Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, November 25, 2013

'YOK MANCING NANG SUNGE LHOR' TERIMA SAMBUTAN RAMAI PENYERTAAN KAKI PANCING.

Program ‘YOK MANCING NANG SUNGE LOR’ mendapat sambutan penyertaan kaki pancing yang datang dari seluruh negeri Selangor khususnya kawasan Parlimen Tanjong Karang, berlangsung di Main Canel, Jalan Setanjung, Kampung Seri Tiram jaya, Tanjong Karang, pada 23/11/2013 Sabtu lepas.

Johan ketegori terbuka Sdr. Hadi Sardi menerima hadiah RM1000, Naib Johan Sdr Hasrul Lizam menerima RM500 dan Ketiga Sdr. Mohd Rahmad Sulaiman menerima RM200. Manakala 12 lagi peserta menerima hadiah sagu hati berupa hamper dan hadiah misteri dimenangi oleh Sdr. Mohd Azmir Noraini. Bagi Johan kategori wanita dimenangi oleh Pn. Junaidah dan Naib Johan Pn Siti Sarman.

Program memancing anjuran Kelab EMPER Seri Tiram Jaya bersama JKKKP Kg Seri Tiram Jaya dan juga Majlis Belia Daerah (MBD) Kuala Selangor itu telah dirasmikan oleh ADUN Permatang, YB Tuan Hj Sulaiman Abdul Razak.

Beliau bersama Sdr. Maruwan Ahmad, Pengerusi MBD Kuala Selangor yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tanjong Karang yang turut hadir sama di program itu, telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.

Sebelum itu, ketika menyampaikan ucapan perasmian, YB Sulaiman telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3000 untuk kelab EMPER menjalankan aktiviti dimasa akan datang.

Selain itu, beliau juga akan meluluskan peruntukan berbentuk projek bernilai RM20K tahun hadapan dibawah JKKKP Kg Seri Tiram yang akan dipohon melalui KKLW untuk pembangunan di kawasan itu menjadi tempat riadah dan tarikan kepada para pemancing dari luar serta pelancong.

Pada majlis itu juga, beliau telah menyampaikan sumbangan RM3000 kepada RELA Kampung Seri Tiram jaya.

Suasana meriah sepanjang pertandingan dengan kehadiran ahli keluarga peserta dan juga orang ramai untuk menyaksikan acara yang berlangsung selain berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah dan kuiz teka berat ikan yang dianjurkan oleh Sekreteriat Executive MBD Kuala Selangor.

No comments: