Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, February 11, 2009

TV3 Mempromosi Transeksual - Malaysiakini

Program NONA pada 8hb baru-baru ini telah memaparkan satu segmen berkaitan dengan evolusi tarian. Pada mulanya segmen tersebut memaparkan tarian makyong yang menunjukan para penari perempuan yang berlenggang lenggok. Penulis tidak berhajat untuk mengulas tarian makyong, para pembaca boleh merujuk tentang ’MakYong’ di http://ms.wikipedia.org/wiki/Mak_Yong.

Setelah itu paparan evolusi tersebut diteruskan dengan satu tarian terkini yang dipanggil ‘Paper Doll Dance’. Menurut pengacara jemputan tersebut, tarian ini bermula pada tahun 70an lagi dan berkembang pesat pada akhir 90an. Sedutan persembahan tarian tersebut diambil dari satu majlis hari jadi seorang anak kenamaan yang beragama Islam ketika menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-16. Apa yang mengejutkan, penari-penari tarian ini terdiri daripada golongan transeksual (tukar jantina) dan mereka ini beragama Islam.
Gambar: Tarian ala ‘tiger show’

Golongan ini berpakaian seksi dan membuat persembahan tarian yang tidak sopan dan menghairahkan. Semasa diwawancara, salah seorang daripada penari tersebut menyatakan bahawa mereka sebenarnya telah banyak membuat persembahan di luar negara, seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Eropah. Penari itu menyatakan bahawa, tarian ini tidak salah dan tidak boleh dianggap tidak bermoral kerana tarian ini hanyalah sekadar hiburan. Malah mereka juga sedih kerana telah terlalu lama mereka didiskriminasikan oleh masyarakat. Mereka berharap dengan tarian ini dapat membuka peluang mereka untuk bersama-sama berada di dalam masyarakat tanpa disisihkan.

Apa yang menyedihkan, pengacara Nona tersebut telah membuat kesimpulan bahawa tarian ini hanyalah sekadar untuk memeriahkan seni tarian agar lebih berwarna warni. Beliau juga menyarankan kepada penonton agar jangan takut untuk mencuba dan anggaplah ianya sebagai hiburan semata-masa. Setelah menyaksikan segmen tersebut ianya amat mengecewakan kerana rancangan NONA yang telah bersekongkol mempromosikan golongan transeksual, walaupun ianya jelas bercanggah dengan ajaran agama Islam dan tatasusila masyarakat Malaysia.

2 comments:

Anonymous said...

Yang bertangangung jawab ialah CEO ,kerana tak bagi garis panduan.
Yang di ucapkan selamat hari jadi tu memang lah Malaysia punye "M",nak jadi malaywood wannabe,anak owang kaye kata kan lah.....
jaman dah ubah,world dah maju.
Adohai Melayu ! Melayu ? adalagi ke Melayu ?
changkat lobak
arjuna waspada.

Anonymous said...

Transeksual ke transverstite? Rasa2nya transverstite - pondan - lelaki berpakaian wanita