Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, March 7, 2009

Sekatan polis kawal perhimpunan bantah PPSMI di KL - Malaysiakini

Polis mengadakan sekatan jalan raya di sekitar Lembah Klang sejak awal pagi ini bagi mengawal keadaan menjelang Perhimpunan 100,000 Rakyat, dianjur bagi membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris (PPSMI), di ibu negara petang ini.

Perhimpunan itu akan diadakan di kawasan Masjid Negara dan disusuli dengan penyerahan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perhimpunan besar-besaran ini dianjurkan oleh Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Beberapa laluan utama ke ibu negara terlibat dalam sekatan kali ini.

Bagaimanapun tinjauan pagi ini mendapati belum ada kesesakan teruk di ibu negara.

Sekumpulan peserta sudah mula berhimpun di kawasan Masjid Negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, sebanyak 16 sekatan diadakan di ibu negara bagi mengawal keadaan.

Setakat pagi ini, kata beliau, keadaan adalah terkawal.
"Oleh kerana Masjid Negara merupakan tempat beribadat, penyokong perhimpunan dibenarkan berkumpul tetapi tidak dibenarkan mengadakan perarakan (ke Istana Negara)," katanya.
Jelas beliau, permit tidak dibenarkan untuk berhimpun dan mengadakan perarakan. - mStar

1 comment:

Sedingin Salju said...

Eh, khabarnya ada sedikit kekecohan ada betoikah encik?