Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, July 4, 2009

Emas ditemui di Pendang.?? - Malaysiakini

Penduduk Pendang kini sibuk mencari emas di tapak kuari di Kampung Jelutong, Tobiar di Pendang, sejak ketulan emas dilaporkan ditemui oleh beberapa pekerja kuari dua hari lalu.

Menurut Bernama, mendapati beratus-ratus penduduk berduyun-duyun membawa peralatan untuk mencari emas.
"Mula-mula saya pun tak percaya dalam ketulan batu kuari ini ada emas. Tapi bila dengar ada orang dah jual emas, saya pun datang mencuba nasib.

"Saya tengok memang macam ada ketulan berwarna kuning dan bersinar-sinar di celah-celah batu kuari yang berwarna hitam ini," kata Niza Samsudin, 25, dari Kampung Banggol Temak.
Semua ahli keluarganya turut mencari emas bersamanya.

Seorang pelajar, Amirul Anas Amirul Rashid, 13, berkata dia datang mencari emas setiap petang sejak Rabu lalu.
"Pada mulanya ibu bapa saya tak izinkan saya cari emas ini, tapi apabila saya bawa balik tunjuk kepada mereka, ibu bapa saya pun turut datang mencari bersama.

"Kami nak kumpul banyak-banyak dulu, lepas ini baru jual," katanya.
Abdul Halim Abdullah, 66, yang menetap lebih 30 tahun di kampung tersebut berkata ini adalah kali pertama laporan tentang emas dijumpai di kampung itu.
"Jika benar ketulan kuning di dalam batu adalah emas, kami yang kebanyakannya bersawah tentu bertuah kerana dapat menjana pendapatan tambahan," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Secara umum ,kes macam ni membuktikan bahawa sesusudah 52 tahun berlalu, orang melayu rata rata masih ketinggalan kemajuan dan masih paras miskin harta benda dan mencari kejayaan hidup walaupun kalau ikut lojik tak bolih pakai.
Lebih menyedihkan orang melayu ketinggalan ilmu dan mudah percaya khabar angin.
Kalu bekas kuari mengapa tuan asal punye lepas peluang melombong emas ketika ini harga pasaran emas di dunia sudah sampai US$940 tiap troy oz, atau RM103 satu gram ??
Kesian orang Melayu.
Mengapa kanak yang masih di bangku sekolah membuat ujian di Makmal sekolah menengah ?
Kesian orang Melayu.
Kawasan itu ikut ciri geologi taada emas.
Kesian orang Melayu.
Pendang taade internet di cyber cafe ke ?
Bolih siasat internet dulu kan ?
Kesian orang Melayu.
changkat lobak.
arjuna waspada.

Anonymous said...

Kesian Melayu, dah ade pegawai tinggi dari jabatan Galian dah menerang dengan jelas mengata benda tu bukan emas, masih tak percaya, dan masih taksub dengan kate hikmat emas muda ".
Kesian bangsa ku.
changkat lobak.
arjuna waspada.