Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, November 29, 2012

AL-FATIHAH - Allahyarham Tuan Haji Wagiman Bin Idris

Ucapan takziah buat seluruh keluarga allahyarham Tuan Haji Wagiman Bin Idris, mantan Pengerusi JKKK Seri Tiram Jaya yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.00 pagi tadi di rumah beliau di Jalan Kemudi, Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang.

Allahyarham Tuan Haji Wagiman ketika menjadi Pengerusi JKKK Kampung Seri Tiram Jaya telah banyak berjasa dan sentiasa mengambil berat setiap permasalahan penduduk kampung, serta dikenali sebagai seorang yang peramah dan sentiasa mesra dengan setiap lapisan masyarakat di situ.

Y.Bhg. Dato’ Haji Mohamad Shafie Bin Haji Asnawi, Setiausaha Politik dan wakil kepada YB Datuk Seri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, merangkap Ahli Parlimen Tanjong Karang, turut hadir menziarah ahli keluarga allahyarham dan bersama-sama penduduk kampung untuk sembahyang jenazah.

Jenazah allahyarham telah dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Seri Tiram Jaya pada tengahari tadi.

Semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan para solihin. AL FATIHAH

2 comments:

Anonymous said...

FYI : Almarhun bukan menyandang jawatan pengerusi JKKKP tetapi JKKK kerana JKKKP masih belum wujud semasa zamannya.

TUGU BANGSA TEMBOK NEGARA said...

maaf atas kesilapan dan terima kasih atas teguran.. saya akan buat pembetulan..