p/s - Utk link asal boleh check kat [sini]
Thursday, July 30, 2009
Imam Mahadi Dari Pandangan Ibnu Khaldun
Beliau dilahirkan di Tunisia, seorang penghafaz al-Quran dan arif dalam bidang astronomi, sosiologi, neurologi, kimia, politik dan pelbagai lagi bidang yang berkaitan dengan sosial dan sains
Dalam buku beliau yang agak terkenal juga, iaitu Al-Muqaddimah, beliau menolak persoalan tentang Imam Mahadi dan mempertikaikan kewujudan Imam tersebut.
Beliau berpendapat bahawa, kebanyakan hadis-hadis yang diriwayatkan adalah hadis yang tidak boleh dipercayai dan ditolak kebenarannya oleh sebilangan perawi hadis.
“Kebanyakan hadis yang ditemui, yang menyatakan tentang pemimpin agama itu memang sudah tersebar luas. Mereka telah membincangkannya secara terperinci sekali, (cuma sayangnya mereka) mengambilnya melalui rawi-rawi yang tidak dapat dipertanggungjawabkan dan ditolak periwayatannya dalam kebanyakan hadis.”Selain itu beliau juga menolak dan mempertikaikan kewujudan Imam Mahadi berdasarkan alasan bahawa di dalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim tidak pernah pun menyebut nama Imam Mahadi atau laian-lain jenis nama yang boleh dikaitkan dengan imam ini.
Dalam buku beliau, iaitu Al-Muqaddimah, beliau juga ada menyatakan bahawa Imam Mahadi ini cuma satu propaganda sebilangan optimis yang sudah kehilangan pengaruh.
“Kebenaran yang mesti diketahui oleh seseorang ialah tiada tokoh agama atau politik yang boleh benar-benar berjaya, melainkan tokoh dan kumpulan itu merasakan wujudnya sokongan kepada cita-cita agama dan politik, dan mempertahankannya daripada orang-orang yang menolaknya. Kami telah menyebutkannya sebelum ini dengan bukti-bukti yang tepat.”Menurut beliau lagi, kebanyakan mereka ini telah menjadi Arab Badwi dan mereka sekarang sudah mula berpecah, hingga ada di antara mereka telah mendiami beberapa kawasan kecil dan terpencil.
Sambungnya lagi, “Kumpulan yang merasakan sedemikian adalah dari kalangan anak-anak Fatimah dan Bani Abu Talib, iaitu dari kalangan kaum Quraisy, yang sudah tiada lagi di mana-mana pun. Pengecualian cuma diberikan kepada sisa-sia keturunan Abu Talib - Hassani, Hussaini dan Jaafariah - di Hijjaz, di Makkah, al-Yanbu’ dan Madinah. Mereka sekarang sudah berpecah ke serata kawasan dan cuba menguasainya.”
“Mereka mendiami dan memerintah di tempat-tempat terpencil dan mengeluarkan fatwa-fatwa yang jauh menyeleweng. Bilangan mereka cuma mencecah beberapa ribu orang sahaja.”Beliau kemudiannya membuat kesimpulan, bahawa semua ini, iaitu isu mengenai Imam Mahadi, adalah suatu usaha sebilangan pihak yang mahu mencetuskan propaganda demi kepentingan kumpulannya.
“Jika benarlah yang Mahadi itu akan zahir, inilah satu-satunya cara propaganda untuki membuatkannya benar-benar zahir. Dia mestilah salah seorang dari mereka, dan Allah mestilah menyatukan mereka untuk menjadi pengikutnya, sehingga dia mempunyai cukup kekuatan dan kumpulan pengikut untuk menambahkan kejayaannya, sekali gus menggerakkan rakyat menyokongnya.”Ibnu Khaldun mengakhiri kembara hidupnya di pejabat beliau sendiri di ketika beliau memegang jawatan sebagai hakim di Mesir. Beliau telah melalui pengalaman hidup yang beraneka warna, suka dan duka. Mengembara dari tempat lahirnya Tunisia, hingga ke Granada di Andalusia.
Sumbangan beliau dalam bidang sains dan sosial serta agama kepada umat Islam amatlah tidak ternilai. Dan bukunya Al-Muqaddimah adalah salah satu dari sumbangannya dalam pembangunan-pembangunan tersebut.
*Pertama kali tersiar di arahKiri Online edisi Ogos 2003 dengan menggunakan nama Ibnu Umar, kemudian disiarkan pula di Majalah Al-Islam pada tahun yang sama.
Sumber dari - PerakExpress
Sunday, July 26, 2009
Pendrive 256 GB Pertama Di Dunia !!!
Kingston Technology Europe announced the launch of the world's first 256GB USB flash drive, the DataTraveler 300.
"The DataTraveler 300 will enable users to carry huge volumes of data with them everywhere they go – up to 365 CDs for example," said Kirsty Miller, product marketing manager – consumer, Kingston Technology Europe.
It is built to order only; customers who wish to purchase the drive can place an order with resellers and e-tailers.
Specifications:
Capacity: 256 GB
Speed: Data transfer rates of up to 20 MB/sec read and 10 MB/sec write
Includes Password Traveler security software for Windows
Does not require administrator rights to access the privacy zone
Dimensions: 2.78" x 0.67" x 0.87" (70.68 mm x 16.90 mm x 21.99 mm)
Operating temperature: 0 to 60 degree Celsius
Storage temperature: -20 to 85 degree Celsius
Enhanced for Windows ReadyBoost on Vista-based systems
p/s - ada brani.????
Yasmin Ahmad meninggal dunia

Pemergian Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini bersama kontroversinya sendiri, diumumkan dalam berita tengah malam TV3 sebentar tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara, lapor Bernama, yang memetik pengesahan daripada ketua pegawai operasi Media Prima, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di situ. [selanjutnya..]
Wednesday, July 22, 2009
Waspada Dgn Pinggan Jenama "BONE CHINA" - Malaysiakini
Oleh : Zamri Keciks
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SELAHTERA...
*******************************************************************
Pinggan daripada tulang babi
(berita harian 22 julai 2009)
KUALA LUMPUR - Umat Islam perlu berwaspada apabila membeli pinggan mangkuk dan perkakasan makanan seperti cawan dan piring daripada seramik kerana ada jenama tertentu mengandungi campuran tulang haiwan, termasuk tulang babi.
Tinjauan di beberapa gedung beli-belah di ibu negara mendapati tiada label diletakkan bagi memaklumkan pengguna bahan campuran digunakan untuk menghasilkan perkakasan itu.
Berbanding dengan kedai kasut yang biasanya meletakkan label ‘kasut diperbuat daripada kulit babi’ di ruang jualan, peniaga yang menjual pinggan mangkuk mengandungi campuran tulang haiwan tidak memaklumkannya kepada pembeli.
Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Hatijah Hashim, ketika diminta mengulas, berkata orang ramai boleh mengenali perkakasan yang mengandungi tulang haiwan kerana kebanyakannya tercatat Bone China di belakangnya.
Bone China adalah istilah komersial digunakan pembuat perkakasan pinggan mangkuk yang mengandungi tulang haiwan.
“Berbanding penggunaan kaca dan tembikar sepenuhnya, perkakasan yang mengandungi tulang haiwan ditumbuk halus itu biasanya diimport dari Jepun dan United Kingdom. Ia dicampurkan bagi menjadikannya lebih berkilat dan cantik.Namun, katanya, peniaga sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan meletakkan label di ruang jualan bagi memudahkan umat Islam mengenal pasti sama ada perkakasan dibeli dicampur tulang haiwan.
“Ia biasanya lebih eksklusif dengan harga mencecah RM8,000 satu set,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, umat Islam boleh menghubungi CAP di talian 04-8299511 untuk kepastian.
Pengarah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata pihaknya pernah menerima aduan umat Islam yang khuatir mengenai penggunaan perkakasan seramik yang dikatakan mengandungi tulang haiwan.
“Namun, kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mempunyai bukti kukuh. Pihak berkuasa perlu menubuhkan unit khas untuk membuat kajian makmal,” katanya.Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zainal Abidin Jaffar, pula berkata pengguna yang ingin mendapatkan kepastian boleh membawa perkakasan itu untuk dianalisis oleh Unit Pemantauan dan Penguatkuasaannya.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
Monday, July 20, 2009
Artis Indonesia tonggeng tunjuk 'underwear' - Malaysiakini
Tulisan pada seluar dalam Kaka Slank itu ialah "Bombers Kiss My" yang mungkin menunjukkan protes kepada kejadian pengeboman di 2 hotel mewah di Mega Kuningan, Jakarta tu hari.


Sunday, July 19, 2009
Anak kucing bermata satu - Malaysiakini
SEORANG pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), Abu Hasan Lumat, 56, bersama rakannya yang sedang membersihkan stor TNB di Masjid Tanah, Melaka, menemui seekor anak kucing bermata satu dengan muka dan telinganya mirip kera yang dilahirkan seekor kucing liar di pekarangan stor itu. Bagaimanapun, hayat anak kucing itu hanya 24 jam saja selepas ia ditemui mati keesokannya ketika Abu Hassan cuba memberikannya susu. Biarpun sedih dengan kejadian itu, beliau menganggap anak kucing itu memberikannya suatu pengajaran mengenai kehidupan.
Wang RM50 baru - Malaysiakini
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan wang kertas RM50 reka bentuk baru dengan ciri keselamatan dipertingkatkan, termasuk benang keselamatan dengan warna berubah-ubah �tertanam� pada kertas dan unsur cahaya pendarfluor dua warna. Wang kertas sama pernah dikeluarkan pada Disember 2007 sempena Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia.
Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) terbakar - Malaysiakini
Pihak sekolah merayu sumbangan orang ramai supaya dapat menghulurkan bantuan segera bagi membeli kelengkapan bilik darjah yang musnah supaya pembelajaran dapat ditersuakn seperti biasa. Sebanyak 65 buah unit meja murid diperlukan , 2 unit white board diperlukan.
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang boleh salurkan melalui akaun Bank Islam : Tabung Pembangunan SAIF no akaun 02084010028830.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi ust Musoddak Hj Ahmad, Pengerusi Sekolah 012 4827563 atau Ust Mohamad Ismail, Setiausaha Lembaga tadbir 019 4227323.
Saturday, July 18, 2009
Kisah Pemuda Yang Bernama ‘Uzair - Malaysiakini

Sebaik saja dia sampai ke daerah itu dilihatnya kampung itu baru saja diserbu oleh musuh-musuh sehingga menjadi rosak-binasa sama sekali. Di tapak atau bekas runtuhan terdapat mayat-mayat manusia yang bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur. Melihatkan pemandangan yang mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan membawa dua keranjang buah-buahan. Manakala keldainya itu ditambat di situ, kemudian dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah rumah yang sudah runtuh bagi melepaskan penatnya. Dalam pada itu, fikirannya mula memikirkan mayat manusia yang sudah busuk itu.
“Bagaimana orang-orang yang sudah mati dan hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan kembali di negeri akhirat?” begitulah pertanyaan yang datang bertalu-talu da tidak terjawab olehnya sehingga dia menjadi lemah-longlai dan kemudian terus tertidur. Dalam tidur itu, dia seakan-akan bertemu dengan semua arwah (roh-roh) orang-orang yang sudah meninggal itu. Tidurnya amat luar biasa sekali, bukan hanya sejam atau semalam, tetapi dia telah tidur terus-menerus tanpa bangun-bangun selama seratus tahun lamanya.
Dalam masa dia tertidur itu, keadaan di sekitarnya sudah ramai lapisan baru, rumah serta bangunan-bangunan banyak yang telah didirikan. Dalam masa seratus tahun itu, segala-galanya sudah berubah, manakal ‘Uzair tetap terus tidur tersandar di dinding buruk itu menjadi jasad (tubuh) yang tidak bernyawa lagi. Dagingnya sudah hancur dan tulang belulangnya sudah hancur lebur berderai. Kemudian jasad ‘Uzair yang telah mati, daging dan tulangnya yang sudah hancur itu disusun kembali oleh Allah pada bahagiannya masing-masing lalu ditiupkan ruhnya. Dan ketika itu juga ‘Uzair hidup kembali seperti dahulu. ‘Uzair terus berdiri seperti orang yang bangun dari tidur lantas dia mencari keldai dan buah-buahannya di dalam keranjang dahulu.
Tidak berapa lama kemudian, turunlah beberapa malaikat seraya bertanya, “Tahukah engkau ya ‘Uzair berapa lama engkau tidur?” Tanpa berfikir panjang ‘Uzair menjawab, “Saya tertidur sehari dua ataupun setengah hari.” Lalu malaikat pun berkata kepadanya, “Bahwa engkau terdampar di sini genap seratus tahun lamanya. Disinilah engkau berbaring, berhujan dan berpanas matahari, kadang-kadang ditiup badai dan berhawa sejuk dan juga panas terik. Dalam masa yang begitu panjang, makanan engkau tetap baik keadaannya. Tetapi cuba lihat keadaan keldai itu, dia sendiri pun sudah hancur dan dagingnya sudah busuk.”
Berkata malaikat lagi, “Lihatlah dan perhatikanlah sungguh-sungguh. Demikianlah kekuasaan Allah. Allah dapat menghidupkan kembali orang yang sudah mati dan mengembalikan jasad-jasad yang sudah hancur lebur dan dengan semudah itu pulalah Tuhan akan membangkitkan semua manusia yang sudah mati itu nanti di akhirat untuk diperiksa dan diadili segala perbuatannya. Hal ini diperlihatkan oleh Tuhan kepada engkau supaya iman engkau tetap dan engkau sendiri dapat menjadi bukti kepada manusia-manusia lain supaya engkau dan manusia-manusia lain tiada syak dan ragu-ragu lagi tentang apa yang diterangkan Tuhan tentang akhirat itu.”
Setelah ‘Uzair melihat makanan dan keldainya yang sudah hancur itu, maka ‘Uzair pun berkata, “Sekarang tahulah saya bahwa Allah itu adalah berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.” Tiba-tiba keldai yang sudah hancur berderai itu dilihatnya mulai dikumpulkan daging dan tulangnya. Dan akhirnya menjadi seperti sediakala iaitu hidup kembali bergerak-gerak dan berdiri sebagaimana sebelum mati. Maka ‘Uzair pun berkata, Lalu dia pun terus mengambil keldainya dahulu dan terus menunggangnya pulang ke rumahnya dahulu dengan mencari-cari jalan yang sukar untuk dikenali. Dilihatnya segala-gala telah berubah. Dia cuba mengingati apa yang pernah dilihatnya seratus tahun dahulu. Setelah menempuhi berbagai kesukaran, akhirnya dia pun sampai ke rumahnya. Sebaik saja dia sampai di situ, dia mendapati rumahnya sudah pun buruk di mana segala dinding rumahnya telah habis runtuh. Semasa dia memandang keadaan sekeliling rumahnya, dia ternampak seorang perempuan tua, lantas dia pun bertanya, “Sekarang tahulah saya bahwa Allah berkuasa di atas segala-galanya.”Inikah rumah tuan ‘Uzair?”
“Ya,” jawab perempuan itu. “Inilah rumah ‘Uzair dahulu, tetapi ‘Uzair telah lama pergi dan tiada didengar berita tentangnya lagi sehingga semua orang pun lupa padanya dan saya sendiri tidak pernah menyebut namanya selain kali ini saja.” Kata perempuan itu sambil menitiskan airmata. ‘Sayalah ‘Uzair,” jawab ‘Uzair dengan pantas. “Saya telah dimatikan oleh Tuhan seratus tahun dahulu dan sekrang saya sudah dihidupkan oleh Allah kembali.” Perempuan tua itu terkejut seakan-akan tidak percaya, lalu dia pun berkata, “‘Uzair itu adalah seorang yang paling soleh, doanya selalu dimakbulkan oleh Tuhan dan telah banyak jasanya di dalam menyembuhkan orang yang sakit tenat.” Sambunya lagi, “Saya ini adalah hambanya sendiri, badan saya telah tua dan lemah, mata saya telah pun buta kerana selalu menangis terkenangkan ‘Uzair. Kalaulah tuan ini ‘Uzair maka cubalah tuan doakan kepada Tuhan suaya mata saya terang kembali dan dapat melihat tuan.”
“Uzair pun mendaha kedua belah tangannya ke langit lalu berdoa ke hadrat Tuhan. Tiba-tiba mata orang rua itupun terbuka dan dapat melihat dengan lebih terang lagi. Tubuhnya yang tua dan lemah itu kembali kuat seakan-akan kembali muda. Setelah merenung wajah ‘Uzair dia pun berkata, “Benar, tuanlah ‘Uzair. Saya masih ingat.” Hambanya itu terus mencium tangan ‘Uzair lalu keduanya pergi mendapatkan orang ramai, bangsa Israil. ‘Uzair memperkenalkan dirinya bahwa dialah ‘Uzair yang pernah hidup di kampung itu lebih seratus tahun yang lalu.
Berita itu bukan saja mengejutkan bangsa Israil, tetapi ada juga meragukan dan ada yang tidak percaya kepadanya. Walau bagaimanapun berita itu menarik perhatian semua orang yang hidup ketika itu. Kerana itu mereka ingin menguji kebenaran ‘Uzair. Kemudian datanglah anak kandungnya sendiri seraya bertanya, “Saya masih ingat bahwa bapa saya mempunyai tanda di punggungnya. Cubalah periksa tanda itu. Kalau ada benarlah dia ‘Uzair.” Tanda itu memang ada pada ‘Uzair, lalu percayalah sebahagian daripada mereka. Akan tetapi sebahagian lagi mahukan bukti yang lebih nyata, maka mereka berkata kepada ‘Uzair, “Bahwa sejak penyerbuan Nebukadnezar ke atas bangsa dan negara Israil dan setelah tentera tersebut membakar kitab suci Taurat, maka tiadalah seorang pun bani Israil yang hafal isi Taurat kecuali ‘Uzair saja. Kalau benarlah tuan Uzair, cubalah tuan sebutkan isi Taurat yang betul.”
‘Uzair pun membaca isi Taurat itu satu persatu dengan fasih dan lancar serta tidak salah walaupun sedikit. Mendengarkan itu barulah mereka percaya bahwa sungguh benar itulah ‘Uzair. Ketika itu, semua bangsa Israil punpercaya bahwa dialah ‘Uzair yang telah mati dan dihidupkan semual oleh Tuhan. Banyak di antara mereka yang bersalam dan mencium tangan ‘Uzair serta meminta nasihat dan panduan daripadanya. Tetapi sebahagian daripada kaum Yahudi yang bodoh menganggap ‘Uzair sebagai anak Tuhan pula. Maha Suci Allah tidak mempunyai anak samada ‘Uzair mahupun Isa kerana semua makhluk adalah kepunyaan-Nya belaka. Janganlah kita was-was tentang kekuasaan Allah, maka hendaklah dia fikir siapakah yang menciptakan dirinya itu. Adalah mustahil sesuatu benda itu terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang menciptakan. Kalau masih ada orang yang ragu-ragu tentang kekuasaan Allah, ubatnya hanya satu saja, hendaklah dia membaca dan memahami al-Qur’an, was-was terhadap kekuasaan Allah itu hanya datangnya dari syaitan.
Allah S.W.T telah meletakkan komputer dalam kepala kita untuk berfikir, oleh itu gunakanlah akal kita untuk berfikir.
Mirip, Kebetulan, atau salah satu dari 30 DAJJAL? - Malaysiakini
Abû Hurayrah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:"Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya."
Boleh jadi Sai Baba ini adalah salah satu dari 30 dajal-dajal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masîh al-Dajjâl (Dajjal nantinya akan berperang dengan imam mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa as). Wallahu al'am..

"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting..." (HR.Bukhari dan Muslim)
"Di awal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)
Antara DAJJAL dan SAI BABA
1) Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo, berkaki bengkok (agak pengkor). Sai Baba seorang yang berpostur pendek dan berambut kribo.
2) Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami kebutaan di waktu muda kemudian sembuh kembali.
3) Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya.
4) Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan depat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata.
5) Dajjal mengikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal. Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.
6) Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik, sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai Baba mengaku sebagai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.
7) Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba memposisikan dirinya sebagai nabi kepada pengikut2nya.
Cool Dajjal akang menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.
9) Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mengklaim bahwa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta.
10) Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majlis darshanya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dan keharusan untuk memahaminya.
11) Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit. Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan penyakit kanker.
12) Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di bangun proyek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).
13) Dajjal bisa mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya. Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan berbagai bentuk medalai berlafadz ALLAH dalam sekejap.
14) Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai Baba bisa menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.
15) Dajjal bisa berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya. Sai Baba bisa berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan benruk reinkarnasi dirinya.
16) Dajjal bisa membesarkan tubuhnya. Sai Baba memliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuh pesawat terbang.
17) Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga bisa berjalan ke pasar, rumah sakit, proyek irigasi dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.
1Cool Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh2an dan air. Sai baba bisa mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.
19) Dajjal tidak memliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan tidak berkeluarga (tidak menikah).
20) Dajjal memimpin orang yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan teologi zionis.
21) Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mengklaim bahwa ia datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan
Wahai kaum muslimin, apa lagi yang kita tunggu, marilah segera kita kembali kepada Allah dan rasulnya.
"Jika salah seorang diantara kalian telah menyelesaikan bacaan tasyahhud akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat hal. Hendaknya ia berkata : 'Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, adzab kubur, fitnah (cobaan) hidup dan mati serta dari keburukan fitnah Dajjal."
Sumber dari - www.akmanizam.com
Wednesday, July 15, 2009
Pesta arak awek Ganu - Malaysakini
Dari suasana video tersebut kelihatan mereka tinggal di rumah sewa dan sedang menyambut hari jadi. Dari loghat diaorang sah dari Trengganu.
Monday, July 13, 2009
Kelebihan Umat Rasulullah Menurut Pandangan Nabi Adam - Malaysiakini
- Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.
- Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
- Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.
- Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.
Video murid perempuan diserang tersiar dalam YouTube - Malaysiakini
Raknnya itu dikatakan telah mencalarkan mukanya di sebuah surau di Ketengah Jaya, Dungun kira-kira pukul 2.30 petang pada 18 Jun lalu.
Kejadian itu telah direkodkan oleh rakan sekelasnya menggunakan telefon bimbit.
Rakaman tersebut kemudiannya telah dimuatkan dalam laman popular YouTube dengan tajuk 'Gadis Dungun dipukul oleh kawan karib' baru-baru ini.
Difahamkan bahawa kawan baik kepada Azani Juasharmiela Mohd Jaaffar mencalarkan mukanya dengan kuku kerana tidak berpuas hati dengan pujian yang diterima Azani.
Video tersebut kemudiannya ditemui oleh kakak Azani yang yang berumur 23 tahun ketika melayari internet di kampung mereka di Dungun Sabtu lalu.
Azani Juhaiza yang bekerja sebagai kerani di Kuala Lumpur terkejut melihat video adiknya yang dimuatkan dalam laman web berkenaan.
"Saya terkejut melihat adik saya menjadi mangsa oleh rakannya, kemudian saya menunjukkan video berkenaan kepadanya dan beliau mengakui wujud satu pergaduhan dengan kawan baik dia itu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu semalam. - mStar
Wednesday, July 8, 2009
Suara Syaitan Yang Menggoda Keteguhan Iman - Malaysiakini

Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa : “Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan . Dan telah kugugurka semua kewajipan untukmu.” Bunyi suara ghaib itu.
Sebagai orang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu bahwa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu cuma syaitan yang menggoda keteguhan imannya. Maka marahlah ia dan berkata : “Hai mal’un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah Taala. Kepada Rasulullah saja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku.” Ujarnya tegas.
Tuesday, July 7, 2009
Budak Melayu murtad dan menghina Islam - Malaysiakini
Kenapa dengan PEKIDA.? - Malaysiakini

Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof, mendedahkan individu terbabit sebenarnya bukan ahli Pekida, tetapi menggunakan nama pertubuhan itu untuk keuntungan diri sendiri, termasuk menjual nama mereka kepada golongan tertentu.
“Mereka sanggup menggadaikan maruah Pekida dengan mendakwa boleh dijadikan pengawal peribadi dan mengambil upah melakukan kegiatan tidak berhemah dan tidak bermoral seperti membelasah atau menculik orang.Beliau menjelaskan, proses menjadi ahli Pekida dijalankan secara berakhlak berbanding Pekida klon yang menggunakan cara yang pelik dan jijik.
“Kami mendapat maklumat seperti itu dalam proses pemutihan ahli sejak awal tahun ini hingga sekarang. Mereka yang sukar dikesan dianggap anggota klon Pekida yang mengetahui selok-belok pentadbiran dan pergerakan Pekida,” katanya.
Antara yang dikesan Pekida ada kumpulan menggunakan daging babi untuk upacara merekrut ahli baru.
“Seseorang ahli baru perlu merangkak di bawah meja dengan di atasnya dipenuhi daging babi. Selepas merangkak, dia akan disuruh menyembah patung Buddha sambil memegang colok dibakar.Darah itu kemudian akan dicampur dengan arak sebelum diminum sebagai syarat menganggotai kumpulan itu.
“Lebih teruk, rekrut itu diwajibkan toreh tapak tangan dengan pisau hingga mengeluarkan darah sebelum minum darah yang mengalir itu,” katanya.
Jamaluddin berkata, pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan terbabit walaupun mengetahui mereka menyelewengkan nama Pekida.
“Tindakan undang-undang hanya boleh dilaksanakan polis dan majlis agama Islam negeri. Kami hanya menyalurkan maklumat,” katanya yang mendakwa ramai orang menyamar mendapatkan gelaran tertentu dalam Pekida seperti Ayahanda dan Abang Long.Katanya, dengan menggunakan gelaran seperti itu, mereka akan dihormati dan digeruni masyarakat setempat termasuk ahli perniagaan.
Dalam Pekida, beliau menjelaskan ada tiga peringkat iaitu Pekida daerah akan mencadangkan nama tertentu sebagai Ayahanda kepada peringkat negeri untuk diluluskan sebelum disahkan Pekida pusat.
Setakat ini, hanya ada 295 Ayahanda di seluruh negara dan Sabah mencatatkan angka terkecil iaitu tujuh, manakala Melaka mempunyai Ayahanda teramai iaitu 64 orang. - hmetro
Index harga makanan melambung di Manek Urai - Malaysiakini
Kenaikan mendadak harga makanan di sini bermula sejak seminggu lalu berikutan kebanjiran beribu-ribu penyokong parti PAS dan Barisan Nasional (BN) untuk kempen pilihan raya kecil itu.
"Alah sikit naiknya itu dik. Biasalah, inikan musim pilihan raya, semua orang bawa duit banyak," kata seorang pemilik sebuah restoran di sini ketika penulis bertanyakan harga makanan nasi ayam itu.Pengguna mungkin tiada pilihan sebaliknya terpaksa membayar harga makanan walaupun disifatkan sebagai "harga cekik darah" itu.
Seorang petugas sebuah parti dari Kedah, Yahya Husin, 42, turut mengakui kenaikan harga tidak munasabah itu dan berharap sesuatu dapat dilakukan kerajaan bagi menangani masalah itu.
"Harga di Kedah atau di Kuala Lumpur pun tidak semahal ini," katanya yang merujuk harga tidak masuk akal itu ketika menikmati hidangan nasi campur baru-baru ini.Namun bukan semua kedai makan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga makanan seperti di Kedai Makan Kak Yah di Kampung Lata Rek di sini.
Pengusahanya yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Yah itu mengakui harga ikan mentah seperti tongkol naik daripada RM7 sekilogram kepada RM10, malah harga sayur-sayuran turut naik.
"Tapi Kak Yah tak naik harga pun," sambil penulis membayar RM5.50 bagi makanan tradisi rakyat Kelantan iaitu nasi berlauk untuk dua hidangan.Dianggarkan kira-kira 30,000 petugas parti dan media kini berkumpul di DUN ini bagi liputan pilihan raya kecil itu.
Sebelum ini harga rumah sewa di kawasan ini juga naik sehingga mencecah RM9,000 yang akan digunakan untuk kira-kira dua minggu kempen pilihan raya berkenaan. - mStar
p/s - pak cik kayo..!! pak cik kayoo.!!!! he.he..hee...
Sunday, July 5, 2009
Merungkap Tragedi Pesawat MH653 di Gelang Patah 1977 - Malaysiakini


Saturday, July 4, 2009
Emas ditemui di Pendang.?? - Malaysiakini

Menurut Bernama, mendapati beratus-ratus penduduk berduyun-duyun membawa peralatan untuk mencari emas.
"Mula-mula saya pun tak percaya dalam ketulan batu kuari ini ada emas. Tapi bila dengar ada orang dah jual emas, saya pun datang mencuba nasib.Semua ahli keluarganya turut mencari emas bersamanya.
"Saya tengok memang macam ada ketulan berwarna kuning dan bersinar-sinar di celah-celah batu kuari yang berwarna hitam ini," kata Niza Samsudin, 25, dari Kampung Banggol Temak.
Seorang pelajar, Amirul Anas Amirul Rashid, 13, berkata dia datang mencari emas setiap petang sejak Rabu lalu.
"Pada mulanya ibu bapa saya tak izinkan saya cari emas ini, tapi apabila saya bawa balik tunjuk kepada mereka, ibu bapa saya pun turut datang mencari bersama.Abdul Halim Abdullah, 66, yang menetap lebih 30 tahun di kampung tersebut berkata ini adalah kali pertama laporan tentang emas dijumpai di kampung itu.
"Kami nak kumpul banyak-banyak dulu, lepas ini baru jual," katanya.
"Jika benar ketulan kuning di dalam batu adalah emas, kami yang kebanyakannya bersawah tentu bertuah kerana dapat menjana pendapatan tambahan," katanya.
Mayat Bangun Dari Tidur - Malaysiakini

Tapi dasar orang kafir, walaupun Nabi Isa boleh menunjukkan mukjizat menghidupkan orang yang sudah mati, mereka masih menyangkalnya. “Sesungguhnya engkau hanya dapat menghidupkan mayat yang baru yang ada kemungkinan memang belum mati benar. Cuba kau hidupkan mayat-mayat terdahulu jika kau boleh.” Ujar mereka. Merasa ditentang kaumnya, Nabi Isa lalu berkata : “Silakan pilih mayat sekehendakmu,” jawabnya.
“Cuba hidupkan Sam dan Nuh,” kata mereka.
Kemudian Nabi Isa pergi ke makam Sam dan Nuh. Setelah bersembahyang di atas kuburnya, Isa berdoa kepada Allah meminta Allah menghidupkan mayat itu. Atas kekuasaan Allah kedua mayat yang sudah lama meninggal it bangkit kembali dari kuburnya. Rambut di kepala dan rambutnya sudah memutih.
Begitu melihat keduanya hidup kembali, Isa bertanya, “Mengapa rambutmu sudah memutih semacam itu,”. Keduanya lalu menjawab bahwa mendengar panggilan Isa, ia mengira hari kiamat sudah tiba. “Berapa lama kau sudah meninggal?” tanya Isa. “Empat ribu tahun, tetapi sampai sekarang belum hilang rasa sakit matiku.” Jawabnya.Melihat mukjizat Allah, berimanlah semula orang-orang yang kafir itu.
Friday, July 3, 2009
Air Mineral Merbahaya? - Malaysiakini

Sebenarnya nabi Muhammad s.a.w telah pun memberikan panduan yang jelas bila kita berdepan dalam masalah atau situasi seperti ini. Sabda baginda s.a.w. bermaksud "Tinggalkan apa saja yang meragukan dan lakukan apa yang tidak meragukan".
Dalam hal ini bukan hanya air mineral tapi banyak lagi benda yang meragukan dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim yang perlu dihindarkan. Ini termasuk produk-produk yang jelas tertera logo halal tetapi sering dipertikaikan statusnya. Apa lagi dalam keadaan hari ini dimana industri halal tidak diurus oleh orang yang kenal dosa dan pahala tetapi orang yang hanya tahu menghitung untung rugi semata...
Hadis diatas jelas menyuruh kita meninggalkan apa saja yang meragukan kerana ia termasuk dalam kategori samar atau "syubhat" yang boleh membawa kepada hukum haram. Oleh itu jika kita ragu dengan sesuatu minuman atau makanan atau apa saja, maka elakkanlah. Banyak lagi pilihan minuman dan makanan lain yang ada di pasaran. Berusahalah mendapatkan yang terbaik untuk keluarga kerana usaha mendapatkan yang terbaik itu adalah jihad. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud "Mencari yang halal itu adalah satu kefarduan..."
Dalam Islam kita dianjurkan melakukan sesuatu atas dasar yakin tanpa sebarang keraguan. Keraguan akan menimbulkan "was-was" yang mebuka pintu iblis dan syaitan untuk merosakkan ibadah kita. Dalam surah an-Nas Allah berfirman merintahkan kita berlindung dengan Nya dari gangguan al-waswasil khannas yang ditiupkan dalam hati manusia oleh Jin dan Manusia...
Was-was akan mengganggu hati dan hati yang was-was akan mengganggu ibadah. Ibadah jadi tidak khusyuk malah boleh menyebabkan seseorang itu malas melakukannya. Berusahalah kita mendapatkan yang terbaik untuk diri dan keluarga moga hati terus sentiasa bersih sebagai persiapan menemui Allah...
Salam hormat.
http://drbadrulamin.blogspot.com
Wednesday, July 1, 2009
Kisah kelebihan Berselawat ke atas Rasulullah S.A.W - Malaysiakini

Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”
Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”
Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.”
Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.”
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.
'Bini puaka' seret 2 siswa ke mahkamah - Malaysiakini

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.
Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak, pagi Rabu lalu.
Dua pelajar Akademi Pengajian Islam itu juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.
Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan. [..selanjutnya]
Lagi artikel/berita berkaitan :
Dua siswa UM dibebas hari ini
Tiga lagi siswa UM dicari polis
Video Rosmah: Polis siasat Badrul