Oleh warrior
"Pengharaman penggunaan Allah didalam publikasi kristian itu merupakan satu kelebihan dipihak muslimin di Malaysia. Kita sepatutnya berterimakasih kepada orang yang mula-mula menjadikan ini sebagai sebahagian daripada undang-undang Malaysia. Ia ibarat "firewall" yang terus-menerus menyekat fahaman kristian daripada mengalir deras kedalam masyarat Islam Malaysia.
Disebalik setiap terminologi ada kefahaman yang terkumpul didalamnya. Contohnya, perkataan "terrorist." Apa yang timbul secara tiba-tiba di gambaran anda apabila melihat atau mendengar perkataan "terrorist"? Erti disebalik perkataan juga berubah dari zaman ke zaman. Erti terrorist 30 tahun dahulu mungkin bermakna "mafia", "nazi","komunis" atau "jepun." Tetapi, pada hari ia telah berubah menjadi "muslim." Kenapa? Siapa yang merubah makna-makna perkataan ini? Apakah cara yang mereka gunakan?
Selamat datang ke perang terminologi! Yang merubah makna ini ialah media. Media elektronik, cetak dan lain-lain. Setiap hari konotasi baru ditempelkan kepada terminologi-terminologi tertentu, sehingga terminologi itu telah mengambil "baju" atau makna baru. Penulis-penulis atau jurucakap-jurucakap didalam media ini sentiasa meletakkan makna-makna yang baru kepada terminologi tertentu, tanpa sedar atau dengan secara sedar, dan sengaja demi kepentingan tertentu.
Peperangan terminologi telah lama berlangsung didalam sejarah. Orang-orang Yahudi mengetahui perkara ini, sebagaimana yang diceritakan didalam AlQuran:
Bagaimana mungkin Tuhan didalam agama Kristian yang bermakna "tuhan yang tiga" boleh disamakan dengan Tuhan didalam agama Islam yang bermakna "tuhan yang satu"? Kenapa orang-orang Kristian gatal ingin menggunakan perkataan Allah didalam publikasi mereka, padahal mereka sudah ada perkataan mereka sendiri. Siapakah target pembaca kitab injil atau publikasi-publikasi yang lain, yang menggunakan perkataan Allah yang ingin mereka tujukan? Apakah kita ini terlalu bodoh untuk mengerti tujuan daripada penggunaan Allah didalam publikasi-publikasi ini. Sudah tentu "target reader" nya ialah orang-orang Islam.
Dalam hal ini, ummah Islam mesti bersatu agar "firewall" itu tidak terganggu gugat. Tidak kiralah dia dari badan kerajaan atau mana-mana parti politik. Kita semua menganut agama yang satu, yakni Islam. Oleh itu kita mesti berpegang tangan untuk menjaga aqidah anutan kita.
Nota: Bagi yang tidak mengerti perkataan "firewall", sila tanyakan kepada orang IT atau keselamatan...secara umumnya, "firewall" ialah suatu batasan yang dibuat untuk melindungi sesuatu daripada serangan luar.
Wasalam.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: "raaina", (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: "unzurna", dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya); dan (ingatlah, bahawa) orang-orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya." - Albaqarah:104Saya ulangi, pengharaman penggunaan Allah didalam publikasi kristian itu adalah satu kelebihan dipihak muslimin di Malaysia. Orang-orang kristian berusaha untuk mengubah, menempel makna-makna baru kepada perkataan Allah. Dengan undang-undang itu, setakat ini ada pemisahan jelas, Allah dan Tuhan. kerana Allah mengandungi pengertian yang jauh berbeza dengan apa yang terkandung didalam perkataan Tuhan. Allah adalah Tuhan yang Esa, Tuhan yang satu, tuhan yang satu-satunya layak disembah. Mungkin ada banyak yang dijadikan tuhan oleh agama-agama atau cara-cara hidup yang lain, tetapi tuhan-tuhan ini bukan sebagaimana tuhan yang diertikan didalam Islam.
"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya." - AlBaqarah:42
Bagaimana mungkin Tuhan didalam agama Kristian yang bermakna "tuhan yang tiga" boleh disamakan dengan Tuhan didalam agama Islam yang bermakna "tuhan yang satu"? Kenapa orang-orang Kristian gatal ingin menggunakan perkataan Allah didalam publikasi mereka, padahal mereka sudah ada perkataan mereka sendiri. Siapakah target pembaca kitab injil atau publikasi-publikasi yang lain, yang menggunakan perkataan Allah yang ingin mereka tujukan? Apakah kita ini terlalu bodoh untuk mengerti tujuan daripada penggunaan Allah didalam publikasi-publikasi ini. Sudah tentu "target reader" nya ialah orang-orang Islam.
Dalam hal ini, ummah Islam mesti bersatu agar "firewall" itu tidak terganggu gugat. Tidak kiralah dia dari badan kerajaan atau mana-mana parti politik. Kita semua menganut agama yang satu, yakni Islam. Oleh itu kita mesti berpegang tangan untuk menjaga aqidah anutan kita.
Nota: Bagi yang tidak mengerti perkataan "firewall", sila tanyakan kepada orang IT atau keselamatan...secara umumnya, "firewall" ialah suatu batasan yang dibuat untuk melindungi sesuatu daripada serangan luar.
Wasalam.
2 comments:
sangat menarik..
artikel sendiri atau ?
Syor ia diulas lagi dan disebar ke serata tempat.
Sila ke http://www.besiwaja.blogspot.com/ lihat komentar orang buta tentang penggunaan Allah oleh bukan islam. Aku ada forward ke blogger groups.
Post a Comment