Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, August 14, 2008

Harapan turun harga minyak cerah

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meletakkan harapan cerah untuk menurunkan harga minyak di pasaran tempatan berdasarkan purata harga bulan ini yang semakin kurang.

Perdana Menteri berkata, sekalipun harga rendah, kerajaan tetap akan mengekalkan subsidi minyak sebanyak 30 sen.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kongres Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.
JanaWangRapid.com

Taklimat Berhubung Perkhidmatan e-LODGEMENT SSM - DPMMS

DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA
NEGERI SELANGOR D. E.

AJK DPMMS
AJK BIRO-BIRO DPMMS
AHLI-AHLI DPMMS
AHLI-AHLI GAPUMS
INDIVIDU PERSEORANGAN

Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mengadakan taklimat berhubung perkhidmatan e-LODGEMENT SSM.
Tarikh : 15hb. Ogos 2008
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Seminar dan Latihan DPMMS
Bayaran : PERCUMA
Objektif perlaksanaan program ini adalah untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada peserta tentang produk e-Perkhidmatan SSM, faedah dan penggunaannya sepertimana yang diperuntukan di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh SSM.

Disamping itu juga, taklimat ini juga akan memberi penerangan tentang kesahihan pengeluaran Sijil Pendaftaran Perniagaan dan Sijil Pemerbadanan Syarikat yang dicetak sendiri terutamanya oleh komuniti peniaga melalui e-Perkhidmatan SSM, Perkara ini penting bagi mengelakkan kekeliruan dan kesangsian terhadap taraf sahlaku sijil-sijil berkenaan.

Tuesday, August 12, 2008

10,000 sertai Perarakan 'Baju Hitam' bantah buka UiTM kepada bukan Bumiputera

Oleh G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM - Hampir 10,000 penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) berarak ke Bangunan SUK Selangor di Shah Alam pagi tadi bagi membantah syor supaya pusat pengajian tinggi tersebut, berusia lebih lima dekad, dibuka kepada bukan Bumiputera.

Tinjauan mStar Online mendapati penuntut UiTM telah mula berkumpul sejak 7.30 pagi untuk bergerak secara konvoi - menaiki bas UiTM, kereta dan menunggang motosikal bagi melahirkan pendirian bantahan mereka.

Pada awalnya pihak penganjur menjangkakan kira-kira 2,000 orang sahaja akan menyertai perarakan tersebut.

Perarakan yang diberi nama "Perhimpunan UiTM Di Hatiku" telah menyerahkan memorandum membantah syor tersebut kepada wakil Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM, Luqmannulhakim Mohamad Idris berkata, pihaknya telah menyerahkan memorandum kepada wakil Menteri Besar Selangor pukul 10 pagi.
"Kami mendesak agar Menteri Besar memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut (syor 10 peratus tempat di UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera)," katanya.
Tindakan susulan termasuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri dan Canselor UiTM akan ditentukan selepas reaksi Khalid, kata beliau.
“Kita telah merancang pelan tindakan secara terpeinci. Susulan fasa kedua dan ketiga akan diteruskan termasuk memohon perkenan Tuanku Canselor (Tuanku Mizan Zainal Abidin) bertitah agar UiTM tidak diganggu,” katanya.
Bercakap kepada media di hadapan pintu masuk Bangunan SUK, Luqmannulhakim berkata pergerakan bantahan hari ini bukanlah atas desakan oleh Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah atau mana-mana parti politik.

Tambah beliau agar isu pembukaan UiTM kepada bukan bumiputera tidak dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu untuk meraih simpati dan juga undi dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan nanti.
“Kita melihat ini adalah taktik pihak tertentu menjelang pilihanraya kecil di Permatang Pauh nanti.

“Sekiranya tujuannya ialah untuk itu (politik), maka tolonglah hentikan kerana telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang ditubuhkan khas untuk Bumiputera,” katanya.
Diminta mengulas mengenai pendapat yang mengatakan percampuran pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera akan mewujudkan satu persaingan yang sihat, beliau tidak bersetuju dengan pendapat itu.
“Saya amat tidak bersetuju kerana telah terbukti seperti apa yang berlaku di universiti-universiti lain setiap kaum tertentu hanya akan bergaul dengan kaum mereka sendiri.

“Ini bukan persaingan yang sihat. Keadaan ini lebih bahaya jika wujudnya perasaan mementingkan kaum sendiri walaupun belajar dalam satu institusi,” katanya.
Tegas beliau walaupun UiTM terdiri daripada kaum Bumiputera sahaja, tetapi para pelajarnya telah dididik untuk menghormati agama, adat dan kepercayaan kaum lain.

Diminta mengulas mengenai pembukaan UiTM kepada pelajar antarabangsa, beliau berkata tindakan itu adalah bagi kepentingan jangka masa panjang.
“Kepentingan kita diperingkat pelajar sekarang ialah agar dapat mewujudkan jaringan hubungan dua hala dengan pelajar antarabangsa pada masa-masa akan datang,” katanya.
Dr. Ibrahim dijadual mengadakan sidang media di pejabatnya di Shah Alam pada pukul 2 petang ini.

Sementara itu, penuntut UiTM yang membanjiri perkarangan Bangunan SUK bersorak melaungkan kata-kata seperti ‘selamatkan UiTM’, ‘UiTM untuk bumiputera’ serta ‘hidup UiTM’.

Mereka juga memegang sepanduk yang bertulis ‘kami pertahankan hak bumiputera’, ‘kami bantah buka UiTM kepada bukan bumiputera’ serta ‘UiTM hak bumiputera’.

Pukul 9 malam tadi, wakil MPP UiTM telah mengadakan pertemuan dengan Ibrahim bagi memaklumkan tindakan mereka pagi ini.

Ketika dihubungi malam tadi, Luqmannulhakim berkata: "Kami komuniti pelajar UiTM membantah keras pandangan (membuka UiTM) sedemikian."
"Kami mendapati alasan bahawa tindakan mengkhaskan UiTM hanya kepada masyarakat Bumiputera menyebabkan pelajar Bumiputera kurang berinteraksi dan sebagainya adalah tidak benar," kata beliau.
Malah, pada pukul 9 malam tadi, wakil MPP UiTM telah mengadakan pertemuan dengan Naib Canselornya, Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah bagi memaklumkan tindakan mereka.

Kata Luqmannulhakim, pada pertemuan itu pengurusan tidak menghalang MPP untuk mengambil langkah sedemikian.

Malah, tindakan ini hanya disertai pelajar UiTM, bukannya pengurusan dan kakitangan.
"Kami difahamkan pengurusan UiTM akan mengeluarkan kenyataan kemudian," katanya.
Perarakan menyerahkan memorandum itu kepada kerajaan negeri merupakan langkah pertama, kata beliau.
"Selepas ini kami akan menyerahkan memorandum yang serupa kepada Perdana Menteri dan kemudian Yang di-Pertuan Agong yang juga Canselor UiTM. Ini akan dilakukan minggu depan," katanya.
Mengulas lanjut, kata Luqmannulhakim, pihaknya akan menghimpunkan penuntut-penuntut UiTM di kampus induk di Shah Alam awal pagi esok sebelum berarak ke Bangunan SUK.
"Sehingga malam ini (Isnin) kami sudah memperoleh tandatangan menyokong memorandum bantahan daripada lebih 5,000 pelajar dan ia mungkin akan mencecah 10,000 orang esok," katanya.
Kata Luqmannulhakim, pendirian kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar yang meminta 10 peratus diperuntukkan kepada penuntut bukan Bumiputera dan rakyat asing telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelajar.
“Memorandum ini bertujuan meminta beliau (Menteri Besar Selangor) menarik balik kenyataannya kerana bertentangan dengan prinsip penubuhan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bagi melahirkan profesional di kalangan Bumiputera,” katanya.
Perhimpunan pelajar secara besar-besaran akan diadakan esok di Padang Kawad UiTM Shah Alam seawal pukul 7.30 pagi bagi mendapatkan tandatangan pelajar sebagai bantahan.

Sementara itu Naib Canselor UiTM ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
“Maaf, saya tak dapat nak beri komen mengenai perkara ini sehingga Menteri Pengajian Tinggi membuat kenyataan rasmi mengenai perkara ini,” katanya.
Beliau hanya akan memberi komen dalam sidang media khas yang akan diadakan di pejabatnya esok setelah Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan.

Dalam pada itu, mStar Online gagal mendapatkan komen Khaled berhubung isu ini.

Menteri Besar Selangor mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera serta pelajar asing.

Khalid berkata, cadangan itu akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.

Menurut beliau, syor itu juga dianggapnya sebagai wajar dan tepat dengan usaha UiTM yang mahu melahirkan pelajar daripada golongan Melayu dan Bumiputera yang berdaya saing.

Beliau melahirkan pandangan itu ketika mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali dalam sebuah akhbar hari ini yang berpendapat UiTM perlu 'dibuka' kepada kaum lain jika ingin mewujudkan persaingan yang sihat.

Bagaimanapun, kata Khalid, cadangan yang dilontarkan ini perlu difikirkan sedalam-dalamnya daripada semua aspek agar tidak bercanggah dengan dasar penubuhan IPT itu dalam melahirkan generasi bumiputera yang berilmu dan berdaya saing.

Monday, August 11, 2008

Bush tunjuk aksi nakal di Beijing


GEORGE W. Bush menepuk belakang Misty May-Treanor kelmarin.

Kosmo - KETIKA Amerika Syarikat (AS) dilanda krisis ekonomi dan perang di Iraq, Presiden George W. Bush tampil ceria ketika beramah mesra dengan atlet-atlet negara berkenaan di Beijing, lapor sebuah akhbar semalam.

Bush yang tiba di ibu negara China itu pada minggu lalu sempat meluangkan masa untuk melawat pasukan bola tampar pantai wanita AS di Taman Chaoyang, Beijing setelah menghadiri upacara pembukaan Sukan Olimpik.

Sebagai ketua negara kuasa besar dunia, banyak perkara bermain difikirannya tetapi kemesraan yang ditonjolkan atlet-atlet wanita itu berjaya menceriakan beliau.

Walaupun baru sahaja berkenalan, personaliti menawan dua pemain bola tampar wanita AS, Misty May-Treanor dan Kerri Walsh menjadikan Bush tidak kekok berkenalan dengan mereka.

Misty, yang memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Athens empat tahun lalu sempat berjenaka dan sambil ketawa, dia menawarkan Presiden AS itu peluang menepuk punggungnya. -->>lanjut

GEORGE W. Bush (tengah) bergambar bersama
Misty May-Treanor (kiri)dan Kerri Walsh
di Beijing kelmarin.


GEORGE W. Bush cuba mengimbang bola tampar
di Beijing kelmarin.


GEORGE W. Bush meletakkan tangannya
di belakang
Kerri Walsh.

New Proton MPV?

Dari sumber yang diterima, baru-baru ini proton mpv prototype di jumpai di tangkak!!! Tapi sejauh manakah kebenarannya setakat ini masih tidak dapat dipastikan. TUNGGU DAN LIHAT SAHAJA.
This is not the actual would be model but just an artistic impression of the new proton mpv by Mr. Maru from Paultan forum
Click here!