Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman Hapuskan Kekejaman
Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, May 30, 2008

Air naik mendadak selepas hujan setengah jam

kosmo - Hujan lebat selama setengah jam mengejutkan orang ramai di Jalan Segget dan Jalan Wong Ah Fook apabila air tiba-tiba naik sehingga ke paras pinggang pukul 5.30 petang semalam.

Beberapa buah kereta dilihat tenggelam sementara kesesakan lalu lintas tidak terkawal apabila banyak kenderaan terperangkap di jalan raya ekoran banjir tersebut. -->>lanjut
“Saya memang tak percaya melihat apa yang berlaku kerana kejadian ini merupakan kali kedua selepas 10 tahun lalu".

Thursday, May 29, 2008

Perintah halang 'Rasul Melayu'

myMetro - Abdul Kahar Ahmad Jalal yang mengaku dirinya ‘Rasul Melayu’ kini dalam perhatian Jabatan Imigresen dan dia pasti tidak dapat melepasi pintu sempadan kerana dihalang agensi berkenaan sekiranya berhasrat untuk meninggalkan negara ini.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, membenarkan permohonan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk mendapatkan perintah Jabatan Imigresen bagi menghalang Abdul Kahar, 58, keluar dari negara ini. -->>lanjut

BMC: Penduduk buang semula benteng

Malaysiakini - Penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) telah membuang semula benteng yang dibina oleh syarikat konsesi tol, Grand Saga, yang menutup jalan yang mengelak tol di Lebuhraya Cheras-Kajang, malam tadi.

Ini merupakan kali ketiga batu benteng yang dibina di jalan tersebut, dibuang oleh penduduk di situ.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang turut berada di situ pada kira-kira jam 7.30 malam, memberi lampu hijau kepada penduduk untuk mengalihkan batu benteng tersebut. -->>lanjut

Lagi Berita Berkaitan :
BMC: Polis belasah remaja
S'gor jejak 'samseng' Grand Saga
Pergaduhan di BMC: Reaksi Grand Saga

Tuesday, May 27, 2008

Iklan Marin UK menghina bangsa Melayu

Inilah video iklan marine UK yang mencetuskan isu dibangkitkan oleh Senator Jins Samsudin di Parlimen, seperti mengangap bangsa Melayu adalah pengganas.

Iklan ini memaparkan seorang lelaki Melayu yang mencabar askar-askar orang putih di permulaan video. Antara kata-kata yang terdengar "Akulah orang paling jahat dalam dunia".

Yang menjadi tanda tanya, siapakah pelakon dan penulis skrip iklan ini?

Jika ofis anda sekat laman youtube, boleh bypass melalui di website proxy list

Monday, May 26, 2008

BOTOX - ‘Susuk maut’ VIP


hmetro - Sebuah salun kecantikan yang menjadi tumpuan artis dan golongan kenamaan (VIP) digempur pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas bukti menunjukkan salun terbabit menawarkan suntikan ‘susuk maut’ membabitkan pelbagai jenis cecair Botox seludup kepada pengguna.

Lebih memeranjatkan apabila siasatan mendapati Botox yang ditawarkan mereka diseludup masuk ke negara ini melalui taktik membuat pengisytiharan palsu ketika melepasi pemeriksaan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

Tambah menakutkan apabila cecair berkenaan yang diperbuat daripada Botulinum Toxin A disuntik ke wajah pengguna oleh perunding kecantikan yang tidak mempunyai sebarang tauliah dan kelayakan dalam bidang perubatan. -->>lanjut