Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, June 27, 2008

Kapal selam diguna seludup kokain

DUA pegawai berjalan berhampiran kapal selam digunakan pengedar dadah untuk menyeludup kokain melalui dasar Lautan Pasifik bagi mengelak aktiviti mereka dikesan pihak berkuasa dalam kejadian didedahkan di Buenaventura 13 Jun lalu.

Rakyat Colombia yang menyangka sudah menyaksikan semua taktik diguna pengedar dadah terkejut dengan penemuan baru itu iaitu penyeludupan kokain menggunakan kapal selam.

KES BUNUH WANITA MONGOLIA

PAK LAH: NAJIB DAN ISTERI TIDAK TERLIBAT
Tindakan akan diambil terhadap blogger Raja Petra
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata semalam timbalan beliau, Datuk Seri Najib Abdul Razak, dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur, tidak terlibat dalam pembunuhan seorang wanita Mongolia di negara itu pada 2006.

Beliau berkata tindakan akan dikenakan ke atas blogger dan pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin, yang membuat dakwaan itu melalui satu akuan berkanun.
"Saya tidak percaya bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam kes ini," kata Datuk Seri Abdullah kepada pemberita.

"Peguam Negara telah memberitahu saya bahawa satu siasatan akan dijalankan dan tindakan akan diambil terhadap dia," kata Datuk Abdullah, merujuk kepada Raja Petra.
Raja Petra telah menandatangani satu akuan berkanun awal bulan ini, mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti bahawa Datin Rosmah turut memainkan peranan dalam pembunuhan mendiang Altantuya Shaariibuu, 28 tahun.

Sebelum ini, beliau menghadapi tuduhan menghasut kerana mengaitkan Datuk Seri Najib dalam pembunuhan itu.

Seorang pengamat politik, Abdul Razak Baginda, yang rapat dengan Datuk Seri Najib, sedang dibicarakan atas dakwaan bersubahat dalam pembunuhan mendiang Altantuya. Dua pegawai polis dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman, yang pernah bertugas sebagai pengawal peribadi Datuk Abdullah dan Datuk Seri Najib, menghadapi tuduhan membunuh mendiang.

Datuk Seri Najib telah berulang kali menafikan sebarang pelibatan dalam pembunuhan mendiang, yang mayatnya telah diletupkan dengan alat letupan.

Datuk Seri Abdullah berkata tindakan Raja Petra 'tidak dapat diterima', dan menafikan dakwaan Raja Petra bahawa beliau pernah melihat satu laporan risikan tentera berhubung pembunuhan itu.
"Tidak, saya tidak ingat ada menerima apa-apa. Dia boleh kata apa saja tapi saya tidak melihatnya," kata Datuk Seri Abdullah.
Datuk Seri Najib menyifatkan dakwaan beliau terlibat sebagai satu 'penipuan' yang bertujuan mencemari namanya.

Sunday, June 22, 2008

Kemalangan - Ragut Dua Nyawa, Ibu dan Anak Cedera

Gambar - Anggota Bomba sedang mengeluarkan mangsa yang maut. Kelihatan salah seorang penumpang hadapan yang turut maut dalam kemalangan yang berlaku.
TANJONG KARANG - Satu kemalangan maut telah berlaku pada jam 3:00 petang di kilometer 71 Klang-Teluk Intan melibatkan sebuah kereta yang terbabas, dipercayai hilang kawalan lalu terjunam ke dalam parit.

Menurut sumber yang diperolehi, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang menghala ke Tanjong Karang Selangor tiba-tiba terbabas lalu menjunam ke dalam parit bersebelahan. Menurut waris mangsa yang datang di tempat kejadian, mangsa berasal dari Sungai Kajang, Tanjong Karang.

Dua mangsa yang cedera seorang wanita dan seorang lelaki dipercayai anak kepada wanita tersebut telah diselamatkan oleh penduduk setempat, manakala dua lelaki yang maut tersepit dan dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat dengan dua jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

Mangsa yang terkorban di bawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat. Kemalangan tersebut telah menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas sepanjang satu kilometer, walaubagaimanapun dapat dikawal oleh pihak polis yang tiba ke tempat kejadian bagi mengawal kesesakan lalu lintas.
Kasih Anak - Dua mangsa yang cedera dalam kemalangan yang berlaku sebelum Ambulan tiba untuk dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi menerima rawatan lanjut.
Maut - Anggota Bomba dan Penyelamat sedang berusaha untuk membawa keluar pemandu yang maut dalam kemalangan tersebut.

Harga saham dijangka turun

Harga saham dijangka terus mengalami penurunan minggu depan kerana para pelabur bimbang dengan ketidakstabilan senario politik semasa, kata para penganalisis.

Selain kemelut politik dalam negara, keadaan diburuk lagi dengan kejatuhan beberapa pasaran saham serantau berikutan harga minyak mentah dunia yang kekal tinggi dan kebimbangan terhadap kenaikan kadar inflasi dalam ekonomi negara utama dunia.

IKKL menjunam lagi sebanyak 16.2 mata atau 1.34 peratus kepada 1,196.39, kejatuhan untuk hari kedua berturut-turut selepas Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan mereka hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan akan mengemukakan usul berkenaan ke Parlimen Isnin ini.

Penganalisis MIMB Invesment Bank, Pong Teng Siew berkata, selain kesan daripada kejatuhan pasaran saham Asia yang lain, keadaan politik semasa negara yang tidak stabil kini telah memburukkan lagi keadaan.
''Walaupun keadaan ini bersifat sementara tetapi persoalannya di sini, berapa lamakah tempoh tersebut kerana sedikit sebanyak ia akan menjejaskan keyakinan pelabur tempatan dan asing,'' katanya kelmarin.
Beliau berkata, bursa saham di Amerika Syarikat (AS) juga mengalami kejatuhan dua hari berturut-turut adalah disebabkan oleh masalah yang dihadapi oleh kumpulan perbankan di rantau berkenaan.
''Kenaikan harga minyak yang melampau juga telah meninggalkan kesan negatif bagi pasaran AS,'' jelasnya.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Jupiter Securities Sdn. Bhd., Nazarry Rosli berkata, pasaran saham dijangka terus menurun pada minggu hadapan kerana pasaran masih dihantui oleh pelbagai berita buruk.
''Indeks kini tiada paras sokongan baru dan kami menjangkakan ia mungkin akan mencecah ke paras 1,180 tidak lama lagi,'' kata beliau.
Bagaimanapun, penurunan harga saham dijangkakan pada esok kerana kegiatan pengambilan untung biasanya berlaku pada hari terakhir urus niaga pada hujung minggu.

Penganalisis lain, Shahril Anas pula berkeyakinan bahawa ketidakstabilan pasaran mungkin akan kembali reda sekiranya ada berita baru yang baik untuk memulihkan semula pasaran saham tempatan.

Katanya, senario pelaburan minggu depan dijangka ditumpukan kepada sektor perladangan dan komoditi.

Saturday, June 21, 2008

Pokok Yang Mengeluarkan Air Di Bukit Besar!

Pokok pait keluar ‘air mata’
Oleh : Ahmad Rabiul Zulkifli
KUALA TERENGGANU - Bunyinya pelik, tetapi benar apabila sepohon pokok yang dipanggil pokok pait dikalangan penduduk tempatan dekat tanah perkuburan Masjid Bukit Besar, di sini, mengeluarkan air seperti ‘air mata’ sehingga penduduk kampung berebut-rebut mengambil air daripada pokok berkenaan.

Selain itu, pokok yang sudah lima hari mengeluarkan cecair putih berbuih dan manis seakan-akan rasa buah itu turut menarik minat penduduk dari kampung lain untuk merasainya.

Seorang warga emas, Zahara Mohamad, 67, dari Kampung Bukit Besar berkata, pokok itu disedari mengeluarkan air pada hari Sabtu lalu, tetapi ketika itu air yang dikeluarkan pahit dan berbau masam.
“Namun kini air itu sudah manis seakan-akan air nira dan berbau seperti santan.

“Kebiasaannya daun pokok itu dijadikan ubat oleh penduduk kampung, namun khasiat air pokok berkenaan belum diketahui,”katanya.
Azaz Abdul Rahman, 53, dari Kampung Bukit Besar berkata, dia cuba mengambil air itu dan meletakkannya diatas jari sebelum kira-kira sepuluh minit kemudiannya, urat-urat kecil di jarinya timbul.
“Kemungkinan air daripada pokok itu mempunyai khasiatnya tersendiri kerana jika diikutkan, daun pokok itu digunakan penduduk kampung untuk membuat ubat.