Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, October 30, 2013

Pelajar hilang dikhuatiri lemas di Tanjong Karang

Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Dato' Harun, Tanjong Karang, dekat sini dikhuatiri lemas selepas dia dilaporkan tidak ditemui ketika mandi di Ban Canal, Sungai Sireh, Tanjong Karang di sini petang semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd. Izuddin Sanusi, 15, mandi bersama-sama dua lagi rakannya namun dia tidak kelihatan sehingga malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, Penolong Penguasa Bomba, Azmi Abas ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 5.22 petang semalam.

"Kita telah menggerakkan anggota untuk melakukan operasi mencari mangsa di kawasan terusan tersebut. Setakat ini (kira-kira pukul 9.30 malam), mangsa masih belum ditemui.

"Operasi mencari masih lagi diteruskan," katanya.

No comments: