Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, June 28, 2009

Rumpai laut jadi projek impak tinggi - Malaysiakini

SEMPORNA : Industri rumpai laut akan dijadikan projek berimpak tinggi di Sabah sebagai salah satu langkah kerajaan menambah pendapatan dan meningkatkan taraf hidup nelayan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar.

Beliau berkata, kawasan seluas 102,000 hektar di Semporna, Lahad Datu, Kudat dan Sandakan sudah dikenal pasti bagi projek berkenaan.

Sebagai permulaan, katanya, seramai 220 peserta akan dipilih untuk menyertai projek tersebut yang akan dimulakan tidak lama lagi.
"Kita melihat rumpai laut ini mendapat pasaran yang cukup baik di dalam negara kita. Harganya juga cukup lumayan, permintaannya lebih daripada penawaran dan masih kurang saingan.

"Sebab itu, kita mahu jadikan rumpai laut ini projek berimpak tinggi untuk memberi pendapatan baru kepada nelayan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog dengan ahli persatuan nelayan kawasan Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau di sini semalam.
Noh berkata, projek berkenaan akan dilaksanakan melalui Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri Sabah khususnya dari segi penyediaan tapak.
"Seperti yang kita sedia maklum, hak kelulusan tanah serta memberikan lot-lot untuk usahawan membangunkan kawasan ini adalah dalam bidang kuasa negeri. Peruntukan kita akan berikan," katanya.
Noh berkata, melalui kerjasama yang baik antara kerajaan negeri Sabah dan kerajaan persekutuan, usaha menjadikan industri rumpai laut sebagai projek berimpak tinggi di Sabah akan dapat direalisasikan.

Mengenai permintaan pengusaha rumpai laut sedia ada di Sabah yang memohon supaya turut dibekalkan diesel dan petrol bersubsidi, Noh berkata tiada halangan kerana penanam rumpai laut juga mengusahakan sumber laut. - Bernama

No comments: