Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, March 12, 2010

Kehidupan Nabi Yusuf dalam penjara

NABI Yusuf dipenjarakan bukan kerana mencuri atau membunuh tetapi kerana desakan isteri pembesar Mesir iaitu Zulaikha. Zulaikha mahu Nabi Yusuf dipenjarakan kerana ingin menutup malunya akibat cuba menggoda Nabi Yusuf.

Setelah itu, tinggallah Nabi Yusuf dalam penjara. Kehidupan baginda lebih tenang dan damai. Di sini hidup baginda tidak lagi diganggu oleh wanita-wanita yang selalu menggoda dan mendorongnya untuk melakukan kejahatan.

Tempoh hukuman penjara yang dikenakan ke atas Nabi Yusuf tidak ada seorang pun yang tahu. Semua itu ditentukan oleh pihak berkuasa negeri semata-mata.

Bagi Nabi Yusuf, hidup dalam penjara yang gelap dan sempit lebih baik kerana jiwanya tidak tertekan dan terhindar daripada segala godaan serta tipu daya yang akan menjerumuskannya ke lembah kemaksiatan.

Semasa dalam penjara, Nabi Yusuf dapat menyampaikan dakwah, memberi bimbingan dan nasihat kepada penghuni-penghuni yang lain agar mereka insaf serta tidak melakukan dosa lagi.

Harapan baginda hanya satu, agar orang yang telah melakukan dosa itu akan kembali ke pangkal jalan dan bertaubat dengan sesungguh hati. Bagi mereka yang dimasukkan ke penjara kerana kesilapan pemerintah, Nabi Yusuf telah menyarankan mereka supaya bersabar dan bertakwa kepada Allah supaya kesengsaraan mereka dapat diakhiri dengan cepat.

Pada hari yang sama Nabi Yusuf dimasukkan ke dalam penjara, terdapat dua pegawai istana yang masuk bersama-sama dengannya. Mereka telah berkenalan dengan Nabi Yusuf. Akhirnya mereka telah menjadi sahabat baik dan akrab dalam penjara.

Kedua-dua mereka terlalu sayang dan kasih kepada Nabi Yusuf. Lagipun baginda merupakan seorang yang sangat baik hati.

Pada suatu hari, dua orang sahabat ini telah berkata kepada baginda, “Wahai Yusuf, sesungguhnya kami amat kasih dan sayang kepada engkau”.

Nabi Yusuf pun menjawab, “Moga Allah memberi berkat kepada kamu berdua. Lagipun dahulu orang yang menyayangiku akan selalu mendatangkan kecelakaan kepadaku.

“Dahulu saudara perempuanku amat sayang kepadaku, kemudian ia membawa padah terhadapku, kemudian ayahku pula menyayangiku dan ia mengundang sifat cemburu saudara-saudaraku yang lain,” jelas Nabi Yusuf.

Kata baginda lagi: “Mereka telah mencampakkan aku ke dalam telaga. Kemudian aku dicintai pula oleh isteri pemerintah maka beginilah jadinya nasibku. Sesungguhnya aku amat bimbang sekiranya ada orang yang menyayangi dan menyintai diriku”.

Walaupun Nabi Yusuf berkata begitu, tetapi dua orang sahabat ini masih menyayangi Nabi Yusuf dan berkata, “Meskipun demikian katamu, demi Allah, tidaklah kami sanggup membebaskan diri daripada menyayangi engkau”.

Selepas itu mereka pun meneruskan persahabatan seperti biasa selama mana mereka masih tinggal dalam penjara itu.

Friday, December 11, 2009

Jumaat Penghulu Segala Hari

JUMAAT penghulu segala hari kerana kemuliaan dan kelebihannya. Malah, peristiwa agung banyak berlaku pada Jumaat.

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud:”Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)”

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang ber maksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, ter masuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus men dengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi. Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni ber salah.”

Sebelum menunaikan solat Jumaat, dianjurkan mandi ter lebih dulu sebagaimana hadis daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq `alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi, tetapi mandi itu lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi)
---------------------------------------------------
PERCUMA.!!! Download sekarang

Tuesday, November 24, 2009

Telur Ayam Ada Kalimah ALLAH

Gambar telur ayam tertera tulisan menyerupai kalimah Allah
ini telah diambil di Parit 4 Sungai Burong.
Bukti kebesaran Ilahi...
marilah sama-sama kita renungkan...
---------------------------------------------------
PERCUMA.!!! Download sekarang

Friday, November 20, 2009

Namewee cipta klip video kontroversi terbaru

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Kira-kira setahun lalu, Wee Meng Chee, 26, atau Namewee pernah menggemparkan negara dengan mencipta klip video kontroversi lagu Negarakuku yang menghina lagu kebangsaan.

Begitupun selepas tindakannya dikecam pelbagai pihak, dia yang merupakan pelajar jurusan komunikasi massa Universiti Ming Chuan, Taiwan ketika itu memohon maaf dan menyesal dengan perbuatannya.

Bagaimanapun kekesalan Namewee hanya sementara apabila kini dia muncul pula dengan satu lagi klip video kontroversi mengutuk Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Dalam klip yang boleh dimuat turun di YouTube menggunakan tajuk Namewee F*** TNB Malaysia itu bermula dengan dia berada di rumahnya pada waktu malam apabila bekalan elektrik tiba-tiba terputus. +selanjutnya..

Saksikan video dibawah ini...
---------------------------------------------------
PERCUMA.!!! Download sekarang

Wednesday, November 18, 2009

Aidiladha ditetap 27 November

KUALA LUMPUR - Hari Raya Korban atau Aidiladha bagi Malaysia ditetapkan pada 27 November ini iaitu bersamaan 10 Zulhijah 1430 Hijrah apabila esok diisytihar 1 Zulhijah.

Penetapan tarikh itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 18 November 2009 Masehi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Korban bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 November 2009 Masehi," katanya dalam siaran akhbar Jabatan Penerangan yang dikeluarkan di sini hari ini.
---------------------------------------------------
PERCUMA.!!! Download sekarang