Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, July 7, 2009

Index harga makanan melambung di Manek Urai - Malaysiakini

Logikkah dua hidangan nasi ayam beserta air sirap harganya RM17.20, manakala nasi putih bersama lauk daging merah untuk satu hidangan RM6.00? Begitulah keadaan yang dialami "pengunjung baru" termasuk wartawan yang terpaksa berkampung di Manek Urai sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai ketika ini.

Kenaikan mendadak harga makanan di sini bermula sejak seminggu lalu berikutan kebanjiran beribu-ribu penyokong parti PAS dan Barisan Nasional (BN) untuk kempen pilihan raya kecil itu.
"Alah sikit naiknya itu dik. Biasalah, inikan musim pilihan raya, semua orang bawa duit banyak," kata seorang pemilik sebuah restoran di sini ketika penulis bertanyakan harga makanan nasi ayam itu.
Pengguna mungkin tiada pilihan sebaliknya terpaksa membayar harga makanan walaupun disifatkan sebagai "harga cekik darah" itu.

Seorang petugas sebuah parti dari Kedah, Yahya Husin, 42, turut mengakui kenaikan harga tidak munasabah itu dan berharap sesuatu dapat dilakukan kerajaan bagi menangani masalah itu.
"Harga di Kedah atau di Kuala Lumpur pun tidak semahal ini," katanya yang merujuk harga tidak masuk akal itu ketika menikmati hidangan nasi campur baru-baru ini.
Namun bukan semua kedai makan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga makanan seperti di Kedai Makan Kak Yah di Kampung Lata Rek di sini.

Pengusahanya yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Yah itu mengakui harga ikan mentah seperti tongkol naik daripada RM7 sekilogram kepada RM10, malah harga sayur-sayuran turut naik.
"Tapi Kak Yah tak naik harga pun," sambil penulis membayar RM5.50 bagi makanan tradisi rakyat Kelantan iaitu nasi berlauk untuk dua hidangan.
Dianggarkan kira-kira 30,000 petugas parti dan media kini berkumpul di DUN ini bagi liputan pilihan raya kecil itu.

Sebelum ini harga rumah sewa di kawasan ini juga naik sehingga mencecah RM9,000 yang akan digunakan untuk kira-kira dua minggu kempen pilihan raya berkenaan. - mStar

p/s - pak cik kayo..!! pak cik kayoo.!!!! he.he..hee...

No comments: