Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, May 27, 2014

Mayat Penyelia Kilang Terjatuh Dari Sampan Dijumpai

TANJONG KARANG, 27 Mei - Mayat penyelia kilang yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari sampannya ketika memancing di pesisir pantai Sungai Kajang di sini kelmarin, ditemui pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, Azmi Abbas berkata mayat Hasan Ashari Mat Da'ae, 39, ditemui terapung oleh nelayan pada pukul 9.20 pagi, kira-kira tiga kilometer dari tempat mangsa dikatakan terjatuh.

"Mangsa dijumpai oleh nelayan tempatan yang turun ke laut seawal pukul 6.30 pagi ini untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat.

"Mayatnya berjaya dinaikkan pada pukul 10 pagi dan dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Hasan dikhuatiri lemas selepas sampannya ditemui tanpa dikemudi sesiapa, kira-kira lima kilometer dari pesisir pantai Sungai Kajang petang kelmarin.

Mangsa dipercayai keluar sendirian untuk memancing di laut sebelum sampannya bersama peralatan memancing dan barangan peribadi seperti telefon bimbit, ditemui pemancing lain.

Bomba yang menerima laporan kehilangan mangsa pada pukul 2.15 petang kelmarin melancarkan operasi mencari dan menyelamat di kawasan mangsa dipercayai terjatuh dengan bantuan pasukan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, bomba sukarela dan nelayan tempatan.

Monday, May 26, 2014

PEMUDA HILANG KETIKA MEMANCING DI TANJONG KARANG

Mangsa lelaki Melayu berumur 39 tahun, dipercayai terjatuh dan lemas ketika memancing di laut 5KM dari Jeti Sungai Kajang, Tanjong Karang.

Operasi mencari dan menyelamat oleh anggota Bomba diketuai Ketua Balai PPgB Azmi Abbas, dari Balai Bomba Dan Penyelamat Tanjong Karang sebaik menerima panggilan sekitar jam 2:51 petang semalam.

Operasi yang masuk hari kedua setakat petang tadi, mangsa masih belum dijumpai dan usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, May 4, 2014

KEBAKARAN DI TAMAN SAHABAT, TANJONG KARANG

TANJONG KARANG - Sebuah rumah teres satu tingkat musnah hampir 80 peratus dijilat api dalam kejadian kebakaran yang berlaku di kawasan perumahan Taman Sabahat, Tanjong Karang, petang kelmarin.

Jentera Bomba Dan Penyelamat dari Balai Bomba Tanjong Karang dan Pasukan Bomba Sukarela Pasir Penambang telah dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 3:49 petang itu, telah berjaya memadam dan mengawal kebakaran daripada terus merebak ke rumah-rumah bersebelahan.

Dalam kejadian itu, tiada sebarang kemalangan jiwa, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih belum diketahui setakat ini.

Thursday, May 1, 2014

SERI TIRAM JAYA - PEMANDU MYVI MAUT REMPUH JENTERA PENUAI PADI

Myvi merempuh hadapan jentera penuai padi menyebabkan pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu jentera tidak menggalami sebarang kecederaan, kemalangan berlaku di jalan Kg. Sri Tiram Jaya, Tanjong Karang, sekitar jam 9:30 pagi tadi.

Menurut sumber orang ramai, kemalangan berpuca apabila mangsa yang memandu kereta Myvi gagal mengelak dan merempuh bahagian hadapan jentera penuai padi yang sedang keluar dari kawasan sawah padi.

p/s AL-FATIHAH... Takziah kepada keluarga mangsa..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, April 30, 2014

Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Sabak Bernam Selangor (Paysa) di Parit Empat - Tidur di dewan makan, surau

TANJONG KARANG - Gara-gara kemudahan yang tidak mencukupi, ruang dewan makan dan surau dibahagikan menjadi tempar tidur, menelaah pelajaran serta tempat berehat bagi penghuni Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Sabak Bernam Selangor (Paysa) di Parit Empat, di sini.

Difahamkan, pembinaan bangunan asrama bagi penghuni perempuan dan lelaki sehingga kini masih belum dapat dilaksanakan berikutan kekangan modal dan dana yang hanya diperoleh melalui sumbangan.

Sebelum ini, Pengurus Paysanya, Fadilatul Saadiah Siraj menjelaskan, pelbagai usaha dilaksanakan Allahyarham suaminya untuk mendapatkan dana tambahan bagi  pembinaan asrama lima bilik termasuk menerima batu bata terpakai yang masih elok hasil sumbangan individu prihatin.

Menurutnya, atas dasar minat, tanggungjawab dan prihatin dengan nasib anak yatim mendorong Allahyarham suaminya tekad merancang sekali gus menubuhkan pertubuhan ini di atas tanah miliknya bagi membantu merubah hidup golongan kurang bernasib baik.

"Tanah yang masih kosong sudah diperuntukkan untuk membina asrama memandangkan kemudahan lain seperti dewan makan dan surau sudah ada meskipun tidak sempurna, namun kami bersyukur dengan segala yang ada yang juga hasil bantuan orang ramai dan agensi berkaitan.

"Saya memohon keprihatinan orang ramai, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan badan korporat supaya dapat tampil membantu penghuni di sini," katanya.

Orang ramai yang prihatin boleh menghubungi  Fadilatul Saadiah di talian 0194103479 untuk membantu penghuni Paysa yang terdiri dari anak yatim dan miskin.