Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, June 21, 2009

Apakah hukum tidak bertudung bagi wanita? - Malaysiakini

Soalan :
Apakah hukum tidak bertudung bagi wanita?


Jawapan :
Wanita Islam wajib menutup aurat sebagaimana maksud Firman Allah SWT:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka ( daripada memandang yang haram), dan memelihara pandangan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya".

Sumber dari - http://muslim178.blogspot.com/

3 comments:

cheguman said...

Hukum tetap hukum, tak kira siapa yang melanggarnya.

satu lagi soalan:
Apa hukum kita menuduh sesorang tanpa disertakan bukti? Apa hukumnya jika kita menghebahkan sesuatu perkara atau tuduhan sedangkan kita tidak mampu membawakan bukti? Contohnya, ada ustaz di sekolah saya beritahu saya bahawa DS Najib terlibat dalam pembunuhan Attantuya. Bila saya tanya dia mana dapat berita? Dia kata, dia dengar orang cakap. Adakah ustaz itu boleh dianggap pemfitnah?

pakcik said...

Manusia ni pelik..

Yang sah nampak depan mata tidak dihiraukan..tetapi yang kabur dan samar-samar itulah yang diberi perhatian.

Anonymous said...

please visit our website to get business opportunity http://www.kltp.net/b29