Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, November 7, 2013

Penemuan mayat lelaki yang diikat dan dibungkus selimut di bawah Jambatan di Pekan Tanjong Karang - Masih tunggu laporan forensik

KUALA SELANGOR - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kuala Selangor masih belum memperoleh keputusan bedah siasat berhubung penemuan mayat lelaki yang diikat dan dibungkus selimut yang ditemui di bawah jambatan di Pekan Tanjong Karang pada 1.15 petang, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima keputusan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian lelaki yang ditemui lengkap berpakaian itu.

“Setakat ini punca kematian masih belum diketahui berikutan mayat yang mereput dengan keadaan kepala sudah tinggal tengkorak dan hasil laporan forensik masih ditunggu.

“Bagaimanapun, pihak polis akan membuat hebahan kepada media untuk pengesanan waris dalam masa terdekat sebaik sahaja laporan diterima,” katanya ketika dihubungi perkembangan terkini kes penemuan mayat lelaki itu oleh wakil media.

No comments: