Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, April 18, 2015

Sebak RM3,000 hangus sekelip mata - Kebakaran rumah di Taliair 1 Sungai Burong

Maruwan (tiga, kiri) mendengar penjelasan penduduk berhubung kebakaran rumah Sulaiman.
TANJONG KARANG, 17 APR - Seorang pemandu teksi terpaksa berputih mata apabila wang yang dikumpul untuk membaiki bumbung rosak hangus dalam kebakaran di rumahnya di Tali Air 1, Sungai Burong semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Sulaiman Alang, 68, baru sahaja pulang ke rumah sebelum menyedari api marak di sebuah bilik di dalam rumahnya.

Menurut Sulaiman, tak sampai 15 minit dia berehat sebelum menyedari api marak terlalu cepat sehingga tidak sempat menyelamatkan barang peribadi dan dokumen penting.

“Lagi luluh hati pakcik bila duit RM3,000 yang disimpan untuk beli zink baru pun turut hangus, memang sebak sangat tengok rumah tak sampai 30 minit terbakar.

“Baju pun tak sempat nak ambil, pakcik hanya sempat selamatkan tiga motosikal dan teksi saja. Semua barang dalam rumah memang tak sempat sebab api marak,” katanya sebak.

Sulaiman menganggarkan kerugian yang terpaksa ditanggung kira-kira RM280,000 dan dilaporkan punca kebakaran dikatakan akibat litar pintas.

Musibah yang menimpa Ketua Pas Cawangan Tali Ayer 1 Sungai Burong itu turut mendapat perhatian Briged Kebajikan Tanjong Karang, AJK Pas Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad dan Ketua Pas Cawangan Parit 2 Sungai Burong, Ahmad Jani Sarwan.

Wakil Briged Kebajikan Tanjong Karang, Mohamad Judi Sarjo berkata, pihaknya terkejut apabila dimaklumkan musibah itu ketika dalam perjalanan ke Sabak Bernam.

“Bila dapat tahu, saya pun singgah memandangkan mangsa memang kenalan yang mesra dengan panggilan Mat Sabu dalam kalangan pejuang Pas kawasan Tanjong Karang.

“Saya amat bersimpati dengan ujian yang menimpa Sulaiman dan mendoakan dia sekeluarga sentiasa tabah,” katanya yang turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban.

Sementara itu, wakil Adun Sungai Burong, Maruwan Ahmad turut meninjau kawasan kebakaran dan menemui mangsa kebakaran sebaik sahaja dilaporkan musibah itu.

“Sudah menjadi kelaziman kami untuk merekodkan sebarang musibah yang berlaku kepada Adun Sungai Burong sebelum bantuan dapat disampaikan terus kepada mangsa,” katanya.

Sinar Harian turut difahamkan, Penghulu Mukim Tanjong Karang 2, Jusmari Jumin sudahpun menghantar laporan berkaitan ke Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor untuk sumbangan Tabung Bencana Daerah Kuala Selangor.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/sebak-rm3-000-hangus-sekelip-mata-1.380517

1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...

....



----------------------------------------------------------------
(( Rahsia Tertutup ))- Puteri UMNO Tidak Kisah Tun M Keluar UMNO
----------------------------------------------------------------
Tun jangan samakan keadaan Pak Lah dan Najib..
Keadaannya sangat berbeza..

Tun jangan samakan zaman Tun jadi PM lebih 20 tahun dgn Najib baru sepenggal lebih..
Keadaannya sangat berbeza..

Jadi, Tun keluar UMNO pun, penjilat2 Najib tak kisah sikit pun... Mereka tetap jilat Najib lah..!

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<




------------------------------------------------------------------------
Rakyat RAYU Agar Anwar Dibebaskn & Pembunuh Antartuya DiTANGKAP Segera!!
------------------------------------------------------------------------
Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<




-----------------------------------------------------------------------
Selamatkan Malaysia - Perpaduan Hanya Akan Wujud Selepas BN Dikuburkan!
-----------------------------------------------------------------------
** UMNO menyalak untuk perpaduan rakyat di Malaysia sejak dulu lagi.. Mereka bakal menyalak lagi penghujung tahun ini!!

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<