Bahagian Hadapan Remuk - Beginilah keadaan kereta proton wira setelah merumpuh bahagian sisi belakang lori dan menyebabkan pemandunya mati di tempat kejadian.
SEKINCHAN - Kemalangan yang berlaku petang tadi di Parit 5, Sekinchan, membabitkan sebuah kerata proton wira dan sebuah lori menyebabkan pemandu kereta meninggal dunia ditempat kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut sumber orang ramai yang berada ditempat kejadian, kemalangan berlaku disebabkan kereta yang datang dari Tanjong Karang menghala ke Sekinchan gagal mengelak sebuah lori yang datang dari arah Sekinchan yang melintas menyebabkan kereta merumpuh bahagian sisi belakang lori terbabit.
Difahamkan pemandu kereta terbabit yang berasal dari Jalan Jepun, Batu 10, Tanjong Karang sedang dalam perjalanan untuk mengambil isterinya balik bekerja, manakala lori terbabit yang mempunyai pandaftaran alamat Teluk Intan sedang dalam perjalanan menghantar barang ke kedai yang berada diseberang jalan.
Keadaan ditempat kejadian agak sesak dengan orang ramai yang datang untuk melihat kemalangan yang berlaku itu secara lebih dekat, keadaan trafik ditempat kejadian juga agak perlahan kerana pemandu-pemandu kenderaan yang melalui tempat kejadian memperlahankan kenderaan mereka bagi melihat keadaan kemalangan yang berlaku. Walaubagaimanapun keadaan dapat dikawal oleh anggota polis trafik yang menggawal lalulintas disitu.
Suasana menjadi lebih hiba apabila ibu bapa, isteri dan saudara mara mangsa yang meninggal dunia datang ke tempat kejadian bagi melihat sendiri keadaan kemalangan tersebut.