lagi rakannya namun dia tidak kelihatan sehingga malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, Penolong Penguasa Bomba, Azmi Abas ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 5.22 petang semalam.

"Kita telah menggerakkan anggota untuk melakukan operasi mencari mangsa di kawasan terusan tersebut. Setakat ini (kira-kira pukul 9.30 malam), mangsa masih belum ditemui.

"Operasi mencari masih lagi diteruskan," katanya.