Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, March 4, 2009

Istana setuju terima memo anti-PPSMI - Malaysiakini

Istana Negara memberikan reaksi positif bagi menerima memorandum membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu ini.

Persetujuan istana itu dianggap "kemenangan pertama" aktivis bahasa dan sastera dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang menganjurkan perhimpunan besar ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad berkata istana tidak melarang majlis penyerahan memorandum tersebut.

Beliau dimaklumkan Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak berada di istana pada masa yang dijadualkan dan memorandum tersebut akan diserahkan kepada seorang pegawai bagi pihak baginda. [..selanjutnya]

1 comment:

Panglima Perang Cyber said...

Kita kena sedar usaha mendesak perlu diselangi dengan bersabar.

jika tidak rasa gelojoh akan memenuhi hati.

tu pendapat 2 sen saya.