Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, May 25, 2008

Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat

Hujan lebat, ribut petir serta angin kencang yang sedang berlaku di Pulau Pinang dan Pulau Langkawi dijangka berterusan hingga lewat petang Ahad.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari Ahad keadaan cuaca yang sama dijangka turut berlaku di Perlis dan Kedah. - Bernama
Amaran.!
Jangan main hujan nanti demam... kalau kene sambar petir lagi haru... sebab nak kene jemput ahli kariah buat kenduri tahlil..

Dunia glamour punya cerita

Nilai sendiri!
hmetro - Dulu gambar lucahnya disebarkan di Internet tetapi dia tidak mengaku, alasan kononnya gambar itu dibuat secara ‘super imposed.’

Beberapa keping lagi yang dirakam selepas kejadian tidak senonoh dulu, kini menjadi tatapan pelayar Internet.

Inilah dunia artis, kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Hidup artis Malaysia!

Selanjutnya cerita berkaitan dari blog lain.....
Artikel [www.alalalan.com]
20/5/2008

Dulu dia penah buat hal pasal gambar lucah dia bersama seorang lelaki .Sekarang ada gambar dia muncul lagi di kaca skrin komputer anda.Betul ke dia tuh?menurut maklumat yang boleh dipercayai gambar ini diambil masa party kat pd tiesto kot?
http://farm4.static.flickr.com/3143/2496894786_d6d581ea53.jpg?v=0The image “http://farm3.static.flickr.com/2113/2496890412_e98be433e3.jpg?v=0” cannot be displayed, because it contains errors.http://farm3.static.flickr.com/2045/2496890414_b47045ba33.jpg?v=0
yang nih fazura.. pelakon gol n gincu

Saturday, May 24, 2008

Thursday, May 22, 2008

Mesin judi ‘berhantu’

Perbuatan memuja mesin judi menjadi amalan pengusaha pusat perjudian haram yang dikesan sanggup mengadakan ritual pemujaan khas mesin kuda semata-mata mahu ‘mengikat’ pelanggan yang berkunjung ke pusat berkenaan untuk bertaruh seterusnya menjadikan mereka ketagih mesin itu.

Difahamkan, mesin kuda yang dipuja itu antara saki baki mesin judi yang masih tinggal dan jarang digunakan selepas mesin slot judi diperkenalkan dan boleh dianggap antik di kalangan kaki judi yang kebanyakannya terdiri daripada golongan orang lama.

Ibarat mempunyai khadamnya sendiri, mesin keramat itu juga dikatakan sangat dirindui dan digilai kaki judi veteran sehingga menjadikan mereka umpama lelaki tergilakan wanita cantik.

Terkenal dengan nama panggilan mesin kuda atau mesin itik di kalangan kaki judi kerana menggunakan imej kedua-dua haiwan terbabit yang sedang berlumba sebagai bahan pertaruhan dan ia amat diminati kaki judi.
(sumber - hmetro)

Wednesday, May 21, 2008

10 bergilir ‘ratah’ pelajar

Seorang pelajar perempuan tingkatan dua di negeri ini terpaksa melalui detik hitam apabila menjadi hamba seks kepada 10 lelaki, termasuk kekasihnya ketika ponteng sekolah selama tiga hari.

Mangsa berusia 14 tahun itu mendakwa dirogol lebih 10 kali oleh semua suspek dalam tempoh terbabit sejak 9 Mei lalu.

Dia dikesan keluarganya, Sabtu lalu, selepas sembilan hari dilaporkan hilang berikutan memencilkan diri di rumah seorang rakannya di Muar, Johor.

Menurut sumber, mangsa terpaksa menceritakan penderitaannya apabila didesak keluarga yang kemudian membuat laporan polis, sekali gus membawa kepada penangkapan sembilan suspek pada hari sama. (sumber - hmetro)