KUALA LUMPUR 18 Nov. - Kira-kira setahun lalu, Wee Meng Chee, 26, atau Namewee pernah menggemparkan negara dengan mencipta klip video kontroversi lagu Negarakuku yang menghina lagu kebangsaan.
Begitupun selepas tindakannya dikecam pelbagai pihak, dia yang merupakan pelajar jurusan komunikasi massa Universiti Ming Chuan, Taiwan ketika itu memohon maaf dan menyesal dengan perbuatannya.
Bagaimanapun kekesalan Namewee hanya sementara apabila kini dia muncul pula dengan satu lagi klip video kontroversi mengutuk Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Dalam klip yang boleh dimuat turun di YouTube menggunakan tajuk Namewee F*** TNB Malaysia itu bermula dengan dia berada di rumahnya pada waktu malam apabila bekalan elektrik tiba-tiba terputus. +selanjutnya..
KUALA LUMPUR - Hari Raya Korban atau Aidiladha bagi Malaysia ditetapkan pada 27 November ini iaitu bersamaan 10 Zulhijah 1430 Hijrah apabila esok diisytihar 1 Zulhijah.
Penetapan tarikh itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 18 November 2009 Masehi.
"Oleh yang demikian Hari Raya Korban bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 November 2009 Masehi,"katanya dalam siaran akhbar Jabatan Penerangan yang dikeluarkan di sini hari ini.